Tuan director, jom main cak! cak!



This is my blog, this is my diary by the way.

Kuhantar warkah cinta thru email, nko tak jawab
Kuingatkan  nko nak discuss, aku tersilap
Kutalipon, staf nko pun dah tak mau angkat
hek tak huk pun tak
aku yang uhuk uhuk uhuk


Kuanggap nko dah lupa, mudah-mudahan taklah
Yang nko dah tulis dah sign
Yang dah aku matikan stem


Nko ingat aku suka ke buat kerja recovery neh?
oooooo...idak le teman gitu weh
Tapi apa aku boleh buat lagi?
Nko pun dah menjauhkan diri

Bisnes nko besar
ada ladang ada it ada makan-makan
berjuta nilainya aku dah congak-congak
nko tak tau lagi ke
walaupun aku kantoi matematik
aku suka kira untung rugi orang
walaupun orang tak mau
amik tau aku punya rugi
bisnes, dan harga diri
(kira bisnes kecik la tu...)

Dalam pada aku menunggu roti canai siap
kulihat dough dah tinggal suku
macam mana nak kira ek
sebab aku tak pernah tebar lagi
berapa dia untung agaknya?

Dalam pada menunggu roti kentang sampai
kunampak roti benggali yang dalam plastik
tinggal sikit lagi
banyak dah untung dia hari ni

Dalam pada meronda dalam kedai bundle
dah penuh hanger sekotak besar
kalau 5 hengget selai
nko kali 5 ratus
untung hari tu saja!

Pandai tak aku kira?
aku kantoi maths

signature sapa tu ek?

Nko ingat tak sapa yang sign dulu?
aku tak berapa minat nak bagi company sewa
walaupun dulu ada tokey ca ya nun alif
bayar terus enam bulan
aku lebih suka student yang bujang
yang tahu menghargai harta orang
nko ingat aku lahir-lahir je dapat emas sedulang?


Duit nko banyak
rumah nko besar di kawasan orang-orang kaya
sepadanlah dengan nko
kereta pun hebat menjalar
shopping pun kat bangsar
tertinggal jauh aku ni
aku mintak gantirugi
bila nko nak bayar nih?

Nko nak gambar aku dah hantar
bahan bukti katanya
susah payah aku buat tau
dah lah aku slow serba serbi
nko tak kesian ke?

Aku pun patut buat DNA test
kat segala rambut bulu yang korang tinggalkan
ceh! kenapa la aku tak simpan
poskan sekali kat nko hari tu
boleh buat sanggul palsu

Ehh...panjang pulak aku tulis diary hari ni
nko tau tak, diary aku yang actual
1 page bahagi 3 tau
sebab nak jimat
itu aje yang dapat free

Yang sebenarnya
yang aku ndak
GANTIRUGI

Nota:
Sila baca berita kat Harian Metro 6/1/2011 tapi toksah la nko mengada-ngada nak buat police report kata aku ugut ke hapa ke...takde maknanye aku nak potong-potong orang wehhh, ikan pun aku mintak tolong laki aku siang...hanyir meh!

Aku yakin kalau nko tolong aku aku pun boleh sedikit berjaya sebagaimana sistem francais mampu membantu ekonomi Bumiputera (seperti pernah kudengar tapi di mana ya...?)

Tolonglah jangan bagi alasan se+tu+pid tak dan nak kemas rumah sebab keje shift ke keje malam ke...nko ingat aku tak pernah keje kilang ke? Masa aku keja pejabat pun 12 midnight baru bertolak dari opis naik kapcai buruk yg despatch tempat aku keje tu pun malu nak naik.

Seminggu sekali aku sapu...ye la...dah room-mate aku dah terbongkang masa aku balik keje takkan nak suruh dia gulung tilam balik? Eh..nko perasan tak 'gulung tilam'? Takdenye tuan rumah aku tu nak sediakan apa2....agaknya dia kata suka hati nkolah nak jadi apa...ada aku kesah?

Gantirugi tu kosnya kuagak sama dengan sekali lunch tuan director bersama seorang dua client (tak boleh berhenti mengira la pulak!)



Post a Comment

0 Comments