UNESCO World Heritage Site | Berbasikal di Hoi An Ancient Town



UNESCO World Heritage Site | Berbasikal di Hoi An Ancient Town | Januari lepas ai ke Da Nang. Seperti yang pernah ku beritahu sebelum ini sebenarnya nak beli tiket ke Chiang Mai tapi musim sejuk tu peak season tiket jadi mahal, di luar bajet. China pun mahal juga di poket ku... disebabkan tak research tempat lain terus book Da Nang dengan Air Asia. Yang penting nak pergi negara yang mengalami musim sejuk dan tempat baru yang aku belum pernah jejak lagi. Dua jam setengah kot fly. 

Aku tak terus explore bandar Da Nang tetapi naik bas menuju ke Hoi An, kota purba yang dijaga baik hingga menarik ribuan pelancong asing. Ramai betul pelancong Korea dan eropah di sini. Hoi An pada kurun ke-15 hingga 19 merupakan sebuah bandar pelabuhan. Ia diisytiharkan sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 1999.

Hoi An dahulunya dikenali sebagai Fai-Fo atau Faifoo. Melihat bandar tepi sungai ini seolah-olah kita melihat Melaka sekarang ini cuma kawasannya lebih besar dengan lebih banyak bangunan lama yang asal, ada penempatan penduduk di lapisan belakang dan lebih happening. Cuma aku rasa bandar Melaka dan sungainya lebih bersih (sungai terbersih di Asia). Secara keseluruhannya tidak ramai muslim di Vietnam kecuali di Chau Doc berhampiran sempadan Cambodia jadi setakat ini tiada masjid di Da Nang dan Hoi An.


Bagaimana untuk ke Hoi An dari Da Nang Airport?
Jarak Da Nang ke Hoi An kira-kira 40km. Paling mudah naik teksi dengar kadar USD22. Pilihan lain kita boleh book dengan tour company, sewa private car atau naik motor taxi. Nak santai santai naik public bus.

Bas awam ni tak masuk ke airport jadi kita kena naik teksi dan turun di bus stop terdekat dalam 3km jauhnya, VND7000 kot tambangnya, tak ingat dah.  Notes pun dah hanyut bersama handphone di Sungai Kenaboi. 😢😢 Berjalan kaki keluar? hmmm... malas ah.

Mereka kata bas ke Hoi An lalu setiap 30 minit. Naik bas kuning nombor 1. Bas lama yang sempit. Bayangkanlah aku yang katik ni pun tak selesa duduk inikan pula yang berkaki panjang. Daripada pemerhatian tourists and locals sama banyak. Tambangnya VND20,000 (locals bayar 17k) , sediakan duit kecil kalau tak nak kena paw. Takkan baru sampai nak bertekak pula, kan? Rasanya time balik aku kena bayar lebih sebab dia tak nak pulangkan baki.

Bas tu berhenti di sebuah stesen bas lama 2.9km dari Hoi An Ancient Town. Turun je dah kene serbu dengan motor taxi.

Malaysia? Yes. Suka orang Malaysia katanya...terus dia bersembang. Aku pun tak terfikir nak call Grab Bike terus naik motor dia maka kenalah 50k VND... padan muka. Padahal time balik keesokannya naik Grab car tak sampai 40k pun tambangnya.

Bersyukurlah kalau bakal suami ko ada kereta buruk dik, ni ha bawa hantaran kahwin naik bas je.

Kalau nak berjimat silalah naik motor beramai-ramai macam kat sebelah tu 😁😁...tak boleh blah hahaha..

Aku checked-in di Landmark Hostel. Six bed female room tu sangat selesa untuk aku seorang 😃, bilik air pun ada. Breakfast percuma dan guna basikal juga secara percuma. Ikut review depa kata 10 minit berjalan kaki ke Hoi An Ancient Town tapi sebenarnya tak sampai 10 minit pun... melainkan kau berjalan melenggang kangkung mengira tapak. Hostel ni agak ke hujung, ada swimming pool kecil dan menghadap sungai. Di seberang ada banyak hotel 3 4 bintang.

Dah settle down aku pun ambil basikal dan pergi ke bandar purba tu. Sebenarnya ada entrance ticket tapi aku tengok ramai je yang tak membayar. I think it's not fair unless semua orang bayar. Banyak jalan keluar masuk jadi aku fikir buat apa nak bayar kalau orang lain selamba je berjalan masuk? Dengan entrance tiket yang laku selama 10 hari tu kita boleh masuk ke lima bangunan bersejarah (dari jumlah 22 kesemuanya) termasuk muzium, assembly halls, rumah purba dan persembahan muzik tradisional di Handicraft Workshop. Biasanya bila nak lalu di Japanese Covered Bridge tiket akan diperiksa. Nasiblah... aku lepas.

Ada beberapa jambatan untuk ke seberang sana.

Japanese covered bridge. Jambatan ini dibina pada 1590an oleh komuniti Jepun. Pernah diratakan semasa penjajahan Peranchis untuk memudahkan laluan kereta, ia kemudiannya dikembalikan kepada bentuk 'arch' pada 1986.

Dalam Japanese Covered Bridge.



