Vietnam | Tempat Membeli-Belah Popular di Ho Chi Minh City



Vietnam | Tempat Membeli-Belah Popular di Ho Chi Minh City | Aku berkesempatan ke Ho Chi Minh City untuk ke sekian kalinya. Menarik sangat ke hingga berkali-kali pergi? Sangat menarik untuk kaki shopping. Aku takde plan nak shopping pun tetapi ter-shopping gak huhuu... terjebak juga bila bersama-sama dengan orang yang pertama kali ke sana.

Awalnya aku ke Ho Chi Minh (Saigon) sebab kengkononnya nak sandboarding tapi jauh jugalah tempat tu, lima jam menaiki bas. Bila di Klebang, Melaka, pun dah ada 'padang pasir' maka tak jadilah. Pergi Klebang je lah nanti. Boleh meluncur pasir reramai anak-baranak.


Murah sangat ke barangan di Ho Chi Minh, Vietnam?
Kebanyakan barangan yang dijual di HCM terutamanya sekitar Ben Thanh Market (Cho Ben Thanh) adalah untuk wanita. Untuk lelaki lebih kepada kasut sukan dan backpack. Bolehlah buat berniaga.

Harga kain cotton dah naik. Begitu juga upah menjahit baju kurung. Depa dok juai "satu hari siap kakak...". Tak kuasa ai. Kita pun bukannya nak pakai segera. Di Seremban ni pun boleh tempah RM40 sepasang, di sana RM60-80. Mencekik! Dua tahun lepas baru 40 hengget je dalam Cho Ben Thanh tu. Tailor yang ambil upah RM15 sepasang tu pula dah bertukar nombor telefon maka tak jadilah aku menempah.

Sangat berbaloi menempah suit. Harga berbeza tetapi dalam USD100 saja... tiga hari dah siap.

Aku cuma berkenan dengan kain-kain yang dijual di dua buah kedai dalam Pasar Ben Thanh tu. Kedainya di tengah mengadap satu sama lain. Kedai yang satu tu dah buka sebuah kedai lain di luar CBT sederet kedai emas Hatam yang juga menjadi tempat menukar mata wang. Di situ lagi banyak pilihan dan SANGAT menarik kain-kainnya. Sekarang English cotton dijual antara RM45-65 sepasang (bidang 60 inci). Cotton viscose tu murahlah.

Tahun ini tiada lagi lambakan baju kurung cotton plain dan bermanik. Dah habis musimnya. Kami siap masuk ke dalam stor menyelongkar stok baju kurung yang masih ada. Yang banyak dijual jubah dan tudung. Aku tak pakai jubah maka ai tak belilah. Ada pula yang mengirim tudung Bokitta. Haa..? Tak pernah dengar pun hahha... ketinggalan keretapi. Yang ini aku berkenan, cantik dan jauh lebih murah daripada harga di Malaysia. Tudung Neelofa pun baanyaakkkkkk...! Kelebihan tudung Vietnam ni ia dibuat untuk pasaran Malaysia jadi memang bercitarasa Malaysia lah.

Telekung? Aku lebih berminat buatan Indonesia, lebih cantik dan halus.


 Tuding Bokitta. Suka kain jenis ini berbanding chiffon.

Guna matawang mana lebih menguntungkan? RM.. USD.. VND?
Kadar pertukaran yang peniaga-peniaga di sana gunakan tak sama dengan yang kita dapat. Dalam banyak keadaan akan lebih merugikan kita.

Contohnya, jika harga sepasang kain diletakkan RM28 sepasang dan kita hendak membayarnya dengan Vietnam Dong - sebab ko dah tukar banyak nau VND - harga akan berbeza sehingga RM4. Rugi tau!
Lagi satu, bilik hotel. Harga dalam USD22 yang bila kita convert jadi RM88 tapi bila bayar dalam MYR bukan main banyak bezanya. Rugi. Bayar dalam VND pun rugi.

Konklusinya, satu jawapan tak boleh digunakan untuk semua keadaan.


