Tips Hartanah 9 - Jangan Jatuh Cinta



Tips Hartanah 9 - Jangan Jatuh Cinta | If u buy property(s) for investment jaaaaangannnn la jatuh cinta sampai sayang nak jual. Jangan jadi macam aku.



Ada sekali tu aku rasa terbeban nak membayar bank loan. Ye la, sewakan rumah tapi tak untung-defisit. Kawasan tu lambat bona melotup. Inilah bahananya beli rumah belum naik tiang dan tak melawat kawasan pulak tu. Dalam brochure gambar KLIA bukan main dekat lagi dengan projek tu padahalnya……………

Lepas fikir punya fikir aku pun iklankan ‘untuk dijual’. Kebetulan pulak aku kat NSTP masa tu. Time aku jauh kat Seremban ni rasa dah bosan, jual ajelah. Bila datang dedekat rasa sayang pulak sebab sekolah semua dah siap, sekolah agama rendah pun ada, universiti pun ada, stesen minyak ada, highway ada… Nak jual pun harga tak tinggi mana.

Akhirnya tak jadi jual walaupun masih tak untung. Bilalah value rumah tu nak naik…..merangkak-rangkak. Sabar yo lah jang. Sabar membayar hutang…hiks.

If anyone interested in your property and he is willing to pay at your price tag, let it go! Berlambak lagi rumah kat Malaysia ni.

Setakat ni aku belum pernah menjual harta. Aku jual kereta yang dulu pun sebab dah beberapa kali kena langgar. Rumah yang aku duduk sekarang ni walaupun kecik tapi dibeli dengan susah payah, ada sentimental value oooo. Kalau aku berpindah sekalipun mungkin aku sewakan saja rumah ni mahal sikit daripada market rate. Why?

Privacy wehhhh….I will not just rent out the house but selling the privacy also. Ko nak seksi meksi dalam rumah pun orang tak tahu (sebab takde rumah berhadapan) siap pokok buah-buahan lagi, serai, pandan, ciku, durian, nangka, cempedak, limau purut dan lain lain semua ada. Good neighbourhood pun iye jugak.

Post a Comment

0 Comments