Travelog Bandung- Day 1| Dari hostel ni boleh dengar azan dari pelbagai arah even ada masjid kat depan tu n only 5 minutes walk to Pasar Baru Trade Centre tempat shopping yang popular tu. Ya rabbi...kat situ penuh dengan orang Malaysia n Jakarta. Hari ni sepatutnya 1/2 hari je kat tempat tu tapi jadi seharian pulak. Every time nak cari jalan keluar je jumpa kedai lain n tetiba je nak beli itu ini. Dugaan sungguh! Anak dara aku beberapa kali pesan suruh beli swimming suit siap call lagi takut aku lupa. Yang mengirim ayaq lioq pun ada gak. Memang boleh jadi gila kat pasar baru tu..GILA SHOPPING!
4 hari kat sini aku bangun +-5.30 waktu Bandung = 6.30 Malaysia cuma last day terbangun lewat, kecapekan yang amat! Dah dekat siang tapi since dalam bilik air takde hot shower menggeletar beb nak mandi. Aku lebur lebur lebih kurang jek tu pun terketar-ketar.
Murah bangat kan? Siap breakfast lagi tu. Lain kali boleh duduk kat "by Moritz" ni tapi tilam foam je la ye. Selain aku ada 3 orang lagi orag Malaysia di sini yang lain omputeh. Yang 2 orang tu orang Kuantan, seorang kawen dengan awek NZ and ada bisnes kat sana. Aku siap pinjam adapter lagi kat dia padahal boleh je cucuk charger bateri tu terus. Waduh waduhhh ngak ngerti mula mula tu...
Semalam lepas ambil kunci aku terus memerap kat bilik, kalau aku turun lepaking dengan guide and other guests tu boleh aku joint group mat saleh tu ke Papandayan. Kata dia orang volcano di Papandayan lebih menarik daripada Tangkuban Perahu. Trip ke sana minimum 2 orang dengan harga INR450 seorang. Rugi...rugi...
Ni le tempat aku menumpang, buruk je dari luar tapi bersih di dalam. Area ni kira mcm chow kit la kat Malaysia ni. Kat sebelah kiri tu banyak kedai yang jual raga, bakul, hotel taraf sederhana, kedai mercun pun ada. "Nga boleh dibawa naik pesawat buk..". Aku dah berkira-kira nak memborong je tp takut jugak kot kot tertangkap. Kang kena duduk sedorm dengan Ariel lak..huh naya!
Angkot. Kalo nak naik kena ikut laluan yang betul. Aku dah tersilap dah tp okay jugak sebab turun kat depan Amanda, dapat beli kek.
Dah sampai ke Pasar baru..5 min je jalan kaki itupun kalo hangpa jalan laju macam aku la..kalo jalan melenggang kangkung mengira tapak tak dapek den nak nolong.
Peniaga yang berjualan. Menarik, barang-barang dalam nyiru.
Macet sekali di Bandung nih! Ni belum ke Jakarta lagi. Kat sini kalo jalan dua hala boleh u-turn di mana-mana suka hahaaa... Bagi signal pusing slow slow best gilerr...kete pun elok elok je takde kemek kena hantam.
Macam-macam boleh dijual di Indonesia ni. Tengok...rambut palsu dijual di tepi jalan je. Aku mula mula tu berkenan juga kat rambut afro tu tapi baru 1 je yang di keluarkan takde pilihan lain. Tak kuasa pula nak menunggu.
"Becak" parked kat depan main entrance Pasar Baru. Kalo ikut pintu barat tadi kejap je dah sampai tp aku buat 1 round yang jauh lagi...saja meronda pepagi.
Beli telekung 3 helai kat sini. Lembut manis molek je kata-kata si salesgirl. Ni kalo jadi bibik harusssssssss jadi masalah dengan aku hahaaa....bahaya gituh. Kalo kita tawar rendah sangat dia kata "belum dapat bu". Adoi..rambang mata betul. Aku nak beli untuk mak, uwan n my anak dara je but ada pulak yang menelepon lepas tu. Kata orang di Bkt Tinggi lebih murah tapi kalo pergi sana semata-mata nak beli telekung lebih baik ke Jln TAR aje.
Gambar ni SA yang lelaki tolong amikkan. Minta tolong sekeping je, wahhhh..naik syiokk pulak dia click click, nasib baik tak guna filem lagi.
Pukul 4 perutku dah mencakar. Orang kata kat Pak Cik Met ni best..memang bener buk!
Set ikan Gurame Bakar
Macet sekali!
Pak polisi..aku tengok kat sini takde pulak acara saman-menyaman. Banyk sangat kot..tak larat dia. Kat sini sume duit weh...orang yang tolong adjust parking tak kira la pakai uniform ke tak perlu uwang. Yang aku heran tu macam mana nak buat reconciliation kalau tak issue receipt?
Hasil rampasan di hari pertama
3 Comments
Kat mana hostel ni?bleh akak kasi contact number?
ReplyDeleteDi Kebonjati, jalan belakang pasar dkt hospital sentosa. Sila google yang heheheh...
ReplyDeleteUdah,dapat contact!!thanks bebyk kak! ;)
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.