Travelog Bandung - Day 5



Hari ni aku sarapan berat sikit teh o dgn roti n telur. Hari ni jugak terbangun lambat sbb capek sangat smlm n baru hari ni aku rasa air kat bilik air takde la sejuk sgt, boleh mandi lama sikit basuh minyak2 yang masih berbaki kat badan aku nih. Kat spa tu semalam aku mandi dah..ehh bila aku masuk bilik air tu air panas dah siap keluar dari shower tapi kejap je...lps tu sejuk semula tu yang mandi kejap je buang minyak urut.



Malam tadi aku dah settle kan room payment sebab tak mo kelam-kabut hari ni. Aku ni kekadang bengong jugak...pagi ni la baru nak cari bag hiking tu bcoz i really need it untuk punggah barang-barang yg dah dibeli and for another trip with my hubby later this year.





Sempat lagi beli ikan masin




Aku pergi balik kedai hari tu kat Pasar Baru masuk ikut pintu barat...ada dalam entry aku sebelum ni...banyak kedai baru bukak so senang la cari sebab org tak ramai। SA tu bagi harga last IDR120k...apalagi senyum la aku terus jadi. Bos dia tak mai lg masa tu, dia "pembuka rejeki pagi....." yo la tu...rejeki aku jugak heheheh....Hari tu bos dia bg 140k aku takmo. Aku senang je, kalo tak dpt beg tu aku minta je kotak kat kdai sebelah hotel॥


2 brg yang aku tak dpt beli:
1) mercun - murah beb!
2) bekas yg boleh tapis beras/letak mi berpenutup 10k je besar pulak tu

Kat Pasar Baru hganya 40k. Camana aku nak bawa?


Lps tu panggil taksi Gemah Ripah...tgu punya tunggu tak sampai aku call Bluebird pulak. Total masa menunggu 45 min, aku dah comeh dah. Flight pukul 12pm, 11.15 tutup dah check-in counter. Bila taksi sampai ja aku bilang,

"saya harus sampai ke bandara sebelum 11।15 pak"

"siap buk". Memang pun 10 min je dah sampai.

Duit rupiah aku tinggal beberapa keping je since drebar taxi tu sanggup terima RM aku bagi je 10 hengget. Aku bilang "terima kasih ya pak, uang ini lebih dari tambangnya..." Aku dah tak dan nak kira sebab nak cepat sedangkan aku suppose bayar dia rm5.50 je. Dah rezeki dia la tu atas kecuaian aku sendiri. Halalllll

Di airport kita wajib bayar airport tax IDR75k dgn wang rupiah ya..itupun aku tukar kat kaunter Air Asia. Since aku tak bayar harga luggage masa booking online hari tu kena la bayar kat sini. Lebih baik anda bayar siap2 masa booking lebih murah. Aku ni bukan apa, aku bukan kaki shopping oleh sebab itulah aku bawa backpack saja....... taklah kusangka trjebak sama huhuhhu.... Ntah berapa hengget aku kena untuk luggage seberat 13.3kg tu main bayor je dah tak boleh nak fikir lagi. Kat kaunter ni boleh bayar dengan ringgit kalo uang rupiah kamu sudah kehabisan macam aku.

Cun betul staf Air Asia tu cakap pun lembut (org kat sini mmg gitu ek?)

Awek ni mula2 malu siap sorok muka lagi tapi aku snap trs। Lepas tu dia pose utk aku tapi aku बिलांग"kamu jangan begitu, nt Tony Fernandez nampak" tu yg duduk elok balik tu....


Abg ni pun malu2 jugak tapi aku snap terus beberapa kpg। Ko encem bang...tu yang bubuh dalam blog aku tuh...


Mamat ni enterfrem aku nak bergambar dengan mak दिया




Indah sungguh...ada banyak lagi, tempek yang ini sudah la. If u all pergi nanti amik sendiri




Bdk sblh aku kata masa dia dtg hr tu stewardess lg cantik n comel




Welcome home to Malaysia। Keluar je dari arrival hall tu ...paneh॥paneh..

Aku sebenarnya takmo menyusahkan sapa2...nak balik naik bas aje tapi dah terlepas bas masa menunggu luggage। Org tu kata last bas ke Somban 3.30pm...sudah miss woooo


Awek sebelah aku yang sama2 menunggu bas pulak kata aku boleh naik bas yang ke KTM Nilai tapi kena tukar dulu kat KLIA, karang akak naik komuter kat Nilai. Dah 2 kali tukar...seksanya nak bawa barang banyak2 tu...