Jadi... awak pun tanya, di mana nak shopping ni Ruggedmom?
Kebanyakan tempat-tempat yang ku senaraikan ini ramai yang dah tahu tetapi oleh sebab ramai yang mencari info tentang membeli-belah di Ho Chi Minh dari blog makcik ni maka aku senaraikanlah untuk memudahkan akak-akak semua. Ada juga pelancong yang bertanya arah kepada kami untuk ke satu satu tempat semasa di sana. Yang aku belum berjumpa tempat menjual barangan kulit. Kaki dah penat dan tiada keperluan jadi malaslah nak mencari. 

1. Pasar Ben Thanh dan sekitarnya.
Kena ada skill tawar menawar. Aku tak suka sebab banyak membuang masa. Harganya lebih mahal dan menjadi tourists trap. Jika mencari souvenir seperti pouch yang muat pensel tu carilah di kedai sepanjang "Malaysian street" berdekatan Restoran Basirah tu. Dalam CBT VND150k untuk enam buah, di kedai luar buka mulut VND100, belum tawar menawar lagi. Di kaki lima kedai nak ke Saigon Square pun murah tetapi memalam je mereka berniaga.

Pasar malamnya pun memerangkap juga. Ada ke seluar sukan 3/4 panjang tu nak dijualnya rm50? Tak kuasa mak.



Kedai ini bagi harga yang bagus. Cashiew nut berkulit dapat 230k dong sekilo.

Pasar malam di luar Pasar Ben Thanh.

2. Saigon Mai
Pakaian di kedai ini murah. Sila pergi berjemaah hahaha...



Tahu tak di mana?
Jika anda sedang menghadap ke jalan raya dari pintu belakang CBT, jalan terus ke kanan melepasi kawasan berpenghadang tu (ada projek under constructions kot). Lintas jalan dan ke kanan.

3. Taka Plaza
Pakaian ready-to-wear. Banyak branded item tapi tak tahulah reject stock atau fake one. Skaf/shwal banyak dijual di sini. Ia berdekatan Saigon Mai.

4. Cho Bin Thay
Kebanyakan barangan dijual secara pukal. Kain boleh dibeli runcit. Explore kedai-kedai di kawasan sekitar, agak murah.

5. Russian Market
Mencari barangan winter/outdoor? Di sinilah tempatnya.

Aku bercadang nak berjalan kaki je ke sana tapi hotel's receptionist tu insist aku naik teksi. Only 20k dong, katanya... tapi aku kena caj 33k dong dengan teksi bermeter. 1km je kalau berjalan kaki.

Arahnya?

Bila menghadap round about depan CBT tu, bergerak ke kanan dan melintas jalan di taman tu. Jalan menghala ke De Tham Street, jalan sampai hujung. Bila berjumpa jalan besar macam highway tu belok ke kanan, jalan terus mungkin dalam 100-200 meter pandang kanan. Ada bangunan besar tertera Russian Market. Pukul 10 baru semua kedai dibuka.

Aku beli tights Adidas yang 3/4 tu RM32. Nampak macam original. Ada beg 'rahsia' nipis yang orang selempang dalam baju tu - sesuai dibawa traveller - pun okay jugalah harganya. Rasa nak beli sangat tapi tak ada keperluan jadi aku tak belilah. Bila balik ke hotel, alamak.. kenapa tak beli eh? Biasa camtu? hehe..



Nipis je beg ni boleh letak dalam baju.

6. Pasar pagi di Duong Cho Giang (dekat De Tham St)
Pasar pagi ni sebelum Russian Market. Ada seorang lelaki menjual kain ela dengan harga murah. Kain crepe dan jenis yang buat tudung Bokitta (bukan chiffon) tu aku dapat 18k dong saja semeter. Itu pun tak beriya menawar. Tak banyak pilihan tetapi berbaloi-baloi kalau korang pandai jahit baju sendiri.

Yang kelakarnya, ada lah seseorang tu beli underwear Victoria's Secret RM16 sehelai di shopping mall, di pasar ni makcik tu jual 30k dong saje hahahha... mengetap gigi kawan tu.

