Cerita melancong and travel tips n advise



Meh kita cite ttg tips melancong pulak. Walaupun byk benda yg u all dah tahu dan lebih berpengalaman tapi mungkin ada yang akan kata, “oooo….tak terfikir pulak mcm tu” khennn? Ni lbh kpd yg berbajet kecik la, kalau bajet takde limit amatlah sonangggggg hidup, cakap je kat laki ko “yanggggg….i nak lunch kat Perth la pastu malam nanti kita p bergonjeng kat Melbourne pulak ye….” Laki ko pun jawab, “untuk u..anything honey … just name it”. Perghhhh….best giler!


1) Plan where u wanna go and search for lots of info

Ada banyak tempat yg kita boleh jenguk kat Malaysia ni-ada pulau, laut, gunung-ganang, sungai. If bawak anak2 elok rasanya pergi tmpt bersejarah jugak sbb dia dapat tgk sendiri tmpt2 yg tertulis dlm buku sekolah dia. Aku rasa dgn cara ni lbh mudah mengingati. Lagipun ada sesetengah kita yg selalu reject permintaan anak2 yg nak ikut rombongan sklh kan? Dah ko tak bg dia ikt rombongan, bg la alternative…bawak sendiri…takde la ketat muka dia.

Sblm pegi amik la tau serba sedikit bila musim panas bila musim banjir kalu tak karang sia2 je perjalanan korang. Mcm dulu aku nak p Cherating, mmg la tak banjir kat sana tapi jalan nak ke sana tu yg dah naik air. Kalau ko p sana naik lori 5 tan bolehlah. Ataupun nak tengok penyu bertelur kena la tau bulannya jugak.

Sekarang ni kalau nak p Indon mmg tak sesuai silap2 kape teghobang ko patah balik ke sini sbb tak blh landing. Sblm aku aku p Indon hari tu berbulan2 jugak aku cari info and read review ttg hostel/hostel/tourist attractions/org2 kat sana/food and so on. Dah aku nak pg sensorang kan pompuan lak tu...wajiblah aku mengambil tahu byk hal. Yang dok sibuk menakut2kan aku pun ada gak...nyampahs! Dgn serba skt experience yg aku dah ada tu aku lbh yakin dan berani selepas ni (ni yg ustaz Kazim tak suka ni).

Aku personally amat suka ke Terengganu, pulau2 yg famous mcm Pulau Kapas, Redang, Perhentian Besar & Kecil, Tenggol (ada bot terbalik pulak hr Ahad lps), ada Tasik Kenyir, Pulau Duyung tmpat buat kapal, Taman Tamadun Islam, dll.
Pulau Kapas 

picture credit to placeforholiday

Pulau Perhentian Kecil
Senja Bay Resort (formerly known as Suria Perhentian Dive Rst). 
Dulu kami stay kat sini. Time tu air paip dicatu- klr air time yg dia org dah set. Aku suka English breakfast dia. Masa ni aku mandi mcm budak kecik, naik ke darat pkl 1, 2 jam lps tu berendam balik. Really enjoy the holiday.

Pulau Redang 
picture credit to kokahkok

Pulau Tenggol
picture credit to surfaceintervals


picture credit to scuba

Ni yang buat aku kecut perut nak blaja dive nih

Tasik Kenyir
 boathouse
 
Atas pulau tu sangat best utk berehat kat bawah pulau pulak (dlm laut ler tu) boleh berenang2 dgn ikan.  Tapi aku baru sampai ke Kapas n Perhentian Kecil aje itupun 5 thn dulu. Yg lbh berani dan berlesen blh p scuba diving, yg mcm aku snorkeling pun ok jugak. Bln Oct-Feb each yr musim tengkujuh so agak bahaya ke pulau2 ni kalau tak idak le Tganu buat Monsoon Cup time2 cenggini. Nak pergi sana kena booking dulu especially kalau mengangkut rakyat jelata sbb penuh dgn omputeh, bulan 7-9 pulak org Arab. Kalau pg ber2 ber3 tidur bwh hut pun blh lagi. Memang best oooo….mandi kat sini air jernih mcm akuarium, nemo pun ada!

Ada byk info ttg resort2 nih booking ikut selera atau recommendations drpd kawan2. A few years ago masa aku plan nak ke Redang kosnya around RM400 p/pax utk 3H2M. Tak mampu la aku nak angkut semua sekali….wahhh…nak berehat dlm negara sendiri pun makan ribu-ribuan, lbh baik aku p Thailand ke (sekejapan je dr rmh my MIL) Indon ke buat je group passport anak-beranak dah boleh claim jalan2 kat oversea.

Paling best kat Tganu ni kerupok lekor asli dia lah selain nasi kerabu n nasi dagang. Kain batik sutera dia, Pasar Payang, suasana tepi pantai. Kalau nak ddk hotel yg dkt dgn PP tu ada Hotel Seaview, tak tau berapa rate skrg.

Selain 3 thn yag terakhir ni setiap thn kami akan ke Langkawi, jln2 saja no shopping …. Aku tak minat ddk kat pekan Kuah tu sbb nak menikmati desiran ombak laut yang menghempas pantai…pelepah nyiur yg melambai…ewah ewah…jiwang pulak. Dah kita ddk kat pekan kena la ubah suasana skt lagipun Langkawi dah berkali2 kita pergi. Kalau bajet lebih blh pergi Pulau Payar koman2 pun island hoping sampai ke Tasik Dayang Bunting , murah skt.

