Hogoh Pahang! Jom Lihat Apa Yang Menarik Di Pahang! | Tahun 2017 bakal menyaksikan aktiviti pelancongan lebih aktif di Malaysia. Pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan untuk menarik pelancong dalam dan luar negara melawat dan berbelanja di negara ini.
Selain Terengganu dan Perak, negeri Pahang juga melancarkan "Tahun Melawat Pahang 2017" untuk memperkenalkan negeri itu ke mata dunia dengan slogan "Hogoh Pahang!". Sebagai negeri yang terbesar di semenanjung Malaysia sudah tentunya Pahang memiliki begitu banyak tarikan untuk diterokai. Pahang terkenal dengan gunung-ganang, hutan hujan dan Pulau Tioman yang cantik serta jernih airnya dan kaya dengan karang laut. Genting Highland, Cameron Highland, Frazer Hills, Janda Baik, Tasik Chini, Pulau Tioman... kesemuanya berada di Pahang. Negeri yang satu ini terlalu besar dan masih kaya dengan flora dan fauna walaupun usaha merosakkannya oleh tangan-tangan rakus masih berterusan.
Pahang tidak memerlukan bangunan pencakar langit dengan senibina unik untuk menarik pelancong, cukup dengan sumber alam semulajadi yang begitu banyak di sana. Yang penting pelihara dan promosikan secara konsisten.

Beberapa Lokasi Pelancongan Menarik Yang Mesti Dilawati Di Pahang
1) Masjid Sultan Ahmad I, Kuantan. (Masjid Negeri)
Masjid Sultan Ahmad I terletak di Bandar Kuantan. Nama masjid ini bersempena dengan nama pemerintah Pahang pertama, Sultan Ahmad Al-Mu'adzam Shah yang ditabal sebagai raja selepas mengalahkan Bendahara Wan Mutahir lewat 1890. Ia telah dirasmikan oleh Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada 21 Oktober 1994 Masihi, Sultan Pahang sekarang.
Reka bentuk masjid ini berdasarkan seni bina zaman Uthmaniah. Empat kubah separuh bulat diletakkan pada empat penjuru yang mengapit sebuah kubah utama yang mendominasi bahagian atas ruang utama solat. Warna biru dan hijau digunakan bagi mewarnai keseluruhan Masjid Negeri ini. Masjid ini juga mempunyai ruang halaman yang mewujudkan suasana keterbukaan dan mengimbangi keluasan masjid ini.
Empat menara masjid diperbuat daripada marmar khas yang berkilauan menaikkan seri masjid ini jika terkena limpahan cahaya lampu. Adunan warna putih yang terpapar daripada kilauan keempat-empat menara kubah tersebut dengan sinaran lampu kekuningan di bahagian hadapan masjid ini menambahkan lagi keanggunan Masjid Sultan Ahmad Shah.
Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan. Sumber di sini.
2) Genting Highland
Pelancong mana yang tak tahu tentang Genting Highland? Ingat tak tour guide aku di Angkor Wat dulu tu? Beriyalah dia sebut island.. island... rupanya Genting Highland heheh...
Genting Highland ialah kawasan peranginan tanah tinggi yang terletak di Banjaran Titiwangsa kira-kira satu jam setengah dari Kuala Lumpur. Pembinaannya bermula dari tahun 1960an lagi oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong. Aku ada review buku beliau di sini. Kisah orang hebat yang sangat menginspirasikan.
Ia sebuah kompleks peranginan yang meliputi hotel, pusat membeli-belah, restoran, taman tema dan kasino. Kasino sangat sinonim dengan Genting Highland. Biasanya inbound tour package pasti akan melibatkan Genting Highland sekali.
Selepas bertahun-tahun kini taman temanya direnovasi untuk memberikan lebih keseronokan kepada pengunjung sesuai dengan temanya sebagai "Kota Keriangan". Roller coaster pun ada... sejak naik di GH ni dululah yang aku taubat takkan naik lagi hahaha... pucat lesi muka aku ooiii... hinggalah aku naik kembali di Legoland hari tu. Itupun roller coaster untuk bebudak hahaha...
Jika tidak mahu bermalam boleh sahaja membuat day trip ke sana. Ada beberapa syarikat bas yang memberikan perkhidmatan ke GH dari beberapa tempat selain Kuala Lumpur. Jika teringin menaiki cable car boleh menaiki Genting Skyway dari Goh Tong Jaya. Sayangnya suhu di GH tidaklah sesejuk tahun 1980an 90an dahulu. Sampai sekarang aku teringat gambar anak DO Parit dengan trench coat di GH :-))
Strawberry garden juga ada di sana.

