Tolongggg!!! Penyewa jahanam!



Oleh kerana aku yang memegang kunci rumah jadi aku le yg kena buka pintu.

|
|
|
|
|

Astaghfirullah hal azimmmmmmm.......

rumah sewa dah jadi rumah kongsi! Penyewa jahanam!

Mengurut dada aku wehhh....macam kena ransack dengan perompak, tak boleh nak duduk lansung!


Katil berlebih ditinggalkan kat luar. Woiii!!!...bersinggit aku nak beli dulu ni tau!

Let's make a tour

Bersepah, berdebu

Aku heran betullah, kenapa tak buang aje kasut buruk dgn kotak kasut tu masa nak turun pg kerja? Pengotor! Pemalas! Buat malu kaum jelah ko ni

Bekas air kat bawah tu dulu aku buat hidang air. Lengkap rumah ni dengan pinggan-mangkuk sampaikan student yang dulu kata, "saya tak sangka akak bagi semua ni....rumah yang saya sewa sebelum ni kosong aje rm650".

Baik tak aku? Masuk lif tekan butang sendiri
  
Tak pernah dibersihkan gamaknya. Periuk tu cap buaya tau sampai berkerak berkarat kat situ. Aku jugak yg kena cuci. Dinding tu husband aku yang clean up. Aduhaiiii...


Sinki tersumbat, geli aku tengok tapi aku jugak yang kena bersihkan


Ini cerek dia orang, dah hilang dah pun tombolnya. Cerek aku dah berkerak.


Mesin basuh auto rosak, takde siapa yang nak bertanggungjawab. Bila dia hantar pun dia tak sure. Tauke kedai repair barangan elektrik tu kata dah tak ada

Berdaki

Ko nak aku bukak toilet cover tuh?? Tuuu...yg bergumpal tu rambut ke bulu beruk agaknya? Lantai bilik air pun tersumbat - antara sebabnya rambut, lemak, sudu

My hubby dah tukarkan seat baru...as usual..den dah kobakan.

Ko tengok...botol kosong dan cebisan plastik pun tak boleh buang. Ada banyak rambut pulak tu dalam peti ais nih


Luahan perasaan la kononnnn....mangkuk tingkat betul!


Spender pun ada di dalam almari yang terletak di ruang tamu nih. Dah ghahai dah pintunya. Yang 1 ni husband aku tak sempat buat, dah tak larat sebenarnya. Dari celik mata spai 12 malam bekerja mengalahkan kuli batak. Dah tu tokey (aku le tu) bagi mkn sekali je....heheheh....


TV yang aku sediakan brand Sanyo- dah rosak katanya so depa ganti yang ini. Takde erti maaa...tak keluar gambar pun. Berapa lak aku nak caj company tu


Mesin basuh yg semi auto ni dah rosak, depa letak la segala kotak kasut dlm ni. Hoooiiiii!!!!...tu pun tak boleh buang ke? Kat tangga tu je lubang sampahnya. Dasar pengotor! Memang tenant from hell!

Malam tu aku dengan ayahnya angkat sampah letak dekat dgn tong sampah bawah, pagi esoknya je dah kena jual.

Kalau anak aku buat macam ni mau birat kaki dia orang. Gila babun punya orang

Beruk mat yeh sungguhhhh...mcm mana la tak jahanam lemari tuh. Ko ingat ini kayu jati ke, mangkuk?

Aku tak tau apa motif depa jahit langsir merah dengan yang pink tu. Tu seterika baru sbb yg lama dah dirosakkan. Main letak mcm tu je. Dinding dan lantai dah berbulu, rambut punya la banyak mcm depa gunting rambut kat situ tp tak dikemaskan.

Cermin almari 1 pun tak tinggal. Husband aku pasang plywood kat bahagian depan biar nampak elok sikit. Nasib baik dia multiskills....kalau semua benda tak tahu tapi banyak duit takpe, upah je kat orang


Apa punya pompuan daa...Tilam 2 buah hilang, bolster 1. Tilam bujang yang tinggal 4 tu: 1 untuk anak dara aku, 2 lagi anak bujang share 4 orang, 1 lagi aku share dengan si dia. Badan masing-masing dah la kembang. Aku jangkakan ada 6, anak-anak aku kemain suka nak tidur kat sini sebab nak tidur katil double decker.