Akhirnya aku tpn adik aku tapi dia habis keje pukul 4 so aku pun mula menunggu.....


Siri Bosan 1




Siri Bosan II




Siri Bosan III




Bag kecik masa pergi, yang besar tu + hand luggage waktu balik


Tips ke Bandung:



  • Pakai kasut yang selesa, bawa light sweater mungkin perlu di malam hari


  • Jangan bawa banyak baju. Laundry ada hantar je lagi pun blouse muslimah sangat banyak di sini even baju renang muslimah mudah didapati walaupun bukan brand yang mahal tapi aku rasa kualitinya sama. Dulu aku beli untuk anak dara aku Arena seratus lebih masa sale, yang baru beli ni jauhhhhhh murah cantik pulak tu


  • Bawa uang yang banyak ya buk! RM500 takde makna walaupun anda bukan kaki shopping. Kat teksi yang mencekik pun banyak gak habis


  • Kalau tak minat dengan barang jualan being offered to u tolak je elok2.


  • Tkr duit kat Msia siap2 tp kalau tk ckp gak kat Lantai 3 Pasar Baru pun ada (hjg nak klr ke parking). Orang kata kalo tukar kat bank lambat, don't know la betul ke tak. If u still have uang Indon yg lama pun boleh tukar kat sini but they'll less 20% from the value


  • Reserve Rp75k for airport tax. Ni fix ye per person n extra baggage too.


  • Plan perjalanan anda. I advice u to go to tempat2 yang menarik dulu macam Mt. Tangkuban Perahu, Sari Ater Hot Springs, dll. Kalau pergi ramai2 set time n tmpat utk berjumpa semula sbb minat kita tak sama. Kalau mengekor je buang masa. And, kalau ikut trip ni be punctual


  • Nilai duit kita dengan dia tak sama so kalo beza stkt 5k toksahlah beria-ia menawar. Kalau nak datang balik kat mana2 kedai ingatkan nama kedai, lantai berapa, dekat lif ke dekat tangga ke...ada baaaanyakkkk kedai dalam Pasar Baru tu


  • Kalo nak senang kira duit buang 3 kosong yang kat belakang deno tu n darab dengan rates cthnya: Harga telekung IDR180,000...jenuh gak nak darab bahagi bagai....kira je 180 x 3.7 =? Kalau nk cpt darabkan aje dgn 4. Kalau darab 3 kita akan ketandusan uang nanti.


  • IDR1,000 = RM0.37


  • IDR10,000 = RM3.70


  • IDR100,000 = RM37.00


  • IDR1,000,000 = RM370.00


  • Cubalah local cuisine memang sedappppp...hari ni Nasi Padang, esok makanan Sunda, lusa ke warung Pak Chi Met, tulat ke sinun


  • Bawa backpack senang nak simpan barang yang dibeli tapi kat tempat yang ramai orang sandang kat depan lebih selamat. Wallet letak poket depan ler...Pakai kasut yg selesa


  • If the time permits u can visit Jakarta as well but please avoid going there on weekend....macet sekali! naik train better sebab boleh tengok pemandangan yang menarik.


  • Kalau nak beli ole-ole buat list nama lebih baik so that u won't overspent

Apa yg aku pelajari :

- orang Indon kat Bandung lebih lemah-lembut esp cewek2nya
- kalau kita dah pilih2 kain tapi tak jadi beli dia tak buat muka ketat dan mengumpat
- negara kita Malaysia lebih bersih
- IDR1k, 5k sangat besar nilainya di sini
- yang aku tau ada 2 brand kek yang utama iaitu Amanda n Kartika Sari dan ia juga dijual oleh penjaja2 jalanan

Semoga apa yang aku tuliskan dapat memberi gambaran yang lebih jelas kepada sesiapa yang mahu ke sana dan info ini serba sedikit dapat membantu perjalanan anda.

Jom! jom!
jom!!!!

Post a Comment

2 Comments

  1. perghhh! ni mmg backpacker tegar ke ni? bunyi mcm kental jek.

    TABIK!!!

    ReplyDelete
  2. Pre order bagelen @ brownies kartika sari dan amanda fresh from bandung.
    Whatsapp ina 0192633431

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.