Hotel Review | Tenggelam Dalam Kemewahan InterContinental Hua Hin



Hotel Review | Tenggelam Dalam Kemewahan InterContinental Hua Hin | Hua Hin yang berada di Teluk Thai mula dikenali selepas tahun 1920an apabila keluarga Diraja Thai membina istana musim panas mereka di sana. Hampir sekurun ia menjadi tempat percutian popular dan ekslusif kepada pelancong asing dan dan tempatan.


Hua Hin bandar pesisir pantai tidak jauh dari Cha-Am dan memiliki lapangan terbangnya sendiri. Hua Hin juga menganjurkan Festival Jazz setiap tahun. Di sepanjang jalan dari lapangan terbang berderetan hotel dan resort berbintang yang bersedia menerima kehadiran tetamu. Pantainya yang cantik dan landai, restoran makanan laut, padang golf, wat/kuil yang berseni binaannya menarik pelancong ke sini.

Pada hari pertama sampai di Bangkok aku rasa owh best-nya bilik ni...besar! Siap dengan dua cermin bulat, dua cermin panjang dan satu cermin kecil untuk picit jerawat. Eh?! haha... Namun apabila aku checked-in di InterContinental Hua Hin...... fikiran terus berubah. Even pakaian staf wanita pun sangat cantik. Bagaimana agaknya keadaan bilik aku kali ini eh? Exited nak tunjuk kat hampa...:-)



Club InterContinental Room - UNIQUELY INDULGENT
-Experience world class luxury in truly charm Thai- 

Semasa menuju ke bilik, mata dijamu dengan hiasan dalaman yang indah dan pemandangan yang sungguh mendamaikan. Pohon kemboja ditanam dengan banyaknya sehingga menghasilkan bauan yang enak. Wangi je. Allahu.. terbau-bau lagi di hidung.

Club InterContinental Room aku ni seluas 55mps dengan bath tub dan day bed yang luas di balkoni. Sayangnya bilik aku tiada kolam renang yang semi private tu. Boleh terjun ke kolam dari bilik uols.. paling best ada personalized butler service. Tempat tidur pun dia siapkan untuk kita beradu. Sofistication and comfort. Dimanjakan, feeling princess gituh.

Bilik dan suite di kedua-dua sayap bangunan menawarkan bilik yang mewah. Swimming pool pun bukan main menarik lagi tapi tak sempat nak test disebabkan early check-out. Frust la sikit. Lekapan dan lengkapan di dalam bilik hanya yang terbaik. Kopi "illy", Teh "TWG" dan kelengkapan mandian daripada La'Occitane. Sebekas buah-buahan dihadiahkan selain maccaroon dihantar sebagai kudapan malam. Selipar dan bathrobe pun lain daripada yang disediakan kebanyakan hotel. Rasa nak bawa balik bathrobe tu heheh...

InterContinental Hua Hin Resort mennawarkan bilik mewah, suite, villa dan La Residence penginapan yang direka dengan menginspirasikan keindahan Hua Hin dan istana diraja. 'Rumah persendirian' dua tingkat ini ada kolam renang infiniti dan pintu masuk tersendiri. Pilih yang mana satu idaman kalbu. Tepuk dada tanya poket.

Banyak fasiliti yang ditawarkan seperti signature spa, ruang yang versatile untuk pelbagai acara, futness centre yang lengkap dan sebagainya. Tak kiralah untuk leisure ke.. business ke.. resort ini menjanjikan kemesraan budaya Thai dan servis yang cekap. Bab servis ni memang betul sebab aku ada minta tolong sesuatu and they were very attentive.







Dengan pemandangan indah matahari terbit, sekitar jam 6.00 - 6.30 pagi kita akan dapat melihat para sami (monk) berjalan dipantai sambil menerima sumbangan makanan daripada tetamu lalu membacakan doa. Monk di Thailand bekerja secara sukarela. Menurut tour guide kami Wanna, mungkin monk di kuil diraja diberikan elaun khas. Kerajaan tak mampu memberikan elaun kepada semua sami kerana terdapat 32,000 kuil di Thailand. Jika mereka dijemput ke majlis tertentu ada yang memberikan sumbangan kewangan selain makanan. Cuma sesetengah sami di Hua Hin ini agak kurang mesra pelancong tidak seperti di Bangkok.

Dalam gelap pukul 5.30 pagi lagi aku dah ada di tepi pantai ni menunggu monk. Rupa-rupanya start pukul 6 baru mereka lalu huhu.. Matahari pun macam hendak tak hendak je keluar.





Resort ini juga telah dicalonkan dalam 2016 "World Travel Awards" and "World Luxury Hotel Awards". Klik sini untuk tempahan dengan harga yang berpatutan.

InterContinental Hua Hin Resort
33/33 Petchkasem Road, Hua Hin,
Prachuabkhirikhan 77110, Thailand
Phone: +66 (0) 32 616999
Facsimile: +66 (0) 32 616555
ichh.rsvn@ihg.com

http://huahin.intercontinental.com


Resort Luxury, Perfectly Expressed

Nota:
Kalau nak beli souvenir seperti fridge magnet, boleh ke Hua Hin night market. Murah beb. Price starts from 10 baht.

Post a Comment

1 Comments

  1. Simply wish to say your article is as astounding. The clearness for your
    publish is simply great and that i could think you're an expert on this subject.
    Fine together with your permission allow me to clutch your RSS feed to
    stay up to date with coming near near post. Thanks one million and please continue the rewarding work.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.