Basikal siap dengan kunci jadi senang kita nak tinggalkan di mana mana. Seronok mengayuh di tengah pekan tu. Banyak restoran, bar, pusat urut badan yang menghadap ke Thu Bon River. Kedua-dua belah sungai penuh dengan aktiviti perniagaan tetapi ada juga keluarga yang masih tinggal di sana, di dalam rumah yang telah dibina beratus tahun. Pelancong sangat ramai waktu tu tapi laluan pejalan kaki besar. Jalan depan kedai pun hanya boleh dilalui oleh basikal dan motorsikal.

Aku ada nampak pelancong menaiki beca dengan berpakaian tradisional Vietnam, Ao dai. Menarik sangat! Eh, menarik tau pakai ao dai then ambil gambar di bangunan lama tu. Paling aku suka, beca tu the real traditional trishaw, takde macam yang kat Melaka berhias dengan Hello Kitty atau bunga penuh pastu pasang lagu dangdut dan hindustan sekuat-kuatnya. Boleh pekak telinga 😅 dibuatnya. Macam takde lagu Melayu. Hilang originality.

Berebut orang ambil gambar.

Kalau rasa nak naik sampan boleh juga. Satu bot boleh memuatkan sehingga empat penumpang. Aku nampak memalam mereka bawa lantern sekali. Tak pastilah sesaja ke atau ada perayaan/upacara keagamaan masa tu. Tambangnya:

VND120,000 - 20 minit
VND150,000 - 30 minit
VND200,000 - 60 minit

Dengan pengiktirafan Unesco, lebih daripada 800 bangunan bersejarah di Hoi An dapat dipelihara sepertimana permulaan kewujudannya ratusan tahun dahulu. 18 daripada bangunan ini dibuka kepada pengunjung yang boleh memasukinya dengan Old Town ticket yang kita bayar tu. Pekan lama inilah tarikan utama Hoi An kerana beberapa binaan bangunan lamanya yang sangat menarik. Pemandangan malam sangat indah dengan tanglung yang bergantungan.

Tak jauh dari situ ada pantai Cua Dai. Bolehlah lepak atau mandi manda jika mahu.





Ramai betul orang di sini.



Shopping di Hoi An?
Bila ke Vietnam dalam fikiran ni nak cari kain pasang dan bagpack 😊 Kedai kain tu aku nampak masa naik motor ke hostel tapi lepas tu pusing pusing naik basikal tak jumpa pula. Kat lorong mana entah. Di sini juga ada beberapa kedai yang menerima tempahan kasut kulit. Kalau ada masa explore kedai-kedai di luar kawasan tumpuan pelancong ni, mungkin harganya lebih berpatutan.

Kedai menjual banyak bagpack kot tapi bukan menghadap sungai. Harganya tidaklah semurah di Ho Chi Minh City. Masa kat satu kedai tu sedang aku tengok beg datanglah anak anjing comel berkaki pendek tu menyalak-nyalak. Aku biarkan je... Manager kedai boleh duduk saja buat tak tahu sambil buat kerja dia, yang staf pun sama buat tak tahu je. Dah buat banyak sales kot hari tu... buat bodoh je bila aku masuk. Lepas tu datang pula mak anjing tu loncat loncat kat sebelah.... aduhai... terus aku keluar #@&%!!! Kucing terloncat mengiau kuat tak memasal pun aku takut inikan pula anjing. Haishhh..!


Restoran Halal di Hoi An
Aku senaraikan tiga je since stay satu malam je di sana. The three halal restaurant are: 

Baba's Kitchen 
Namaste Omar's 
Ganesh 

tapi... I doubted it. Semua ini indian restaurant so bolehlah kalau nak makan seafood dan roti tapi aku tak makan pun sebab membeli di pasar malam. Kalau berjalan sensorang beginilah tak boleh nak makan memacam, tak muat perut.

Pasar malam Hoi An Ancient Town dibuka setiap hari. Ada makanan yang aku nak cuba tapi hampir kesemuanya dicampur pork. Banana pancake banyak dijual tapi banyaknya minyak... Ada dua gerai je yang menjual jajan untuk vegetarian so... jika anda ada kenalan muslim di Vietnam, galakkanlah dia berniaga makanan halal di Hoi An. Gerai kecil pun tak apa asalkan sedap. The potential is so huge because halal food is for all.


Pengalaman setengah hari di Hoi An Ancient Town
Seronok betul berbasikal di pekan ini. Aku bergasak mengayuh di setiap jalan tapi berhati-hati dan fokus sebab drive sebelah kanan. Memula nak sewa motor tapi aku bimbang confuse bila bawa jauh sikit tambahan pula di tempat yang tiada traffic lights. Seksa nak melintas oih. Risau kot kot berlanggar. 

Walaupun Hoi An menerima kunjungan ramai pelancong tempatan dan asing, ia masih sebuah bandar/pekan yang konservatif. Lebih molek berpakaian sopan kerana kita mungkin akan masuk ke rumah persendirian.

Next: My Son Santuary, Da Nang, Marble Mountain


Post a Comment

1 Comments

  1. Hi there i am kavin, its my first occasion to commenting anyplace,
    when i read this post i thought i could also make comment due to
    this sensible article.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.