Orang Perempuan Dapat Harta Dalam Adat Perpatih, Betul Ke?



Orang Perempuan Dapat Harta Dalam Adat Perpatih, Betul Ke? Sejauh mana pengetahuan anda mengenai Adat Perpatih?


Aku tak tau banyak mana pun walaupun orang Negeri Sembilan. Cuma nak ceritakan satu pengalaman yang aku ingat sampai sekarang.

Somewhere in 1994 rakan se-opis introduce aku kat satu mamat neh. Orang Perak rasanya. Jadi satu hari tu waktu balik keje we all jalan kaki ke bus stop di seberang jalan (lokasi kejadian: seksyen 15 Shah Alam). Sambil tu sembang sembang la..dia pun tanya,

Mamat perasan banyak harta : u asal mana?
Aku : NS
Mamat perasan banyak harta : ye ke?
Aku : Nape?
Mamat perasan banyak harta : Rupa u macam anak mami. Takkan orang NS kot...
Aku : Nape pulak?

Seterusnya.. cerita keburukan adat pepatih la.. kalau bercerai si suami kena keluar rumah la .. bla.. bla.. dan aku tau dia tak minat. Aku? Laaaagi la tak minat! 

Walaupunpun masa tu aku kerani cabuk jer dan dia ada diploma tapi aku terfikir, "universiti je bertingkat-tingkat tapi BODOHnya melantun-lantun". Kalau time bercerita tu dia naik kerete Honda Civic ke.. paling koman pun Honda kapcai takpe la jugak. Ni tunggu bas mini bersama dengan aku! Aduyaiiii.. 

Yang paling aku bengang sampai sekarang kalau orang dok ungkit "nanti kalau bercerai lelaki kena keluar rumah sehelai sepinggang". Hei jantan! (perempuan pun lah kalau sama jer perception tu), kalau masa kahwin tu ko ada Honda EX-5 je, ambik la balik. Yang nak punggah harta bini apahal? Lagi satu, kalau lelaki boleh kena halau dengan bini elok racun je lelaki tu sebab dal alif ya wau sin! Patutnya bini dengar cakap dia.. sampai kena halau pulak apa kes?? Kalau lelaki tu duduk rumah sendiri macam mana pulak boleh kena halau? Tak logik.

Orang macam ni elok dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Mahkamah Syariah dan lihat betapa banyaknya kes isteri dihalau dari rumah. Kes bercerai dari negeri lain juga lebih banyak dan betapa banyaknya kes tuntutan nafkah dan harta sepencarian oleh bekas isteri. Yang dia takut sangat kena halau tu kenapa? Dia kahwin untuk bercerai ke? Rasulullah kata lelaki itu nakhoda. Kalau kapal karam salahkan nakhodanya, kenapa nak salahkan isterinya pulak? Nampak sangat tak reti mendidik isteri. Simpan bodoh tu jangan tunjuk kat orang.

Bila dah berkahwin carilah harta sendiri, beli rumah sendiri dan bawa anak isteri tinggal bersama. Didik mereka supaya mereka menghormati suami/bapa. Rasa hormat tu tak boleh dibeli.  Ini tak, bila duduk rumah mertua leka sampai ke tua. Harta sendiri tak ada. When the relationship turn sour barulah kecoh "bini halau sampai tinggal spender". Akai mana?

Beruntunglah aku ditemukan dengan manusia sebegini. Ia mengajar aku untuk memilih dan menanamkan dalam fikiran bahawa SIJIL itu tak semestinya menunjukkan si pemegangnya matang atau cerdik. Pandai itu mungkin, sebab dah lulus peperiksaan kan?

Aku memang teringin sangat nak jumpa mamat perasan berharta ni semula. Entah di manalah dia eh? Bila agaknya dapat berjumpa dia? Teringin nak tahu apa kerjanya, apa pangkatnya, apa jenis keretanya, banyak ke harta dia..? Kalau dia bukak cite tu lagik aku nak kata "kalau aku mati dulu laki aku duda berharta tau!" hahah..


Update:
Dulu aku panas telinga kalau orang perli fasal tu tapi sejak dah semakin tua ni aku cool aje. Bila ada lelaki - siapa pun dia atau tinggi mana pun pangkatnya - menunjukkan 'ketakutannya' dengan gadis Negeri Sembilan aku dengan selambanya berkata, "lelaki takde telur je takut" Kah!





Post a Comment

0 Comments