Bila dah selalu mengambil gambo org kawen mcm2 cerita, suasana terjumpa. Setakat ni yg paling sedih kisah 1 pasangan ni..yg pompuan dr broken family (maknya pn dah meninggal). Kenduri pun diri sndiri dan mak sedara yg uruskan. Ayahnya dijemput dtg mewalikan anak yg tdk dibelanya selepas perceraian. Dari cerita rgkas yg didengar dan cerita yg biasa didengar si bapa mengabaikan tgjawab. Biasala, dah berpisah anak ddk dgn mak, ayah kawen lain, bela anak dan bini baru je. Anak yg terdahulu pandai2 nko lah ye..
Hari sanding si ayah dtg sorang2. Dr cakap2nya si mak muda takmo ikut dan yg menyambutnya cuma bks biras lelakinya. Dia beriya-iya nak bergambar dgn anaknya. Bdk2yg bawa kamera sume bt tak layan, aku sorang je yg offer diri (nama pun OP). Muka dia mmg sedih.
Masa mkn pulak tkde sapa layan dia. Yg si pengapit pun layan gitu2 je walaupun lelaki tu pernah jadi pak sedara dia. Bergenang air mata org tua tu. Aku yg dok teropong dgn kamera pun rasa sebak bila tgk dia mengesat air mata. Aku tak tahu kisah sebenarnya tapi blh mengagak sesuatu. Heii..hindustan betul, mcm aku pulak yg kena!
Aku sentiasa mengingatkan diri sendiri supaya aku dpt melayan org tuaku selayaknya walaupun ada yang tak berkenan di hati. Roda ni sentiasa berpusing, kalau anak kita bt kat kita nanti camana? Lagi satu, yg bercerai tu mak paknya, kenapa anak2 dibiarkan susah mental dan fizikalnya. Walaupun dah tak sebumbung kalau anak kita ada 4 sebutlah dgn bangga bahawa anak kita ada 4 dan bukannya cuma sayang anak bini baru je. Kesian anak-anak..
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.