Nangis org DBP dan pencinta bahasa baca tajuk aku tu..Flat ku sudah di booking!
Alhamdulillah...dah ada yg bayar deposit 10 nov lps. Lepas dia bank-in tu kemain ramai lak aweks yg call, dah habih exam la kot.
Dulu aku sceptical dgn bakal tenant lelaki..ramai yg kata rumah depa selalu dirosakkan lebih2 lagi kalau dia bengang kat tuan rumah...masa tu otak dia dah tak ada kat kepala dah, bubuh kat lutut kot. Sorry ekk kasar sikit. Kekadang ada masalah rumah yg tuan rumah tak boleh selesaikan contohnya bumbung terbang (flat/apartment). If the property is under PKNS so they will do the repair. Ko memokak-mokak kek den pun den tak buleh buek apo...den pun akan memokak pulak kek PKNS. Lopeh tu PKNS akan memokak kek contractor. Mcm tulah pusingannya.
Kalau pompuan yg sewa susah gak sbb lampu tak menyala pun dia call aku padahal dia patut selesaikan sendiri. Kicik punya hal deyyy
Masa sign agreement tu baca la dulu. Aku buat agreement dalam BM so tak boleh komplen tak paham. Jenuh aku translate tau... English aku dah le tahap berapa je. Rental agmt tu dulu2 1 page aje now ni lepas 10 thn jadi lanlord dah jadi berpage-page. Start from a novice landlord sampai la berhati kering. Huiii...dah mcm2 org aku jumpa...dan berkali jugak aku terkena...dari yg standard pelajar dan pekerja...ada mcm2 peelnya...rasa nak hempok pun ada. Walaupun ko kata sewa mahal (mahal ke kalo ko ddk spai 6 org?) tp aku rasa lbh baik drpd kehidupan aku masa menyewa 14 yrs ago di kawsn yg sama, bilik kosong je pun dah 450. Bilik kosong n rumah kosong tau!
Mcm ni la aku bg nasihat skt itupun kalo ndak dengor. Rumah sewa yg sekangkang beruk tu kalo ko nak dpt kena byr beratus ribu ye, bkn sikit duit ringgitnya. Contohnya kalau harga dia RM65k yg ko beli from sub-sale, 1stly ko kena bayar deposit min 10% (reti kira tak? aku lingkup maths tp pandai kira duit) then buat valuation report (ratus lagi), lps tu ko kena buat muka kesian kat bank...kalo bank A reject lps seminggu dua ko kna tadah muka kat bank lain pulak (siap ada processing fee pulak-senang btl buat duit bank ni). Bila lulus pi la ngadap lawyer pulak (tp ko jgn pegi yg kat Banting tu jd wap ko nanti). Lawyer pun bg invoice jugak dlm 4 ribuan. Dah dpt kunci ko kna mekapkan rumah tu pulak. Kekadang rmh tu nauzubillah condition nyer...kena repair, cat and maybe beli furniture (kalau aku depending on location and siapa yg akan duduk).
Ko rasa rmh ko sewa tu mahal ye? Nanti...aku blm hbs berleter lagi. Bila ko lambat byr bank yg prihatin tu akan caj aku. Kalo aku lmbt byr kat bank dia tak kira masa org nak berak ke nak tidur dia dia akan call. Kalau manusia tak call mesin dia yg takde perasaan tu call. Aku? Dulu aku mmg baik sbb tak reti skrg ni ko byr lewat dr tarikh yg aku bg tu aku caj ko RM1 sehari. Kira bayaran untuk hati aku yg gundah-gulana menunggulah al duitlah kan.
Tak puas hati jugak lagi? Nih aku nak bagi paham ye. Rumah yg berharga 65k tu akan jadi around 140k pd akhirnya. Itu blm termasuk furniture n fittings yang dah jahanam. Itu pasal la aku kasi 'kill' itu stamp yg kat agmt. Just in case....
Haaa...cuba ko kira berapa jumlahnya? Tolong la paham jugak, aku beli property tu just in case sok anak aku nak belajar kat area situ dan takde org nak sewakan kat bdk jantan mcm aku (dan org2 lain juga buat) dulu, adalah tmpt dia org berteduh dan mengulangkaji pelajaran dgn selesa. Terngiang-ngiang lg kat telinga aku, "tolonglahlah saya kak, semua org nak sewakan kat pompuan..hr Isnin ni class dah start". Aku beringat je nih sbb dunia ni berpusing. Sok kena kat anak aku pulak camana? Aku insap dik...
Tapi kalo ko rasa mcm tak patut jugak, ko kumpul duit ko tu:
Gaji RM2000
(-)
Simpan 200
Takaful 200
Sewa rumah 200
Api air 30
Internet 60
Telefon 80
Loan kete 400
Makan 300
Rokok 200
PTPTN 100
Makpak 200
Awek(s) 100
Shopping 150
====
Bal RM30
bila duit ko dah terlonggok, ko beli rumah merpati tu sebijik dan duduk sendiri barulah ko tau betapa berharganya rumah merpati itu. Takpun bila ko dah beli rmh sebijik lg dan yg besar kangkang beruk tu ko sewakan, ko rasalah sendiri pahit manisnya. Aku ni tiap2 kali tenant klr je mesti nak kna tukar toilet seat, heran sungguh! Aku dok pikir depa ni berak kat sungai ke hapa kat rmh sendiri? Rmh yg aku dah ddk 13 thn ni blm pernah lagi bertukar baru barang tu. Ko ingat aku nak tukarkan free je? Kim salamlah, tarak beb, toilet seat 25 hengget, upah tukar 30 hengget. Where got free one...
Itu blm termasuk sink yg tersumbat, dapur masak tersumbat, bantal hilang, almari rosak, arghhhh...
Aku berkira? Memang aku berkira, cuba ko kira berapa banyak duit aku dah klr utk org lain kira?
Untuk makluman sahaja.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.