Tips hartanah 2 - Location! Location! Location!



Tips hartanah 2 - Location! Location! Location! | Tanyalah sesapa pun, perkara ini sangattttt perlu diambil berat. Kalau nak duduk sendiri macam yang aku dah bagi tau lah but if u wanna make it as a money machine, at least enough to pay the bank, lihat rumah tu daripada kacamata org lain.


Lagi satu, kalau nak disewakan belilah hartanah yang jaraknya dalam 1-1 1/2 jam perjalanan dari tempat tinggal ko. Kalau ko duduk kat Langkawi ke Sabah ke camana ko nak jenguk rumah tu or bila ada masalah (harapnya tidaklah)? Aku boleh je tolong........tapi $$$$$$$$$$$$$$$ hehhhehheh...

Kalau dah berkenan dgn satu-satu property tu kalau ada masa dan kerajinan pergi jenguk di 3 masa yang berlainan seperti pagi, petang dan malam (kalau takda masa boleh upah aku). Kekadang kawasan perumahan ni sunyi macam kubur waktu siang tapi gegak-gempita waktu malam. Again, kalau tempat tu ada beribu orang ndak walaupun sesak, ko beli ajelah, nanti nak jual balik pun senang (kalau takde masalah-masalah yang tak dijangka). Bukannya ko yang nak duduk pun. Macam flat Kg Baru tu....tengah2 kota kosmopolitan lagi!


My experience 1

Ada sekali tu aku tengok iklan flat lelong kat Cheras murah giler....! Aku ni pun menggatal nak tau kat mana sampai sosek baghek den mencaghik eh. Lagi satu tips, kalau ko tak jumpa mana-mana bangunan yang ko nak tuju toksah la tanya kat Cik Kiah ke Cik Jah ke...hmmmm...buek ponek den turun naik keto yo. Semuanya tak tahu. Nak tanya kat org lelaki cuak pulak aku dengan kes ragut yang bermaharajalela. Aku tanya kat drebar teksi dia tunjuk salah tempat, abang posmen pun sama padahal aku dah sampai ke simpang tempat tu dah.

Harga dalam RM20k lebih je. Aku pergi time tengah hari Jumaat, kawasan boleh tahan bersih, ada cleaner sedang bertugas. Rumah tu kat underground floor. Bukan ground ye, underground! Aku skodeng la....bila ko bukak tingkap je ko akan nampak tanah. Kiranya ko praktis duduk dalam kuburlah hahhaa.... Suweyyyyy…. Dibuatnya hujan lebat dan tebing tanah tu runtuh dah tentu masuk dalam rumah ko, confirm terus dikuburkan. Lagipun hari-hari ko takkan dapat cahaya matahari, not good for your health. Penyewa pun kalau berpeluang pindah dia akan pindah.

Then aku sembang dengan brader jual pisang goreng kat situ. Dia kata penghuni kat blok tu okay, kalau blok yang lagi 2 tu ada gangster. Aku tanya kat dia kenapa agaknya dijual murah? Ada hantu ke? Dia kata kat KL ni hantu yang takut kat orang. Betul jugak ek. Hantu dah nak tidur orang KL baru balik keje. Ko pun sama eh?

Lepas tu aku rasa menyesal pulak beli pisang goreng kat dia sebab dia tak pergi sembahyang Jumaat. Dia la hantu tu…...kot?


My experience 2

Aku cari flat yang nak dilelong kat area Selayang, murah! murah! murah! Cehhhh...macam iklan sale hujung tahun pulak. Hairan wehhh…semua owner flat yang nak auction tu adalah Malay.

My 1st impression and thought masa memanjat tangga adalah, “sapalah arkitek yg design building ni”. Mereng betullah orang-orang yg terlibat- design and approve, memang masa dia design tu dia tak fikir lansung kalau kaum kerabat atau anak dia kena duduk kat situ. Flat 5 tingkat dibina mengadap satu sama lain dgn ruang kosong di tengah. Tangga pun ada brick yg disusun berlubang2 (takut orang terjun agaknya). Korang bayangkanlah betapa gelapnya  dan tak masuk anginnya flat tu. Penghuninya pulak 95% orang-orang yg kurang cerah. Dengan bau yang semerbak dan bunyi muzik yang kuat…ya rabbiiii….poning kepalo den. No wonder bangsa lain tak tahan duduk kat situ. Aku rasa depa ni dipindahkan dari kawasan setinggan takpun estet tempat keje depa dulu kena amik dek pemaju.

Masa kat car park sempatlah aku sembang dengan brother India nih, dia kata "dekat ini blok selalu ada gadoh". Ayoyooooo....

Nasib baik aku pi tengok sendiri, kalau tak…tensen! i tell u ......

If u want my service to choose, check, visit and bid for your future property di sekitar Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan sebahagian Selangor, you may e-mail me at ruggedmom@gmail.com

Nanti sambung lagi ye....ado kojo lah!

Post a Comment

0 Comments