Hot spring Ulu Legong



Ahad kenduri, Isnin berkemas, Selasa dah nak balik.... time mano nak poi Langkawi?

Agak dah.... takkan pergi punya. Aku tak nak ke air terjun sebab dah selalu sangat. Rasanya everytime kita balik situlah tempat tujuannya walaupun different area. Jadi untuk tidak mengecewakan ramai kanak-kanak we decided to enjoice memalam buta kat kolam air panas di Siong tu aje.  Lagi malam laaagiiii ramai orang tambahan pulak time cuti sekolah. Nak ke Baling ni ada boleh dari beberapa arah, ikut Penang boleh, keluar kat tol Kuala Kangsar pun boleh tapi seram sikit waktu malam... sunyi. Kalau kereta rosak risau derrr menunggu orang lalu walaupun jalannya sangat bagus tak berlopak berlubang. Homestay pun banyak, hotel baru pun ada. Bertambah ramai orang kat sini sekarang lebih-lebih lagi MRSM dah ada new intake. Barang dapur yang rombongan cik Kiah selalu beli tu lebih murah di sini berbanding Padang Besar.

Kalau nak ke Thailand pun boleh dari Baling ni, masuk ikut Pengkalan Hulu (dulu Kroh) terus ke Betong. Dari Betong ke Yala 100km plus plus atau nak ke arah lain pun boleh jugak. Takda apa sangat kat Betong..... ada home industry, ada terowong komunis tu tapi tunnel tu tak dikomersialkan sangat macam yang kat Vietnam. Masa passport aku yang dulu masih bernyawa rajin jugak kami mengulang ke sini jalan-jalan beli fake handbag la apa la.... but yang paling best bab makan, sedap dan murah. Selalunya kita makan kat sebelah pasar Betong ada restoran muslim kat situ. Ehhh... ramai muslim kat sini.

Budak-budak menunggu masa nak mandi air panas. Azmin siap bertocang.

Harta benda mak mertua aku patut diinsuranskan time budak-budak ni ada. Anak aku si Adam ada ke patut ditumbuknya tembikai yang diletak dalam kolah? Bersepai kat situ

Pusat rekreasi Air Panas Ulu Legong 
. Bang, orang Myanmar pun dah reti pakai seluar pergi jalan-jalan.

A few km jugak dari jalan besar. Ada homestay yang semurah rm50 di bahagian luar dan serendah rm80 di bahagian dalam kawasan hot spring ni. You can check here . Rasanya tak complete but u may contact them for other info.

Tuan puan boleh berpiknik di sini ye.....




Kolam kanak-kanak ada 2 bersambung..... rasanya suhu berbeza sikit


Kolam dewasa pun dua jugak. Yang ramai menebeng kat tepi je.....panas wehh! Dulu kecik je kolam ni + free somemore. Pernah 2 kali aku kena tarik masuk dalam kolam tu terjerit-jerit dek panas, ntah macam apa je aku menjerit heheh.. Yang menarik tu pun mengada-ngada betul..... dah orang tak nak disuruhnya jugak masuk ke dalam air panas tu.

Anak-anak dah naik syiokkk!

berasap wehh!

Kolam yang ini dipagar = tak boleh mandilah tu. Kalau nak try rebus telur boleh tapi takde jual kat situ. MDB kena sediakan telur mentah lah macam kat Tangkuban Perahu tu. 

Kat belakang tu seminar room yang boleh accomodate small group of participants...... 30? 40? 50? dunno, should check with MDB. Ada orang berkaraoke kat dalam nun.

Can u see the bubbles?


Lain-lain makanan tak tau ada jual ke tak ataupun dah tutup time ni....... 1 pagi dah ni, bebudak belum nak balik lagi. Aku dah beberapa kali yawning........ huarghhhhhhhhh


Post a Comment

1 Comments

  1. hi ruggedmom..juz wanna share, my parent used to live there in Pengkalan Hulu..so ive been there once..ada satu insiden nih, budak kecik dlm 5-6thn kot, dia ingat tetengah tu cetek kot sb tepi2 tu kan ada ala batu bley duduk..so dia p terjun terus ke tengah! menggelabah bapak dia ikut terjun sekali.. i tatau nk ckp apa time tu..pergh, i sendri pun nk masuk dlm tu berdeket2 sb panaih! takley bayangkan bapak budak tu terjun sekali gus mcm tu sb ke anak bikin stunt..hehehe..

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.