Haaa jgn lupa naik cable car kat Gunung Mat Cincang then jambatan gantung kat atas tu, Telaga 7, Geopark, Makam Mahsuri, Beras Terbakar, laksa belut dll.

 

Skybridge

Org kita ni tak kira lelaki ke pompuan ke kalau p Langkawi tak sah kalau tak ke Idaman Suri, blh tenggelam feri dibuatnya. Segala mcm nak diangkut bawak balik. Ada sekali tu ada 1 group 4 org pompuan dr KL ni beli brg punya la byk tp dia kata tak jual pun spai kena bawa dgn 3 taxi to train station…gilo betulllll…sendawa la tokey IS tu.

Kalau ikut jln darat dr Langkawi blh terus ke Padang Besar – shopping lagi bg peghabih duit yg masih berbaki tu.

Selain Langkawi kat Alor Setar ada kompleks apa ntah yg Yayasan Al Bukhari bina tu ( mmg cantik pun bgunan tu), Pekan Rabu. Kat daerah2 lain ada byk air terjun yg best2, Sg Sedim yg deras, ada jugak jambatan gantung kat Sg Sedim tu…best wooo…bergoyang2, pening kepala kalau pandang ke bawah.

Sedim Recreational Forest

picture credit to whoa-adventures


Kat Kedah ni makan murah dan kena pulak dgn tekak aku. Laksa kuah ikan pekat semangkuk 1.50 je…blh jumpa kat KL?

Kedah ni spesel skt sbb ada rmh mak mertuaku so dari Langkawi semestinya akan ke Baling pulak, makan 2 ½ jam jugak la. Kat Baling ni blh shopping lagi periuk belanga segala bagai -murah je aku rasa drpd PB sbb PB tu dah msk dlm peta pelancongan Tourim Malaysia. Ada pulak Air Panas kat Siong yg dibuka 24 jam. Mandi malam baru best siang2 panas wehhh…dah la cuaca panas mandi pulak air panas, takde nikmat. Baling around 1 hr from Kulim, 1 ¼ hr from Sg Petani and 40 mins frm Betong Thailand. Hari Ahad pada pasar minggu. Ada sorang brader tu jual pulut panggang panas2 kat sini, carilah dia sbb sodaaaapppp! Ada lagi sorang jual kat Batu 42 (dkt dgn sek agama, Billion) sedap jugak tp cepat habis lorrr…



Dulu kat Baling ni cuma ada Baling Inn je selain homestay tp skrg dah ada hotel baru..apa ke namanya...Bayu Hotel kot...aku yakin owner dia Ramly Motor tu sbb berada di bgnan yg sama. Dekat dgn simpang hway baru tu je letaknya. Kalau hotel dah naik semestinya permintaan dah tinggi la tu...ikut hukum ekonomi demand n supply.

Ada byk air terjun kat daerah Baling ni tapi takde gambar selain yg aku dah upload dulu. Masa balik raya hr tu kami tak sempat mandi-manda lagipun skrg ni heboh dgn virus kencing tikus.

Negeri2 lain tu hangpa google sendirilah…ikut selera mana nak pegi. Penang is a heaven for photographers and food lovers. Lots of budget hotels too.
 
Dari atas feri ni blh nampak obor2 yg byk dlm laut tu.

Nak free theme park pg Brunei. Kalau nasib baik blh amik gambar kereta mewah kaum kerabat sultan kat tgh bandar.
                                 Jerudong Park
                                  
                                                
Perak pun byk pilihan spt menara condong kat Teluk Intan (ingat menara Pisa je ke yg condong?), mi udang Kuala Sepetang, Kellie’s Castle, Raja Nazrin (opppssss…).
                                              

Johor...aku pnah spai Rengit kat Sg Renggam n Batu Pahat je, lain2 tatau. Kwn kata Pulau Sibu cantik. Danga Bay bukan minat aku. But if u wanted to go to Singapore, sewa je hotel kat Johor lbh murah. Subuh2 sepiee ko seberang la Tambak tu dah mlm karang pandai2 le ko balik melainkan ko bawak byk duit. Hr tu sedara aku p sana yg dkt2 Universal Studios tu kos hidup dia sehari RM2k. Boleh??? Aku tak boleh buat masa ni.

Ada jugak kengkawan yg suke mendaki bukit n gunung-aku pun nak msk kategori ni- Bkt Broga ada, Gng Stong, Gng Jerai, Gng Kinabalu bla..bla..

For 1st timer bagus ddk 2 hari kat tengah bandar blh explore mcm2. Belilah serba sdkt souvenirs buat kenangan tp jangan spai kena sembelih dgn harga yg bukan2. Mcm key-chain yg aku beli kat KK baru2 ni (ni anak aku lah mengirim). Benda yg sama ni aku jumpa kat Kotaraya RM2 je sebijik, aku beli kat KK spai 5 hengget!

....bersambung

Post a Comment

3 Comments

  1. aku mmg dah pegi tu... pulau payar, island hopping, sedim, top tree walk.... mmg best giler... tasik timah pasoh pun cantikkkk

    ReplyDelete
  2. hahahaha... typo daaaa... timah tasoh!

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.