Aku tgh free nih meh kita sambung cite...
2. If u wanna go in group(s) pleassseee discuss awal2
Tips ni terpakai terutamanya kalau nak pg dengan geng2 pompuan dah kawin. Finalised 1,2 tempat yg nak pergi, minta izin kat laki hangpa then bila ada tmbg murah terus book (kalau naik flight lah). Jgn bila ada offer baru terkial2 nak tanya laki hang….kalau jenih yg tanya hari ni 2 hari lagi baru dpt jawapan miss la tmbg murah tu. Kalau 1 group tu ada 5 org yg teringin sgt nak pegi but 3 org je blh confirm, yg 2 lagi ding dong ding dong laki ko tak bg jawapan lagi sbb dia nak solat istikharah dulu.…., book je dulu utk yg 3 org tu. Yg lambat tu amik le price lain. Sonang. Nak lagi sonang amik aku jadi guide, aku buatkan pakej heheheheh….serius nih.
Takpun buat mcm aku, aku booking siap2 lps tu aku cakap kat ayahnya, “bang nt awak apply cuti date ni spai date ni, date ni spai date yang ini”. Silap2 kena marah, ingat keja company sendiri ka?
Ada sesetengah negara masa sampai je dia dah tanya bila kita nak balik, kurang ajar btl…marah org tua2 kalau buat mcm ni kat tetamu. Moralnya ‘hang pandai mai sini hang pandai la nak balik ye. Ko jgn lesap pulak lepas ni, nanti aku cekup’. Kena kat UK dulu.
2. Passport
Ini SANGAT PENTING! Kalau nak pg oversea or over the river (Sg Golok) pls ensure passport masih bernyawa lbh dr 6 bulan. Ada sesetengah negara perlukan visa. Leceh skt la kerjanya tapi apakan daya dia yang buat undang2…pergi tmpt org pandai2 la bawak diri, msk kandang kambing mengembek msk kandang ghimau mengucap
3. Travel light
Toksah la bawak brg byk2 kalau nak melancong…mcm aku pg London dulu penuh 1 beg padahal dah end autumn, sejuk yg amat. Masa spai tu pun -3C...baju blh pakai 2,3 kali jeans apatah lagi. 1st time mah…mana aku tau.
Aku mmg tak guna beg tarik tu w/pun memudahkan. Normally bawak beg kanvas lebih ringan n senang nak sumbat dlm boot keta aku yg kecik tu. Lagipun beg tarik tu beratnya dkt 5kg jugak so bila ko naik flight dah terbuang 5kg tu (dia org bg free luggage allowancw 15/20kg je). Kalau anda kaki shopping bawak extra beg siap2 jadi duit utk beli beg tu boleh beli benda lain. FIY, beg tarik kat Lgkwi murah je.
Baju2 kita hantar kat dobi je…mcm kat Langkawi tu hntr pagi ptg nt dah blh amik. Kalau hari hujan tak cukup baju aku beli je yg 3 helai 10 hengget tu. Haiii….sonang yg amat.
4. Kirim barang kirim duit sekali dan agak2 la
Biasa tak terima kiriman org? Mesti ada kan kalau korang kepoh2 bg tau nak pg mana2. Aku bg tau terang2 “kalau kirim air liur dpt air liur” tp phrases ni tak boleh nak apply kpd semua org…ada gak yang terkecuali. Tapi w/pun kirim duit agak2 la jugak barang yg nak dikirim tu…kalau setakat ikan bilis, accessories, kain batik atau apa2 yg blh disumbat dlm beg tu takde la kisah sgt…tapi kalau periuk belanga tu susah la skt.
Contohnya mcm ni lah ye:
Satu hari tu kami nak ke Langkawi n ada org terdekat kirim periuk yg bertingkat2 tu (ala yg byk saiz tu la) sedangkan harganya beza dlm RM5 je dr tmpt dia maybe pattern lain. Aku ingat aku je terima dgn berat hati rupa2nya laki mak pun sama nyah… Kenapa aku kata agak2 nak kirim? Sebabnya kita akan naik feri, bawak anak2 lagi, bawak beg besar lagi…Pernah naik feri ke Lgkwi tak? Kalau kita naik awal brg2 kita kena hempap kat bawah sbb tmptnya kecik. Kalau naik lambat pulak mgkin dpt lokasi tmpt ddk yg ‘kureng’ mcm kat depan, letih kena lambung ombak.
Dah kami berdua bkn minat sangat nak msk tmpt2 yg sesak nih so kami pg 2 kedai je kat Kuah tu. Jenguk2 panjangkan leher pusing2 tgk takde kami pun klr. Bila balik kami cakap tak jumpa. Betul apa tak jumpa, dah cari dah kan? Kita tak bohong punnnn….
Tapi kalau kirim masa kami bawa kereta sendiri blh la kami usahakan. Syok jugak shopping utk org lain nih. Seronok tgk expression dia masa terima brg tu dan seronok jugak dpt menolong. Kekadang aku teringin nak beli satu2 brg tuh tapi selalu je terngiang2 kat telinga aku: bila nak pakai? cantik ke bila dah bawak balik nt? kat mana nak simpan? karang kena bola pecah pulak…habuk banyak la kat rumah…etc. Tu yg dpt belikan utk org lain pun hati dah rasa berbunga-bunga.
5. Duit
Beringat la bila berbelanja jgn spai airport tax yg wajib pun takleh nak byr. Biasanya dia org amik local currency dan berbeza ikut negara. Di Bandung hr tu RM28, kalau dr Ho Chi Minh RM170 (mahal lg tax dr tmbg).
Kastam pun nak paw ko jugak tapi biasanya beg famili ni dia org tak chk la...buat penat dia je bukak beg...jumpa diapers la.. botol susu la.. baju busuk la...lbh baik dia chk beg yg bujangs tuuu...dah tentu dia beli ole-ole.
Sesetengah imigresen siap tanya berapa byk duit yg kita bawa, kalau tak munasabah dia jadi suspicious sbb dah byk kes org dtg ke sesuatu negara atas alasan melancong tp sebenarnya dah pasang niat nak hidup beranak-pinak kat situ. Alaaa…org yg ke Malaysia pun ramai mcm tu.
Kalau ada brg2 yg murah, unik dan berpotensi utk dijual balik, beli lebih. Boleh la cover kos kita melancong tu kalau pun tak dpt untung. Nasihat ni sgt berguna utk korang yg ramai kawan n ‘kaki’.
hmmm...apakah lagi yg mahu kucoretkan??
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.