Bali Day 3- Bedugul



Sebelum ke Krishna semalam kami singgah ke pasar Ubud. Dah petang dia orang pun dah nak tutup kedai haggle la selagi boleh. Ada banyak benda menarik, unik dan lucah aku jumpa. Jenuh gelak dengan husband aku. Ada 'anu' pelbagai warna dan saiz dalam tray (kena bagi tau Raja Azmi nih). Ada yang dibuat pembuka botol dan ada dibuat ashtray. Tak pernah ku jumpa kat Malaysia lagi muahahahhahah............

Aku cakap kat seller tu, "kesian ya buk sudah dipotong"
"ngak perlu kasihan, dipegang-pegang lagi ada". Gersang sungguh la pompuan yg memegang tu.

Aku teringat nak pekena sorang kawan....hehehehh.....tapi bimbang pulak kena check dengan abang kastam. Tak koso den nak tempek kek sini, korang pergi la ke sana tengok sendiri. Karang blog aku ni jadi blog porno 18sx pulak. Bukan kat kota seni Ubud aje ada jual kat tempat lain pun banyak.

Sunyi di pagi hari. Kebanyakan perniagaan start 9am

Jalan-jalan ke pantai dulu.......awal lagi pak supir sampai pukul 8.30


Biasanya mat saleh ni awal2 pagi dah surfing bila hari mula panas ramailah yang berjemur. Nak tengok? Pi lah sendiri....cup A B C D semua ada.

Breakfast roti je.....roomate dengan instant mee. Wa takdak hai pasai hari2 memang breakfast dengan 2 slices of toastbread and peanut butter jek.



Then kita ke Tanah Lot. Aku pun turun jugak ke tempat 'no entry' tu

Kat belakang kami Pura Batu Bolong

Kena datang sini masa sunset lagi cantik

Pyra Tanah Lot


Kat payung kuning di dalamnya dikatakan ada ular sakti. Ya ke tidak wa tak tahu.....yang pastinya bila hang ke pura tu time air cetek kena bayar jugak kalau nak tengok. Kalau boleh adjust la time lawatan tu supaya dapat tengok sunset kat sini.

Ni yang kat tempat 'no entry' tu

Tourist suka benar minum Bintang ni, ada yang sampai kepala keluar bintang. Tu yang jalan depan hotel aku duduk jamm terhenti terus time aku nak balik pukul 3.30 pagi esoknya. Takda pekdah lansung arak ni wehhh. Menghinakan diri sendiri adalah.

Kalau berminat nak bergambar dengan ular di luar temple boleh juga......bayor je

Anak-anak Bali berjualan. Aku rasa seller di Bali kecik dan besar taklah seteruk di Bandung. Kat Bandung nun di luar pintu hotel lagi dah menunggu. Di mana-mana tourist attraction lagi la teruk. Bilang saja ngak mau.

Pura Alun-Alun. Kawasannya bersih dan cantik tapi macam sunyi dan scary sikit. Maybe time aku pergi tu tak ramai pengunjung tapi ada kesan2 ramai orang bersembahyang di sini. Entrance fee pun lebih murah.


Pak supir bawa ke sini, Pura Monyet. Kami berdua amik gambar kat luar je. Kawasan yang luas dan cantik. Monyet di sini dikatakan lebih bersopan-santun tak ambil barang orang. Yang dikepala depa tu dipanggil 'udeng'.

Sebelum ke Temple of the Lake di Bedugul kami singgah minum kopi lagi. Kali ini di Martha Sari Buana Luak Coffee. Ladangnya tanah daratan biasa, rasa sejuk je dalam ladang kopi tu but yesterday one lagi syiiokkkkk.

Vanilla

Berak musang/kopi luwak

Diberi minum percuma lepas tu faham-faham je la.

Danau Beratan

Pura Ulun Danu di Danau Beratan. Jangan miss ke sini, 2200 dari paras laut sejuk u. Gambar Pura ni dicetak di atas uwang 50k rph.


Walaupun agama rasmi Bali adalah Hindu tapi orang Islam pun ramai di Mengwi/Bedugul sampai ada perkampungan. Mereka asalnya berhijrah dari Lombok. Kami ada lalu di beberapa masjid melimpah orang solat Jumaat.
Nampak tak masjid kat belakang tu? Masjid atas bukit tinggi melangit, pura kat tasik. Masjid tu dibina zaman Sukarno lagi..... kereta tak boleh naik, kena guna tangga yang sangat tinggi pada aku. Ada budak-budak sekolah kat situ, kelas KAFA kot. Kami solat di masjid dekat pekan sebelum ni yang mana walaupun bertutup rapat tapi sejukkkkkk jer sebab di tanah tinggi.

Kata pak supir toleransi agama di Bali sangat tinggi. Semua orang nak memelihara keamanan Bali. Mungkin bener sebab Bali sangat bergantung kepada industri pelancongan.

Masih di kawasan Pura Ulun Danu - sojukkkkkk

Aksi Hindustan

Then ke Twin Lake, atas lagi 

Lake Tamblingan and Lake Buyan. Dunno which is which
Masa ni hujan dah mula turun dapatlah bergambar sikit-sikit buat kenangan.

Sampai di Kuta pak supir turunkan kami di Discovery Mall. Jenguk-jenguk jugaklah sekejap tapi bukan tempat akulah- tak minat. Sebenarnya DM ni boleh je jalan kaki dari hotel eventhough agak jauh tapi kami tak tahu mulanya di siang hari baru nampak.

Pemandangan biasa bukan sekadar di pantai. Yang lagi ganas pun ada, baju kemban kain langsir jarang dengan spender je. Aku perati je mata lelaki yang memandang.....free show tengok je la deme. Asalkan tutup atas bawah walaupun jarang takde hal. Kain pun paras bawah vontot jek.

Banyaknya kasutttt....

Berakhirlah sudah servis pak supir.....kami sewa kereta 2 hari je. Hari ketiga free n easy naik speda motor.

Tungguuuuuu..............

Post a Comment

2 Comments

  1. sonotnye gi bali.

    tapi setakat dugong berjemur kat pantai tu dah biasa dah...hehehe

    ReplyDelete
  2. kena dok lama skt kat sana baru blh pergi merata tempat

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.