Port Dickson | Bercuti Sambil Belajar Mengenai Alam Di Eco-Edutourism Hutan Simpan Sungai Menyala



Port Dickson | Bercuti Sambil Belajar Mengenai Alam Di Eco-Edutourism Hutan Simpan Sungai Menyala|

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hanya tinggal tiga hari sahaja lagi untuk anak-anak menamatkan musim persekolahan pada tahun ini. Cuti kali ini agak pendek kerana telah ditarik sebagai cuti perayaan. Namun cuti tetap cuti... perlulah diisi dengan aktiviti berfaedah untuk merapatkan hubungan kekeluargaan. Tak mampu pergi yang jauh kita pergi #DekatJe... ke Port Dickson!
 
Dalam blog post yang lalu, Berbelas Tempat Menarik Di Port Dickson, ada satu tempat yang kurang diketahui umum tetapi menarik sebagai tempat seminar, berkursus, berkhemah atau saja saja nak berehat di dalam hutan. Ia bukan sahaja sesuai bagi golongan bujang tetapi juga yang berkeluarga kerana lengkap dengan kemudahan asas.
 
 
Pusat Pelancongan Pendidikan Hutan Simpan Sungai Menyala
Pusat pendidikan ini telah dibuka pada tahun 2014. Bangunan kayu lengkap dengan bilik seminar, perpustakaan dan penginapan berada di tengah hutan simpan Sungai Menyala yang seluas 5470 hektar terhampar hingga ke Kampung Orang Asli Bukit Kepong. Boleh buat aktiviti trekking di sini. Nak menginap bersama keluarga pun boleh, sewa je dorm atau bilik, cuma makan kena beli di luar. Untuk yang datang secara berkumpulan perkhidmatan katering disediakan. Nak camping pun boleh tetapi hanya di sekitar bangunan utama. Jangan risau bab makan tu, ada banyak kedai makan di sepanjang jalan ke kem tentera Port Dickson.

Hutan di Malaysia di kategorikan kepada hutan simpan kekal, milik kerajaan dan hakmilik individu. Jabtana Perhutanan hanya menjaga hutan simpan kekal dan hutan kerajaan. Hutan hakmilik boleh ditebang tetapi permit perlu dipohon daripada Jabatan Hutan sebelum dibawa keluar. 
 
Damainya perasaan berpagi-pagian di sini. Bau tanah, daun sangat menyegarkan.
 


 
 
 
Pokok jelutong yang berdiameter 200cm bermakna usianya 200 tahun. Pokok ini merupakan yang terbesar di Negeri Sembilan.
 
Getah pokok jelutong sebagai bahan dalam pembuatan gula-gula getah (chewing gum).
 
Di hutan ini juga ada pokok meranti yang sangat besar. Meranti apa entah namanya...lupa dah. Terdapat lubang besar di pangkal yang berkemungkinan akibat rekahan pokok. Tak tahulah berapa lama lagi boleh hidup pokok ni.



 Ai di dalam pokok meranti.
 

Encik Mohd Noor menerangkan kepada kami bagaimana mereka menanda pokok. Dua tanda akan dibuat iaitu satu di pangkal pokok dan satu lagi 1.3 meter dari tanah. Bila nak dibawa keluar dari hutan pun ada tanda juga. Bukan senang kerja mereka ni. Kalau hutan landai boleh tahan lagi, kena yang berbukit? Mereka juga akan masuk ke hutan bertiga sebagai langkah keselamatan. Ye lahkan, kalau seorang pengsan yang dua orang boleh papah. Kalau pergi berdua je, seorang lari keluar minta bantuan yang pengsan tu takkan nak tinggal sensorang jer....wuuuu seram.
 
Khidmat staf Jabatan Perhutanan juga diperlukan ketika mencari orang hilang. Mereka lebih pakar dalam selok belok hutan.

Cantik tak pakai baju oren dalam hutan? Nampak outstanding kan warna dia? Itu baru hakak.... kalau awak pakai baju nikah ambil gambar di sini macam mana? Cantikkkkk...

 Bayangkan awak buat post wedding photoshoot di sini dengan kebaya kuning atau gaun mewah meleret seperti yang dipakai Amyra Rosli tu? Bayangkan.... cantik baq hang!
 
Setahun sekali pihak jabtan akan mengambil sampel buah. Yang paling bagus adalah yang terdapat di pokok. Jadi bagaimana hendak mengambilnya? Haa...guna lastik! Dengan lastik gergasi tu orang pun boleh tercampak sekali hehehh... 
 
Bebuli besi dimasukkan dalam beg kecil lalu dilastik ke pokok yang berketinggian 20-50 meter. Kemudian tali keselamatan dipasang sebelum staf memanjat untuk mengambil sampel buat yang tinggi hingga ke pucuk. Perghh... bahaya kerja mereka ni. Tugas berisiko begini mungkin masuk dalam class 3, jadi isi bebetul borang takaful tu. Nyatakan tugas sebenar anda supaya tiada masalah dalam proses claim nanti (jika berlaku musibah).
 
 
Takutnya nak turun.

Penginapan selesa di Hutan Simpan Sungai Menyala
 
Tempahan perlu dibuat lebih awal. Jika datang berkumpulan kita boleh memohon jurupandu arah untuk trekking di dalam hutan simpan ini. Hutan di Malaysia tak sama dengan yang terdapat di Australia, New Zealand atau Austria. Hutan kita jenis hutan khatulistiwa dengan pokok-pokok dan haiwan serta serangga berbeza. Memandai pergi sendiri takut sesat sendiri tak pun disodok dek vavih.
 
