Hotel Review | Al's Resort, Koh Samui



Hotel Review | Al's Resort, Koh Samui | Semasa di Koh Samui hari tu kami stay di resort tepi pantai tetapi di lokasi yang berbeza-beza. Ada tempat yang ekslusif dan sunyi, ada juga resort yang tenteram tetapi di tengah bandar. Kesemuanya best sebab ada pantai. Private.


Malam kedua kami menginap di Al's Resort, Chaweng. Duduk di Chaweng ni best, happening memalam. Dari resort tu berjalan kaki keluar dalam 50 meter kot dah sampai ke walking street tu. Kelab kabaret yang ada wanita berhalkum tu pun dekat sangat. Aku tak tengok pun... rasanya cukuplah pengalaman di Pattaya dulu buat sementara ni. Lagipun ada event lain yang I'm more interested in.


Al's Laemson Resort dan Orchid Residence juga dibawah pengurusan yang sama tetapi berada di dalam kategori 4 bintang dan ekonomi. Al's Resort pula 3 bintang. Aku dapat garden view - Courtyard Double. Biliknya sederhana dengan fittings lama. Di Koh Samui ni memang tak disediakan berus gigi dan iron agaknyalah, semua sama je. Kalau perlukan iron kena request. Aku dah iron sesiap dari rumah, setakat kesan lipatan sesikit tu apa ada hal, bukannya nak masuk mesyuarat.

Ada empat lagi jenis penginapan yang juga datang bersama complimentary breakfast iaitu:
Courtyard Studio
Villa Deluxe
Courtyard Suite
Villa Suite

Swimming pool bersaiz sederhana ada dua. Yang best sudah tentulah yang di tepi pantai sebelah kafe. Boleh tengok matahari terbit/terbenam. Sesiapa yang menginap di villa dapatlah pemandangan laut dan sangat dekat dengan swimming pool. Fasiliti lain standardlah.





 Sarapan menghadap laut, best! Breakfast tak banyak pilihan untuk 'kita', cereal pun tak pelbagai tapi okaylah.



Bila resort di tengah bandar maka panjanglah kaki memalam (malam je ada free time). Tak betah mereput di bilik kaki ni nak merayapppp je. Selepas dinner kami pun berpecah. Sementara fire show belum start aku pun 'mengukur jalan' membeli apa yang patut buat kenangan. Aku suka tengok orang melukis, terjumpa pula satu kedai yang menjual lukisan. Ralit.


Passed by je lah Hard Rock Cafe dan Central Festival sebab malam sebelumnya dah buat lawatan. Kawasan pejalan kaki tak sesak mungkin disebabkan bukan malam minggu dan ramai yang dah berkumpul di pantai. Tambahan pula peak season ialah bulan Julai-September. Tapikan, memang western tourists je yang memenuhkan Koh Samui ni, baik di resort atau di bandar. Itu sebab banyak shopping malls agaknya walhal penduduk tempatan ratusan ribu je.

Fire show diadakan setiap malam bermula sekitar jam 9- 9.15. Kata ketua rombongan hanya di Koh Samui dan Phi Phi Island sahaja ada pertunjukan api ni. Syok pula tengok orang main kelapa tua yang dibakar ni. Yang tak puas hatinya time show ni, kita yang dah duduk di tempat yang disediakan (kena order air atau makanan) tak dapat menonton dari tempat duduk sebab ada orang yang tak beretika/faham gasak berdiri depan kita. Punggung mereka je lah nak kena hadap. Sepatutnya duduklah atas pasir tu, dah ko kat depan, bukannya tak boleh ambil gambar dari atas pasir tu. Aku tak duduk setempat, aku beralih mengikut orang yang buat pertunjukan tu. Sebaiknya juga bagilah tips kepada performers tu. Perghh bahaya kerjanya, kalau mereka nak masuk takaful/insurans kena masukkan dalam Kelas 3 di ruang perkerjaan tu.

Show ni dibuat di depan Ark Bar. Tak pastilah di kawasan lain ada ke tidak. Dari Al's Resort kena menyeberang jalan tapi tak jauhlah. Jalan melenggang kangkung sekejap je sampai.



Yang datang menaiki feri dari Surat Thani tu, ni nak bagi tau bahawa www.rajaferryport.com adalah sister company Al's Resort.

Ai recommend hotel ni sebab lokasinya yang strategik di tengah bandar, staf yang accomodating dan ada airport shuttle. At least malam terakhir stay kat sini sebab senang nak shopping habiskan Thai Baht tu 😁 dan senang dapat makanan halal. Kat booking site pun score 7.2 . Baguslah tuu..


Al's Resort
200 Moo 2, Chaweng Beach
Bophut, Koh Samui
Suratthani 84320
Thailand
T: 66-77-300561-2, 231650
F: 66-77 231654, 230756
E: info@alsgroupsamui.com


Tempah hotel/resort anda di Agoda. Cepat dan mudah!

Post a Comment

1 Comments

Feel free to leave your comment below. Thank you.