Tips Hartanah 5 - Feng Sui | Panjang dah weh aku cerita, dah faham lom? Dah dapat manfaat ke idak? Kalau perlukan personal shopper bagi tau aku ya, untuk area Negeri Sembilan and part of Klang Valley only.
U all percaya feng sui tak? As a muslim u cannot percaya benda-benda sebegini. Bangsa Cina sendiri pun ada yang tak percaya apahal ko pulak nak beriya-iya. Aku pun tak percaya tapi aku mengambil berat jugak certain perkara yang berkaitan dengan investment in properties.
Orang Cina tak suka no 4 so rumah teres ko cantik dan gah itu mungkin tak akan menarik depa untuk membeli bila ko letak “for sale”. Masa aku keje dengan developer dulu, bos aku siap tukar no rumah 14 ke 13A. So aturan no rumah tu 12, 13, 13A, 15,……
Sebelum membeli, hang pi la tengok kawasan tu dulu terutama kalau projek tu dah siap. If under constructions pun boleh tengok dengan site supervisor.
My experience
Ada orang iklankan tanah untuk dijual di Seremban ni. Aku ni yang kaki sibuk pi la nengok. Atas bukit wehhh…best. Rumah orang kaya kan selalu kawasan tinggi senang nak tengok rakyat jelata.
Sampai je kat atas, tanah tu luas betul and …..tu dia………………………………….….direct mengadap kubur!
Terencat angan-angan aku. Tujuan asal pun aku cuma nak melihat-lihat saja. Sekarang dah naik rumah teres 2 ke 3 tingkat kat situ and tetap mengadap kubur. Tak kuase la teman oooiiii... Aku ni penakut dan aku selalu terfikir bila en. Suami keje malam macam mana? Ko ndak?
Korang tau tak kes sesetengah penduduk kat Bukit Kiara against rancangan pembesaran kawasan kubur disitu. Depa- orang-orang kaya ni- tak mahu property value depa jatuh and yang jadi ‘kapla’ menentang pulak this one prominent figure. Kalau bangsa lain menentang aku fahamlah sebab bukan depa yang nak kena tanam kat situ. Oooo… yang buruk buruk nak letak kat kawasan orang miskin ye. Ko jugak yang nak kena simpan kat situ nanti, senang anak bini nak jenguk (kalau ada masa and kalau your wife tak kawen lain hik..hik..).
Ada jugak dalam sesetengah kes, state government awal-awal lagi dah gazette kawasan kubur di sesuatu tempat but the developer tak masukkan dalam plan yang dia jual kat kita. Bila kita dah duduk setahun dua barulah kita tersedar…… Sebelum kubur tu penuh dan lebih ramai orang tau, ko jual je la rumah ko tu. Confirm harga susah nak naik.
Pernah lalu kat Taman Connought? Kubur sebelah flat je.
Korang kalau kopipes ni jangan lupa kredit aku tau!
To be continued..............
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.