Tips Hartanah 6 - Mari pilih! Mari Pilih!



Tips Hartanah 6 - Mari pilih! Mari Pilih!



Jangan mengadap matahari terbenam

Paneh wehh! Kalau boleh pilih jangan la amik yang ini. Sengsara ko duduk dalam rumah tu nanti, air-cond pun tak boleh nak menolong.

Rumah kawan aku bebetul mengadap matahari jatuh bukan sipi sipi lagi. Bahang dalam rumah tu jangan citelah and sliding door memanjang bertutup dengan curtain tebal. Kesian dia. Yelah, masa tu takde org bagi nasihat (macam aku buat ni).

Kerja pilih-memilih doesn’t apply kepada orang-orang membeli rumah melalui proses mengundi dari state government. Terima ajelah apa yang dapat daripada takde lansung. Bila rezeki bertambah, cari rumah lain.


Semak Pemaju Hartanah

Ada pemaju seperti Talam and subsidiaries dulunya focusing on low and medium cost houses and this company ada banyak tanah bekas lombong.

Ada jugak pemaju yang berpengalaman membuat rumah belum pernah membuat high rise apartment. Apartment tinggi ni banyak risikonya.

Ingat kisah keluarga yang kehilangan 2 anak dalam kejadian tanah runtuh di Rawang? Aku rasa family ni dah cukup berhati-hati dah tapi terkena jugak. Depa beli tanah daripada well known developer yang develop Taman TAR malangnya projek kat Rawang tu tak menjadi sebegitu berjaya or TAK BERJAYA LANSUNG!

Depa kena cari air sendiri and the best thing is keluarga dema je duduk kat kawasan ‘mewah’ tu. Depa komplen dalam tv and tak lama selepas tu terjadilah malapetaka yang tak diundang.

Bebaru ni that family dapat pampasan – settle luar mahkamah. Kalau dah ajal, tak akan dipercepatkan atau dilewatkan walau sesaat tapi anak-anak mereka tak sepatutnya mati dalam keadaan sebegitu. Ko ada anak? Belum?....Kalau dah beranak nanti ko tahulah macamana perasaan depa.

Moral of the story:

Kejayaan dahulu tidak semestinya mencerminkan kejayaan akan datang.


My experience 1

Aku buat site visit utk 1 flat yang nak kena lelong ni. Jenuh aku cari tempat ni, tanya kat budak 7E dekat situ pun dia tak tahu walhalnya memang dah dekat sangat. Tempatnya cantik, kawasan tinggi sikit.

Ko nak tau flat tu kat mana? waa....bebetul sebelah tebing batu yang maha tinggi! Aku rasa it's an original one. Aku fikir ni kalau tebing runtuh... jiun  le jawabnya manusia yang berada dalam flat tu. Tinggi dan sangat dekat, patut la banyak rumah kosong, ada yang nak jual yang kena lelong pun ada.

Kalau jalan lagi naik ke atas in the same area ada apartment kat atas tebing tinggi. Memang class la duduk kat situ tapi dengan kes Highland Tower yang mana PBT tak boleh dipertanggungjawabkan, pada aku baik lupakan saja.

Kedudukan flat tu aku tak boleh lupakan....kesian orang macam aku. Kalo nak tengok tak silap aku Taman Permai kat Cheras. Hmmmm....


My Experience 2
Ada satu flat ground floor kat PJ nak dilelong 10k. 10K???? Mau penasaran aku kalau tak p tengok. Gigih heret laki mak, nyah.... Kawasan flat....biasa la keadaannya, dinding dalam pun tak berplaster nak save cost la tu kat memana yang patut tapi dekat komuter, boleh melintas ikut jejantas blok yang satu lagi. Bas pun lalu situ. Punya la convenient tempat tuh.

Kat dalam rumah tu ada sorang makcik yang dah berumur, aku nak gather info pun takut takut nak bertanya. Tak sampai hati pun ye. Kesian maaa....

Katanya si pembayar (tak tau la anak dia ke laki dia) bawak teksi income tak tentu, tu yang tertunggak tu. Aku sampai 2 kali tanya kat orang yang bagi info ni betul ke 10k? Iye kakkkk..... fed up kot. Aku rasa harga tu ikut reserved price dalam Sales and Purchase Agreement tapi macam tak mungkin pulak, low benor le pulok. Mungkin jugak bank dan hilangkan file so dia main agak2 je price asal rumah tu....ntah lah. Bila sampai auction date rumah tu tak jadi dilelong but setelah beberapa lama dah naik balik for auction but no more 10k lorrr.....sudah up 60k! Mesti ada orang beli punyalah. Bagus jugak aku tak beli (tak berduit time tu sebenornye, rege sudah naik maaa) sebab aku dok fikir mcm manalah aku nak suruh makcik keluar...hiks.


My Experience 3

Dekat-dekat rumah aku ni ada satu taman lain yang berdekatan dengan 'kolam renang IWK' dan disebelahnya pulak ada kawasan penempatan penduduk. Yang tak bestnya jarak kolam tu dengan deretan rumah terlalu dekat dan lebih tinggi dari rumah 1 tingkat tu. Ko boleh tahan macam tu? nak jual tak boleh, nak duduk memendam rasa, nak makan meloya.

Hang pi check dululah memana tempat yang hang nak beli tapi macam aku cakap sebelum ni, kekadang ada perkara-perkara surprise untuk kita. Tak de pun dalam miniature kat sales office developer tu... tau tau muncul je signboard: Cadangan pembinaan kolam takungan bla bla bla....huwaaaaaa.......!!!

Post a Comment

0 Comments