Actually tak tahu siapa yang melesapkan/merosakkan barang ni sebab sebelum staf pompuan staf lelaki yang duduk sini. Aku pun dapat tahu masa dia orang inform nak pindah sebulan lepas.

Patutnya parquet yang tanggal tu digam balik so takdelah hilang. Ko ingat aku cop duit ke?

Tukar pintu baru, yg lama dah bersepai sekeping2. Plumber ni caj aku RM600 tau! Dah habis sebulan deposit. Yang lagi sebulan mana cukup nak cover mesin basuh, tv, cleaning, tilam dan lain lain


Bocor.... Dapur masak tu katanya tersumbat, tempat pulas pun dah hilang dua2 sekali (masa depa masuk tu 1 ada lagi). Kami dah takda masa nak cek dapur tu so yang senang kita beli barulah. Walaupun murah aku tak nak korang susah ya tenant baru. Nanti haus tengah malam boleh gak jerang air buat Milo.

Ko dah tengok sendiri kan abe, aku tak tipu kan? Kalo ko tak datang aku takut bos ko nanti kata aku superimpose gambar tu pulak. Haa... dah tengok tu sign inventori nih. Tapi masa ko datang ni dah banyak bezanya, pukul 3 pagi baru dapat tidur beb. Kalau tak dibersihkan mcm mana kami nak duduk berlunjur meluruskan pinggang? Masa masuk 12 tengah malam tadi aku rasa nak call ko sangat sangat tapi tak sampai hati pulak nak mengacau. Kesian ko, baru 2 bulan keje dah kena tanggung masalah ni.

Mamat ni manager tapi dia keje kat HQ di KL nun. Masa aku tengah discuss dengan dia aku rasa 2 kali dia call supervisor yang in-charge staffs yang duduk kat rumah aku ni tapi dia tak datang.

Dah 10 tahun aku menyewakan rumah, macam yang aku cakapkan hari tu kat sini ,aku berbelanja besar nak dapatkan rumah sekecik ini tapi orang suka suka hati je buat macam rumah mak bapak dia. Penyewa yang inilah paling teruk sekali, pompuan pulak tu. Buat malu aku jer. Bini korang besok kalau biarkan rumah bersepah-sepah memang asal kejadian dia macam tu lah. Psychologist kata kalau bilik tidur/bilik air seseorang tu bersih, pembersihlah dia. Memang logik pun sebab bilik tidur adalah tempat yang paling privacy dalam rumah kita dan bilik air tmpat terakhir yang kita nak bersihkan. Ishhh...hampeh!

Aku takmo bagi tau siapa tuan hantu hantu ni, confidential kannnn....but i'm going to send the photos and invoices to them. If they refuse to pay....aku laungkan kat sini.

Nasib baik la kenalan aku si Hasry dan Amal tak dapat tengok rumah ni sebab takde orang. Kalau la depa tengok malu besar aku. Aku curious jugak kenapa beberapa orang yang dapat tengok tak nak sewa atau bagi jawapan "nanti saya confirm" yang mana bukanlah kebiasaan. Rumah ni selalunya orang ke-2 buat site visit je dah jadi booking.


To my new tenant, as written in the agreement bila-bila aku suka aku akan datang buat spot check (tapi aku tengok boleh diharaplah tenant baru ni). Ko jaga la rumah aku baik baik ye. Langsir aku tak sempat nak hantar ke laundry, manjang terlupa je bila turun dan aku tersangat letih bila 5 kali kena turun naik. Rumah tu dah 95% dikemas dan dibersihkan. Encik-encik semua dapat waching machine baru, dapur baru, pintu bilik air baru, almari diberi nafas baru. Kalau ko dah beli rumah nanti ko duduk je lah di sini...sewakan je rumah ko tu lagi untung.
 
New tenant 

Balik tu lepas je Tesco Shah Alam tau tau aku dah sampai depan rumah.....sekejap je dah sampai...ish ish ish....Letih bangat ni wehhh..esok nak motong!


Post a Comment

3 Comments

  1. mak aiii...pendatang haram ke yg duduk rumah tu? hahaha :P

    ReplyDelete
  2. org Msia dgn org Indon, diyakini halal

    ReplyDelete
  3. what adoihai nangis la haii.. lepas ni sewakan rumah kosong jer..

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.