7. Truong Dinh Street
Bertuahnya orang yang memiliki saiz badan standard, senang hendak mendapatkan seluar baju. Truong Dinh St ni ialah jalan di depan Cat Hotel tu. Jalan terus ke belakang (jika menghadap Cat Hotel jalan ke kanan). Ada satu kedai pakaian dengan harga diskaun berdekatan Tropicland Backpacker Hostel (mahal dowh hostel ni, lebih baik sewa hotel). Jalan lagi dan anda akan berjumpa sebuah tempat yang agak besar menjual pakaian.

8. Replika kapal layar
Tak jauh dari Hard Rock Cafe.

9. Go Vap
Dua jam perjalanan dari pusat bandar. Kalau nak berniaga disinilah letaknya kilang untuk menempah pakaian.

10. Saigon Square
Warga Malaysia bagaikan wajib ke sini.



11. Saigon Square 2016
Aku terjumpa tempat ni pun sebab tersesat heheh... betul kot perempuan tak reti baca map? kahkah... punyalah jelas map tu.

Jika anda sedang menghadap Hard Rock Cafe sila berjalan ke kiri. Jalan.. jalan dan jalan... hahah... Banyak pakaian siap dijual di sini. Rezeki tersesat. Kalau tak sesat takkan berjumpa.

12. Saigon Centre
Di sebelah Saigon Square, high end shopping mall.

13. Dong Khoi Road
Jika mahukan luxury stuffs carilah di sini. Berdekatan Saigon Opera House dan Saigon Community Hall.

14. Tan Binh
Untuk belian pukal. Jauh dari CBT.

15. Kedai barangan sukan
Dari belakang CBT tu jalan terus ke belakang, jalan yang menuju ke Reunification Palace. Aku pernah beli bolasepak tapi kualitinya kurang bagus, cepat terkopek. Skuter bebudak yang tolak dengan kaki tu murah.


16. Diamond Plaza
Shopping complex di belakang Notre Dame Cathederal. Sementara wife enche'-enche' semua mabuk memilih kain dan tudung jomlah kita tengok wayang dulu. Banggalah kita wak tengok Malaysia brand, Bonia, dijual di sini. Toilet dia best baq hang.

Ada panggung wayang di sini. Aku sempat tengok Sully, duduk VIP seat RM15. Sedih dowh. Terbayang-bayang keadaan penumpang MH370.



Selepas anda pulang dari lawatan sehari ke Mekong River, ada sesetengah tour agency akan membawa ke sebuah kedai/gudang kain. Tempat yang mak aku beli kain dulu lebih mahal dari CBT. Mungkin ada tempat yang murah juga.

Haa... best shopping di Ho Chi Minh uols.. Dah tak sabar nak pergi shopping kak? Jom! Jom! Bawa saya sekali.


Tips membeli pakaian:
Beli satu saiz lebih besar daripada yang kita biasa pakai. Rakyat Malaysia ramai yang obes, orang Vietnam kurus je.

“Want to buy clothes online at cheaper prices then use Zalora Coupons and get good discounts!”

Post a Comment

36 Comments

  1. assalam nk tnya rugi x kalo tukar mata wang semua ke mata wang vietnam?

    ReplyDelete
  2. Rasanya rugi. Kain, tudung bayar dlm RM je

    ReplyDelete
  3. Ade jumpa tak baju&seluar jeans lelaki utk beli pukal area vietnam?

    ReplyDelete
  4. Saya tak cari. Mungkin ada di kawasan perindustrian yang dekat kampung Cham atau di Go Vap

    ReplyDelete
  5. Assalam, kak apa nama pintu blkg CBT..? tq

    ReplyDelete
  6. Maaf, saya tak pasti. Org berjual bunga hidup di bhg blkg tu

    ReplyDelete
  7. Dear, jumpe tak tempat jual kasut clarks made in vietnam?

    ReplyDelete
  8. Bln 5 nt sy akan kesana.. Blh x suggest hotel murah mana yg sesuai Dan yg dekat restoran halal?

    ReplyDelete
  9. Bln 5 nt sy akan kesana.. Blh x suggest hotel yg murah Dan dekat dgn pusat beli belah Serta restoran halal?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..kak,ade x nama lelaki @ signage yg jual kain ela tu kat pasar pagi? Then, lg 1 ada nama kedai pakaian yg kat truong dinh street tu?

