Tips Hartanah | Nak beli rumah tak? Aku bagi tips sikit



Tips Hartanah | Nak beli rumah tak? Aku bagi tips sikit | Entry sebelum ni aku ada tunjukkan gambar rumah sewa aku yang tunggang-langgang dek penunggu yang hampeh! tapi bagi korang yang dah pasang angan-angan nak membeli harta dan menyewakannya janganlah takut pulak. Itu namanya cabaran. Cabaran yg tak berkesudahan huahuahuah…..Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.


Please bear in mind aku bukannya nak mengajar, just sharing what I’ve experienced, yang I baca, yang I dengar from peoples around me and bla…bla…bla… Ni free tau, sharing is caring. If you wanna get knowledge from any good books you must part at least RM50 from your pocket for each of it. Kalo korang nak copy paste boleh jer pleasssseee …..GIVE CREDIT . Itu adab namanya.

Ala...macam amik maid la kadang-kadang nasib baik dapat yang elok pandai jaga anak pandai masak. Kalau nasib tak baik dapat yang jaga laki ko sekali huhuhuhu….

Sebenarnya membeli rumah adalah cara tradisional untuk keluar daripada kemiskinan. Korang perasan tak some of our parents yang agak susah atau tak kaya ada rumah dan tanah. Some beli sendiri, some diperturunkan- harta warisan and some just dapat tanah daripada parents memasing then they built their dream home on the plot. Most of our parents yang di kampung ada tanah sendiri. My parents takde apa yang nak diwariskan kat aku sebab adik-beradik aku ramai …hiks…so aku usaha sendiri korek tabung kerang porselin tu (ko pernah tengok?).

Orang-orang kaya melabur dalam properties. Do you know that Prince Jefri Bolkiah ada 600 properties worldwide? Hmmmm…kalau sedekah kat aku 1 pun bagus. Banyak tu kena bayar tax. Nanti ada pulak yang cakap “alaaa….duit dia bertimbun”. Betullah tu, duit singgit kita ni buat cucuh curut dia je but why people around the world chose property for investment? Because the value will appreciate.

Kalau pendapatan kita sekitar RM2500 sebulan (di KL 2500 lepas nak hidup je ye tak?) and we manage to buy 2 properties that’s good enough for me. Satu ko duduk satu lagi as your punca pendapatan bila ko pencen sok. Pikir la jauh sikit dik, utk 30-50 tahun ke depan. Nak senang kemudian kena susah dulu sekarang, mungkin susah sikit maybe jugak susah banyak. Macam aku ni masih susah lagi…jadi full time housewife mana ada gaji beb. Kojo 24/7, 24 hrs a day, jadi drebar angkut budak sekolah lagi. Korang yang bergaji beribu-ribu nih?

Ramai orang kita ni habuk pun tarak! Kete bertukar-tukar tapi tempat tinggal tetap pun tak ada. Bukan menghina tapi kalau kita lahir hidup makan kencing berak kat sini tak boleh nak sediakan tempat yang sekurang-kurangnya selamat (walaupun tak berapa selesa) untuk anak isteri gi mana sih? Bangladeshis Indonesians Vietnamese yang datang sini pun boleh kutip beribu-ribu ringgit setiap bulan. Keselamatan dan tempat berteduh keluarga tu amanah Allah kepada setiap suami . Heyyy…orang pompuan ni bila setuju berkahwin dengan seseorang lelaki tu sebab dia yakin yang si lelaki akan menjaga dia dengan baik. Kalau masa single dulu dia sewa bilik bila dah kahwin at least kena la mampu sediakan sebuah rumah/flat bukannya duduk dalam kolong macam cite Kassim selamat tuh. Kehidupan mestilah berubah menjadi yang lebih baik (ni peringatan untuk aku jugak).


Selingan
Ada sorang hamba Allah tu berasa kagum dengan kami sebab kitorang dah beli rumah sebelum bertunang lagi. Pada masa tu dia dah berkahwin, anak 1 ke 2 tak hengat, ada keta Honda Accord. Yang tunang aku ni cuma ada motor kapcai dan kenderaan rasmi aku adalah bas. Hari ini the same person ada 2 isteri, anak makin bertambah, pekerjaan lebih kurang dulu jugak dan masih menyewa. Aku harap dia yang bayar sewa rumah. Get what I’m trying to say?

Nanti senang-senang aku bukak bab ngutuk lelaki kawen lebih ni pulak padahal nasi yang lalu kat tekak dia tu bini yang bayor!

Kalau ko belum kawen ko kena fikir jugak untuk future, umur ko dah berapa tahun sekarang? Takkan keluar universiti tak boleh beli rumah kot….aku yang tak habis sekolah ni pun boleh. Berapa lama lagi nak menyewa? TAPI…..kalau rumah yang ko sewa lebih murah daripada rumah sendiri yang ko sewakan kat orang lain (kira untung banyak lah), aku rasa lebih baik terus menyewa. Macam seorang driver kat tempat keje aku dulu, dia beli apartment dan disewakan rm800 sebulan. Dia duduk mana ko rasa? Setinggan beb, duduk free. Aku tak sanggup la sampai macam tu, rumah rapat-rapat berbisik pun orang boleh dengar. Toilet kongsi? Uuiiii…idak le.

Nilai rumah juga jarang jatuh tak macam kereta. Someone yang aku kenal beli Jaguar 500k cash bila nak let go org nak beli 100k je. Phewwww….400k difference tu jang. Aku maintain local car je lah camtu (nak cover line tak mampu).

Okay lets go back to the topic. Sebelum beli property sila ambil perhatian perkara-perkara ini ya tuan-tuan dan puan-puan:

1) For own occupation or investment

2) Location

3) Type of properties

4) Nak beli daripada owner atau lelong? Daripada seller terdesak?

5) Feng Sui

6) Ada lagi….. nanti kita sambung ye. Ingat nama blog aku ni ye..ruggedmom.com

7)

8)


Nantilah sambung…pukul 3 dah ni, lauk pun tak masak lagi.

Post a Comment

0 Comments