Travelog Bandung - Day 1 malam pulak |Bag pun dah penuh so hantar dulu ke bilik..jalan kaki jer sonang. Malam ni ke factory outlet yang diheboh-hebohkan org tu di Jalan Dago. Beli sehelai dua t-shirt anak-anak. Takde la murah mana punnnnn..except yang on SALE. Kekadang aku rasa orang kita dah set kepala dia barang Bandung murah tu padahal tak semua pun. Lagi 1 yang aku perasan kat tempat tempat shopping ni muka orang Indonesia dengan orang Malaysia je orang lain tak amik pot. Depa explore tempat-tempat menarik kat satu satu negara yang depa pergi. Biasalah kita ni hanya jadi pengguna.
Nampak aku tak? Punya la banyak bag.
Ke sini tadi naik teksi apa entah kena paw sampai 30 ribu rupiah. Walaupun aku tahu peel drebar taxi ni tapi untuk orang yang baru di sini di malam hari pulak susah sikit bagi aku nak membezakan teksi Bluebird dengan teksi yang mencekik nih. Kalo u all ke sini sila gunakan teksi teksi ini saja :
Bluebird 022 7561234 atau
Gemah Ripah 022 ______
Taxi bluebird ada minimum charges INR20k tapi balik dari FO tu aku bayar INR15k ikut meter dia terima pulak.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.