Travelog Bandung - Day 3



Hari ni harus ke Hotel Unik berjumpa kengkawan yang baru sampai dair Malaysia malam tadi. We supposed to start our journey to Gunung Tangkuban Perahu at 8 am. Semangat betul nak berjalan kaki so staf hotel tu tunjukkanlah.

"Kamu ikut kanan kemudian bila kamu ikut jambatan kamu akan nampak stasion bla..bla.." Aku mengangguk macam faham betul.

Ni dekat je dengan hotel aku about 50m. Nampak kereta polisi tu? Haaa... beberapa tapak dari kereta tu ada balai polis yang tak berapa besar tapi masa awal pagi time meronda pukul 7 tu tak bawa kamera lak.


Kemudian aku mula salah jalan but it's okay sebenarnya sebab kalau tak silap kita takkan tahu benda/tempat/perkara baru. Yang di bawah ni terjumpa kat tepi jalan...kan benda baru tu..at least bagi aku la. Hinanya...tepi jalan pun jadi, macam kambing! Tak tahulah projek malam tadi ke subuh tadi, basah lagi tu..yuks!


Kalo tak sesat aku tak lalu kat sini sebab pelan asal nak pergi Jakarta naik train dah aku batalkan. Semua walking distance je dari by Moritz sementara aku tu.


Since aku mengejar masa so aku sewa "becak" je sebab nak cepat. Kat sini ojeg tak ada, kat Jakarta banyak la.
"saya mau ke Hotel Unik, berapa?"
"20 ribu"
"hah?! Ngak mau" aku pun pusing. Amboiiii...mcm tambang teksi. Dia ingat aku baru turun dari train agaknya...udah 3 hari dong..
"nanti! berapa neng? 10?"
"5 ribu"
"7 1/2"
"7 aja.."
Dia angguk aku pun naik. Itupun nak jatuh gak macam jakun je aku ni. Sambil kayuh tu dia tanya orang lain mana Jl Hj Akbar tu. Loo....silap jalan pulak aku dah le nak cepat. Yang bestnya dia boleh bawa lawan arus tu. Pak polisi kat Msia ni bersyukurlah ya sebab yang suka bawa kenderaan menyonsang ni mat rempit je yang lain-lain masih ikut peraturan walaupun not 100%. Tapi depa dah biasa agaknya walaupun bunyi hon kat sini memekak je tapi takde lak yang mencarut ke, yang tunjuk jari "f*** u!".

Update: depa hon sebab nak memotong sama macam di India. Pengalaman aku belum luas lagi.

Sampai kat hotel supirnya entah dimana tak smpai lg, rombongan kawan aku tu dok kena kerumun dengan perniaga ni spai aku pun terbeli jugaklah samurai tu 3 ekor.


Nak engrave pen terus pun boleh. Aku respect betul la cara mereka mencari duit walaupun sometimes a bit annoying jugak. Semua boleh. Mungkin akibat desakan hidup.


Tak jadi ke Tangkuban Perahu (volcano) sebab cik kiah semua nak pergi Pasar Baru...dah agak dah. Aku nak telefon pun tak boleh malam tadi sebab tak tau no prepaid kawan aku yang kat Indo, kalau tak dah ke Papandayan dengan group mat saleh kat hotel aku tuh. Pergi gunung berapi tu lagi best about 3 hours drive from Bandung.

Ni baru kat luar...


Kat dalam lagi haru...sosak!! Aku lemas..aku rimas! Lemas lemas pun sebag besar jugak bawa balik kiriman orang. (lepas ni tak boleh kirim dah)


Aku ada record area ni tapi lambat sangat nak upload, berejam nak nunggu.


Termalu-malu waiter tu bila kena snap. Dia boleh bawa hidangan untuk 1 meja tu sekaligus. Kalo aku mau jatuh berderai dah.


Gembira bila nasi dah depan mata. Ni masakan padang..dia akan hidang semua dan kira mana-mana yang dah kena usik je so kalau kita nak ambil lauk tengok dulu meja kawan kita. Kalo dia dah amik 1 lauk contohnya ayam sambal (biasanya 2 ketul dalam 1 prg) peghabih yang kat meja dia dulu so yang kat meja kita dia tak kira. Kalau sedap sangat nak tmbah lagi baru ambil yang lain.


Cantikkan restoran ni...kat area Sukajadi/Sirajadi, a bit to the north. Tempat orang berduit.



Lepas tu kami ke FO Rumah Mode..takdenye murah nko...tapi tempat ni memang cantik tertarik da bomb!


sat lg sambung ya nak p amik anak sat..

okay sambung kelik. Selain FO Rumah Mode kami ke Terminal Tas dan lain-lain. Aku ikut je kekadang duduk kat luar dengan supir sebab aku dah meronda on day 1 lagi. Cuma aku nak cari bag untuk hiking.... udah ketemu tetapi belum ketemu yang murah buk..

Guard yang gagah perkasa dah sound "hanya boleh berfotoin setakat ini aja buk" (dkt kounter dpn). Tgk bdk blkg tu menempel sekali. Aku mencari bag hiking sebenarnya..hari tu dah jmpa dah beg 140 ribu last price..... nk cari yang murah lagi memang tak jmpa le kat tempat cenggini


Kekadang dok kat luar je dengan supir kami Dadan n Anggak. Depa ni tak strict sgt 13 jam je. Anggak kata bininya tak dibenarkan bekerja...waduh2.....bini org Malaysia boleh pergi sampai Indonesia! hahaa..


Berdekatan Factory Outlet tu ada yang jual kek, T-shirt, ada kedai kerepek tapi aku belum beli lagi masa ni...di bawah: belut goreng..mau ngak?? Aku ngak mau0


Awwwwwww!!!!...............


Belek2 poster tp tak beli ponnnn...


Lepas ke FO Jln Riau tu kami balik ke hotel. Kalau aku jalan terus sampai tak larat jalan baru balik. Kat sebelah hotel Unik tu ada kedai kek n biskut Kartika Sari - penuh dengan orang Malaysia! Kaya betullah orang kita ni.....

Kek dia meriah kan?



Malam dinner kat Chihampelas. Area ni banyak jual jeans tapi aku tak berapa berkenan


Budak-budak kat atas ni kalo bikin album lepas tu jual kat Malaysia pasti meletop! Kita kan suka band Indo ni


Gayo kau jang....Azhar Mustapha dah jadi penyanyi sekarang.


Tempat ni namanya "BMK". Style order, dia bagi kertas dengan menu kita tick la mana-mana yang patut. Aku order Bakso Granat nampak macam best je.....bebola dagingnya 3 biji sebesar penumbuk aku ni ha dalam ada sambal punya podehh......tu la main order je........granat tu agaknya granit la kat sini, melatop! berasap telinga aku
 

to be continued...........

Post a Comment

0 Comments