Parents i sporting



Aku perhatikan ramai mak bapak sekarang ni lenient betul dengan anak-anak. Kawan2 anak berlainan jantina boleh datang ke rumah sesuka hati. Anak naik motor sapa sambil berpeluk pun tak kisah walhal baru bersunat je tu. Muka mcm budak form 2 tapi berpeluk sakan kat shopping complexs pun ramaiiii.....oooiii dik, nenen pun belum ada.

Yang dah diajar, dinasihat dan dah besar tapi tak mau mengikut kata tu lainlah cerita, yang aku cakap ni budak kecik lepas bersunat yang tak ditegur lansung. Adakah itu pendidikan menggunakan psikologi? Yang aku tahu sekehlogi jer. Takut. Bimbang. Lindungilah keluargaku aku ya Allah.

Dulu bapak aku garangggg....my boypren datang rumah 2 kali je. 1st time masa belum confirm jadi boypren dia datang ke rumah dengan segerombolan kawan2 dia selepas menghadiri kenduri kahwin kawan deme. 2nd time dia datang dengan kawan di musim durian. 3rd time bapak dia datang merisik pastu terus bertunang. 4th time Selamat Pengantin Baru.....(nyanyi mcm Saloma).

Aku bukan baik mana punnnn...biasa2 aje tapi takde la sampai datang rumah pasangan yang belum sah nikah makan minum mandi tidur baring siap bermalam bagai. Dulu tempat keje my boypren ada buat trip ke Genting dan aku diajak sama tapi aku tak join. Nak maut??? Tahu dek abah dengan pakcik2 den kang kok lombik kono bantai.

Walaupun dah bertunang dan diajak ke rumah bakal mak mertua janganlah senang2 nak pergi. Aku fikir kalaupun your parents izinkan (abah aku takkan bagi) selamatkah cik adik manis masa berdua dengan dia? Walaupun dia sembahyang punya olang tapi manalah tahu kan....tengok pompuan cantik  kopiah pun boleh terbang dik. Katalah dibuatnya trick turun kat mana2 pastu ........ kena tutttttttttttttt tak ke menyesal nanti? Takpun katalah selamat sampai ke kg dia naik kete/bas, ntahkan ye ntah tidak rumah mak dia. Ataupun time tu mmg mak dia takde kat rumah, tinggal berdua je...boleh selamat ke? Kena cekup dengan orang kampung kang...... Paranoid. Aku kolotkah?

Kekadang aku heran, bila ditanya bila nak kahwin cik adik manis boleh jawab belum tahu lagi, baru kawan je. Hai dik, baru kawan dah bermalam rumah jantan?

Bila aku baca kes-kes rogol/sex out of a wedlock dalam newspaper aku lebih menyalahkan pompuan termasuk la parents dia (kalau memang mereka tahu) ....w/pun aku jugak pompuan. Bayangkan baru kenal seminggu dah ikut balik rumah. Kucing kalau dah dihidang ikan selar fresh siap goreng dengan kunyit boh garam takkan dia nak pandang jelir2 lidah je kot. Orang putih yang kafir tu pun tak setuju dengan perhubungan luar nikah ni. Korang follow kisah Sarah Palin masa kempen pemilihan presiden dulu?

Budak2 yang ikut pakwe/tunang/abang bangla/Pakistan jual karpet ni tak terfikir mcm aku fikir ke? Tak? Padanlah sampai ke Lombok.




Post a Comment

0 Comments