Travelog Bandung - Day 2




Breakfast hari ni minum teh aje sambil baca sokkabar. Nak keluar awal-awal ssangat pun takde apa apa. Sambil minum sambil borak dengan staff hotel sambil baca newspaper. Kat sokkabar tu ada orang iklankan nak menjual sebuah rumah siap dgn swimming pool dan kebun rm180k jer. Woittt...murah giler.

Hari ni nak meronda ke Jalan Asia-Afrika. I have to walk through jalan yang sama ke Pasar Baru before turn right. Best jalan pagi pagi ni time orang baru start bussiness macam boleh nampak. Tong gas tu cenonet je aku pun boleh angkat sebelah tangan.


Ulam-ulaman

Yg melarat...

Mamat ni bermacam soalan dia tanya aku. Memula dia ingat aku kerja sama koran (akhbar). Tanya fasal Malaysia lah pastu sibuk bona nak bergambar. Kat kedai dia ni ada dijual aksesori dan lain-lain. Aku beli button badge upin ipin 24 pcs 7k rph jer..berebut-rebut anak den.
 

Depa ni aku tengok suka gak main chess..ramai jugak aku jumpa yang cenggini. Patutlah kat Chow Kit tu ada port chess ni, kebiasaan dari kampung asal rupanya.

Yang ni paling best! Aku ni sebenarnya mencari toko buku terpakai tapi tak sangka jumpa kedai jual dvd/vcd cetak rompak sebegini besar. Yang menjual di tepi jalan tu toksah kiralah banyaknya. "Copyrights" atau "rights to copy"? Persoalan yang susah nak dijawab.
 
Benda ni illegal sebab masa aku minta izin nak bergambar kat 1 kedai tu dia kata "asalkan tidak dihantar ke koran". Gambar di bawah ni aku amik sembunyi-sembunyi takut beb sebab ada sorang apek tu pandang semacam je kat aku. Buatnya dihempas kamera tu meraung aku kat situ.


Di sini aku ketemu dvd yang aku cari cari tu. Pelik gak, illegal tapi besar-besaran, kat tempat kita runner bawa sampel je lepas tu orang lain hantar. Kalau ada yang jual openly pun siap letak alas kain senang nak bungkus kalo ada operasi. Best woooo...1 dvd 5k rupiah jer..


Di depan kantor pos Bandung. Actually in my list i supposed to visit Universiti Teknologi Bandung also tapi tak jadi. Kalau pergi dengan group pelajar universiti sampai juga ke situ agaknya.
 

Tak dapat uangnya bergambar pun jadi ler..
 

Plate number ni boleh dibuat kat tepi jalan jer


Relax jap kat Dunkin Donuts- bukan lapar pun cuma nak tukar duit kecik nak beli top-up. Tuu...tayang Canon 550D


Kat sekitar masjid ni ramai yang berniaga sampai ke kaki lima dalam masjid. Pelik lak aku menengoknya sebab orang boleh lalu lalang kat sini tanpa menutup aurat. Sedih bila masjid tidak dihormati.
 
(update 2014: aku terdengar AJK masjid membuat pengumuman supaya sesiapa yang berada di persekitaran masjid memakai pakaian yang menutup aurat)
 

Aku teringin sangat nak tengok motor-motor klasik nih di Braga-sebelah malamnya ada concert. Malangnya aku tersalah amik angkot n nak jalan lagi dah tak larat, capek yang amat sangat. Aku rasa time tu kalo kaki tersadung batu memang takleh nak bangun dah. Soooooo penattt!
 
 
Pak polisi
 
Ke Kebun Binatang Bandung @ zoo


Boyo


Galak...gatal? Ganas? Menggoda?


Sebaya je kan? heheheh..Pakaian sekolah depa ni macam tak berapa seragam ada lipat depan ada lipat belakang

Aummmm...

Kalo anak aku ada ni msti dia pun nak masuk dalam bola tu


Ni dalam zoo..best kan boleh lepak dengan family macam kat Hyde Park pulak

Cikgu tengah lepaking menunggu anak murid buat research

Ni kat Bandung Electronic Ctr @ BEC bunyinya B.E.Che. Security tu bukan pegang cota tapi scanner

Tepi longkang tempat minum petang. Kat Bandung memang banyak gerai penjaja tapi walaupun tekak dan perutku mencakar nak merasa but i refrain myself from trying it bimbang terpaksa berulang ke toilet.

Syok tengok adik ni menggoreng tempe keju. Sangat cekap!

Haaa....ini le button badge nyer. Masa ni aku dah balik ke bilik dalam pkl 11 kot. Yang aku nampak kat sini hampir setiap lorong ada perniagaan dan sebelah malamnya di lorong-lorong ini ada yang melelapkan mata, ada yang melakukan dosa. Sigh.
 

Post a Comment

0 Comments