    ReplyDelete
  11. Askm Zaidah.
    Ada banyak hotel di sekitar Ben Thanh Market diantaranya Cat Hotel, Thanh Truong, Saigon Pink.

    ReplyDelete
  12. Dear Unknown,
    Takde namanya. Senang je nak jumpa kalau ikut direction yg saya bagi tu.

    ReplyDelete
  13. yang tudung bokitta tu beli kat mana and berapa

    ReplyDelete
  14. Banyak kedai yang menjual. Ada jenis chiffon dan ada seperti dalam gambar. Harga yang chiffon dari rm20.

    ReplyDelete
  15. "rakyat msia ramai yg obes beli satu size besar"haha..lawak..tq for the guidance!

    ReplyDelete
  16. SEMUA KEDAI JUAL KAIN YG SIAP POTONG KE?
    KAIN ELA BYK X?

    ReplyDelete
  17. Ada banyak kain ela yang belum dipotong. Kain cotton banyak pilihan dan cantik. Kain lace pun sama.

    ReplyDelete
  18. Salam kak, saya suka baca blog akak, antara byk2 tempat shopping, tempat mana yg akk paling suka membeli-belah ?

    ReplyDelete
  19. Kena tambah dua size..kalau kata size L malaysia, sila beli size XXL.. Vietnam org dia kecik2.. unless kita dikategorikan kecik di malaysia, boleh la beli tambah satu size sahaja..

    Kat Been Thanh Market, dalam dia kira murah lagi kadang2 daripada Pasar Malam yang ada kat kawasan luar Ben Tanh Market ( start operasi kul 8 malam ke atas). Kena pandai tawar harga.

    Kat Ho Chi Minh ada kilang Adidas, jadi adidas agak murah di Vietnam.

    ReplyDelete
  20. Wah baru tahu ni. Kat mana kilang Adidas tu? Blh beli sikit2 ke?

    ReplyDelete
  21. Yeay..nk pegi HCM Selasa ni 11 April 17..bagusnya ada rujukan berguna camni.Thanks Akak ruggedmom Maria!

    ReplyDelete
  22. Yeay..excited nyee nk pegi HCM Selasa ni 11 Apr 17.
    Thanks akak ruggedmom Maria for useful info!

    ReplyDelete
  23. Thanks Bobohud! Harap membantu sedikit sebanyak. Share lah kat wall fb supaya orang lain pun dapat manfaat.

    ReplyDelete
  24. pergi danny jer....saya dapat harga belas2 jer bokitta....

    ReplyDelete
  25. Assalamuailaikum,

    saya nk pergi minggu depan...masa akak pegi tu ada nampak tk baju kurung cotton beads yg ready made..i know dah ketinggalan design tu tp saya suke cotton.

    ReplyDelete
  26. Ada tapi tak banyak. Cuba carie di kedai depan Basirah tu.

    ReplyDelete
  27. Salam dik.... kedai dia oreng bukak tak masa raya cina?

    ReplyDelete
  28. salam dik....agaknya kedai dia orang bukak tak masa cuti raya cina.

    ReplyDelete
  29. Saya rasa buka sebab pelanggan dr Malaysia ramai😁. Lagipun ada je kedai muslim berniaga

    ReplyDelete
  30. Assalamwalaikum. Sila call saya kalau anda nak datang vacation ke ho chi minh city
    Kita ada Tour, jual tudung, baju kurung, slipper and kasut.
    Nombor whatsapp: +841267673624. Terimakasih.

    ReplyDelete
  31. Ada Nampak Kedai Yang Menjual Aksessori Motor Tak ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tapi saya tak ingat jalan mana. Saya berjalan merata masa tu.

      Delete
  32. nk tnya..apa maksud cbt..kalau brg sukan bnyak di mana ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. CBT= Cho Ben Thanh / Ben Thanh Market

      Barangan sukan di no 15. Di Russian Market pun ada pakaian sukan.

      Delete

Feel free to leave your comment below. Thank you.