Anak aku kata hari tu kalau raya kat KP dulu sekejap je dah dpt 100 hengget so kami bawak le dia memuaskan hatinya yg gundah-gulana cukai thn ni tak cukup. 1st kami p rumah uwan, yg ni beraya kat rumah Mak Teh pulak.
Aktiviti sampingan
Calon suami mithali. Takut dia aku amik gambar, takut jatuh saham le tu...mana la tau ada org ingat dia dah kawen. Kalau tgk perut mmg mcm confirm dah kawen.
Mat jambu ni kemain eksen naik basikal semenjak tak guna roda kecik ni. Compund rmh makteh mmg luas, kiranya kalau nak buat outdoor shooting puas la berguling-guling atas rmput.
Gambar2 ni ni tak tau le sapa yg snap, Aiman kah? Aboy kah?
Adam "The Benggali Carpet"
Lps rmh mak teh p rumah uwan acik lak tapi tak amik gmbr. Uwan acik ni terer mengurut tapi sdh old -panggil pun uwan mstilah old already. Kalau dia p rmh anak dia kat KL customer bersusun. Skrang aku ada tukang urut yg lain yg lbh muda dan kuat and dkt dgn rumah.
Kalau ada sesapa yg ssh dpt anak blh cuba berurut dgn uwan sedara aku ni. Cuba je la..mana tau ada rezeki but bt apmt dulu.
Lps tu ke rmh Mak Wo and maklong. Dah kureng meriah kat sini sbb anak2 dia dah chow chin chow
The next day kami beraya kat rumah kawan lama. Since dia berjaya locate kami 2 3 hari sblm raya so kena la p rmh dia kat Padang Lebar, Batu Kikir. Taik lembu punya la byk time2 tgh hari pun. Kalau kat kg aku time tgh hari ni dah pecah berderai sbb byk kete lalu tapi kalau pagi2 jgn bt pasal....tak dpt nak ngelak walau pun pandai drift. Dia kata 15km dr simpang jln besar, yg problemnya meter kete aku dah kong. Takpelah sbb aku ingat rmh dia lps SK Tengkek.
Aku cari rumah papan mak dia, husband aku cari perigi depan rumah mak dia spai kita org terlajak ke Jeram Tengkek. Haa...jeram ni msk dalm Tourism NS tau! Ada homestay lg kat area sini. Cari punya cari tak jumpa gak sdhnya call rmh dia sbb 019 takde line. Apa raa...kat Ranau yg jauh nun pun full bar.
Rumah dia dah upgrade mana ada kayu-kayan lg...perigi pun dah dikambus tu yg tak jumpa2 tuh. Lagi satu kat dlm rumah dia ada byk brg ceramic n kaca spai naik seghiau aku tgk anak2 aku berlari. Kalaulah pecah....aduyaiiii
eh..eh..jgn cemolot!
Dah takde rumah papan
Ni Aiman la punya kerja nih
Berangan le ko Ali. Kalau ndak beli sendiri nt. Kawan aku ni blh dia laki bini naik motor spai ke Siam, terer betul.
Ni masjid Kuala Pilah bersebelahan dgn tokong Cina
Aku dah lama ckp dgn en. suami yg aku nak gunting rmbut tp dia tak bg. Selalunya dia geleng2 angguk tak mungkin. Tapi masa kat Baling ipar duai aku berambut kontot n rupa aku ni mcm makcik2 pulak dlm gambar so pun ckp "saya nak gunting rambut!". Dah takde mintak izin lg dah. I don't like la -ve response.
So aku berdua dgn kakak p ziarah hair saloon kat KP, takde tanya pun berapa hengget cajnya sambil2 tu bos bawak the boys ke lake garden. Sungguh, seumur hidup aku tak pernah ke sini. Gumbira bdk2 bebas bergerak kat sini.
Lepas ni beraya di rumah sendiri pulak. Ehh..mana ada beraya sbb anak aku nak peksa
1 Comments
salam, lawa bike
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.