Sejak dulu aku ada imipian untuk memiliki resort sendiri. Seringkali Cakra Homestay di Solo akan menjadi benchmark. Lama-kelamaan impian semakin mengecut hahah.... ada homestay kecil pun cukuplah... tetapi bila datang ke sini rasa bersemangat semula nak memiliki my own small resort (berangan dulu). Nak buat bisnes anak-beranak je kononnya, tak payah bergerak jejauh. Sungguh, aku suka sangat dengan design bangunan ni. Kecil tetapi lengkap. Cuma kalau resort aku nak buat sedikit pengubahsuaianlah (ok berangan lagi).
 
Tourism Eco-Education Centre Sungai Menyala ini menyediakan:
2 buah dorm lelaki dengan 16 katil setiap dorm- RM15 seorang
2 buah dorm wanita dengan 16 katil setiap dorm- RM15 seorang
2 bilik VIP- RM100 sebilik
Ruang makan berasingan
Dewan terbuka
10 buah basikal- RM10 sebuah sehari
Pakej trekking 2 jam- RM20 seorang
 
Nak camping bawalah khemah sendiri ya. Pacakkan  di kawasan berumput tu je. Kemudahan tandas dan surau disediakan di bangunan utama. Bawa set bbq sendiri pun bagus juga.
 
Bangunan ini dari hujung ke hujung diperbuat daripada kayu.
 

Di lobi, ada Galeri Penghuni Belantara yang mempamerkan latar belakang kehidupan orang asli di Malaysia. Bahan perubatan, perhiasan badan, replika rumah dan alat perburuan dipamerkan di sini. Bolehlah kita belajar serba sedikit tentang penduduk lain yang hidup bersama di bumi bertuah ini. 
 
 Encik Abdul Rahman dari JKOA sedang memberikan penerangan tentang orang asli. Beliau sendiri orang asli dari Kampung Bukit Kepong, Port Dickson. Rupanya berlainan daripada yang kita biasa tengok di dalam buku kan? :-)
 
 Diantara barang perhiasan yang dibuat masyarakat wanita orang asli di waktu senggang. Ini baru ya cincin belah rotan.
 
Otai fotografi sedang berehat di lobi.
 
 Bilik seminar.
 
Perpustakaan yang luas. Aku berhajat nak lepak di perpustakaan sementara menunggu aktiviti seterusnya tapi semua buku tentang hutan dan pokok je ada huhuu...ingatkan ada lah majalah gosip ke hehehh... #majalahhiburankitabacayangfreesaja #buatapanakbayaryangtakdepekdah


 Di sebelah kiri bilik seminar dan perpustakaan. Di kanan bilik penginapan with bathroom.

Selalunya bila travel aku akan bawa sehelai baju kelawar (kaftan) tu sebab ia selesa dan senang dipakai. Kali ini entah kenapa ambil simpan balik, ambil seluar tidur pula. Berulang-ulang. Rupa rupanya katil double decker di sini kemain tinggi ooiii... boleh rabak baju kelawar kau. Takpun boleh buat tiger show masa naik katil atas hahahah.... Nasib baik adik manis Sinar Harian offer kita katil bawah.
 
Katil di dorm adalah tempahan khas. Diperbuat daripada kayu yang kukuh, ruang bawahnya lebih tinggi dan selesa. Kalu orang di bawah tinggi pun takdelah tertunduk-tunduk. Air cond pun ada... siap duvet lagi. Cuma tak ada individual bed lamp and plug point.
 
Ada dua bilik air dan dua tandas di dalam dorm. Bila dah nak balik barulah kami tahu bahawa yang mengemaskan kawasan dan bilik ini adalah staf Jabatan Hutan itu sendiri. Abam sado kemas bilik kau dik. Kasihanlah juga, masuk hutan dia, menanda pokok dia, kemas bilik dan dorm pun dia. Boleh buat drama pukul tujuh dah ni hehehh.... Ada perancangan untuk penambahbaikan. Takkan nak harapkan mereka buat semua kerja kan? Kalau nak bisnes kenalah fokus bebetul.


Malam yang indah di sini. Bawalah telephoto lens awak tu. Elok juga kalau pergi ke Balai Cerap Teluk Kemang di Klana Resort. Hanya RM25 seorang untuk walk-in guest.
 

 Gambar bulan purnama oleh AJ Alhadi.

Kalau ada Gopro atau fisheye lens gambar hutan seperti di bawah akan nampak lebih cantik lagi, bulat je.

 

 

Jika ada sebarang pertanyaan atau ingin membuat tempahan sila hubungi nombor telefon di bawah. Telefon pada hari Isnin hingga Jumaat saja tau sebab pejabat tempahan di Seremban, takdo sapo nak kojo hari minggu doh. Waktu operasi di Hutan Simpan Sungai Menyala saja Isnin - Ahad / 8 pagi - 5 petang

Pejabat Hutan Daerah Negeri Sembilan Barat
Tingkat 2, Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban
Persiaran S2 A2
70300 Seremban
Negeri Sembilan.
Tel : 06-6014000
Faks : 06-6014004
 
 


 


Post a Comment

0 Comments