3) Cameron Highland
Cameron Highland saiznya lebih kurang sebesar Singapura tetapi di pergunungan. Ia bersempadan dengan Kelantan di utara dan Perak di baratnya.
Cameron Highland 'menjual' suasana. Oleh itu adalah lebih bagus anda bermalam di sini berbanding membuat lawatan sehari sahaja. Bayangkan bangun tidur dengan udara bersih, pemandangan hijau ladang teh, bunga ros, sayuran dan strawberi. Pejam mata dan bayangkan.
Buatlah lawatan ke ladang teh Bharat Tea atau Boh Tea Centre. Hendak melihat cara pemprosesan teh pun boleh. Duduk santai sambil minum teh di pergunungan merupakan aktiviti yang ramai orang ingin lakukan. Amazing view!!
5) Mossy Forest, Cameron Highland

4) Cameron Highlands Golf Course (antara Tanah Rata and Brinchang).
Untuk geng 'menebas', padang golf 18 lubang yang indah ini agak mencabar juga.
Untuk geng 'menebas', padang golf 18 lubang yang indah ini agak mencabar juga.
5) Mossy Forest, Cameron Highland
Sumber di sini.
Sumber di sini.
"Mossy forest" ialah keadaan alam semulajadi yang hanya berlaku di kawasan tanah tinggi. Hutan tanah tinggi ini mampu memerangkap lembapan daripada awan yang dibawa angin menjadikannya sesuai untuk pembiakan tumbuhan tertentu seperti moss, ferns, lichen, liverworts dan orkid liar. Keadaan pokok yang rendang dan suasana lembap ini juga disukai oleh serangga, ular, katak dan mamalia yang sukakan kawasan sejuk. Penduduk tempatan menyamakannya seperti dalam cerita Harry Potter dan Lord of the Rings. Extremely beautiful!
Kita boleh mengembara di dalam hutan ini menggunakan boardwalk yang jaraknya 2km dari puncak Gunung Brinchang. Jalan untuk ke mossy forest ni mengambil masa 30 minit jugalah dengan pemandangan ladang teh yang saujana mata memandang. Jalannya sama sahaja dengan ladang teh Boh Sungai Palas cuma ianya lebih ke atas. Kalau sayang kereta ikut je tour, naik kenderaan 4x4, tapi ada je Myvi sampai ke atas tu. Jangan kata kereta Malaysia tak mampu pula.
Paling seronok (dan meletihkan juga) hiking ke atas nun dengan kengkawan. Pegi dengan kengkawanlah best. Kalau bawa anak kecil karang baru beberapa tapak "kita penatlah, kita penatlah".. matilanakkk kena dukung ko pulak.
6) Time Tunnel Museum (di Kok Lim Strawberry Farm)
Selain keindahan alam dan ladang pertanian di Cameron Highland, muzium memorabilia yang pertama di Malaysia, Time Tunnel Museum juga menjadi 'a must see' ketika berada di sana.
Muzium ini menghimpunkan objek yang digunakan selepas penjajahan Jepun, keratan akhbar serta gambar-gambar lama Cameron Highland dan Malaysia puluhan tahun dahulu. Mengimbau kenangan. Bagus bawa anak-anak yang membesar di zaman gajet di tangan ni.
Waktu operasi: 9 pagi - 6 petang
Harga Tiket : RM5 dewasa, RM3 kanak-kanak
Telefon : +60 16 3288 438, +60 13 5247 120
7) Agro Technology Park di MARDI, Tanah Rata, Cameron Highland
Jika anda ingin melihat ladang yang non-commercialized inilah tempatnya. Ia merupakan sebuah pusat kajian yang terletak bersebelahan Hospital Cameron Highland. Banyak spesis bunga ditanam d sini seperti kekwa, dahlia, ros, orkid dan juga herba yang banyak digunakan dalam masakan. Boleh juga membeli bunga di sini jika kena musimnya.
8) Fraser's Hill
Fraser's Hill dinamakan sedemikian sempena nama seorang pengembara Inggeris, Louis James Fraser yang menjumpai dan memajukan kawasan tanah tinggi tersebut. Terletak 105km dari Kuala Lumpur, ia berada di atas tujuh buah bukit bersempadan antara Pahang-Selangor yang kelihatannya seperti bandar kuno Rome.
Suhu di sini sejuk sepanjang tahun dengan purata 18-20C. Ia menjadi weekend gateaway dari hiruk pikuk kota kosmopolitan Kuala Lumpur. Team building dan birding activities popular di sini. Owh banyaknya aktiviti yang boleh dibuat di Fraser's Hill...nak memanah ke.. berkayak, ada air terjun, jungle trekking, bermain golf, berkelah, hiking, berbasikal, abseiling, menunggang kuda...huiii banyak!
9) Bukit Gambang Resort City
Ini biasalah, theme park. Nak tahu? Sila klik pautan ini.
10) Pantai Cherating
Cherating merupakan perkampungan yang nampak 'agak sunyi' di permukaan tetapi mempunyai tarikan tersendiri. Ia menjadi 'surfers' paradise' kepada yang suka membelah ombak jadi jangan terkejutlah dengan kehadiran mad sailor (orang putih) yang ramai di sana.
Cherating terkenal dengan Club Med yang pertama di Asia. Satu suasana kemewahan dalam kampung yang tenang dan penduduk yang ramah serta terbuka dengan kehadiran pelancong asing. Hutan paya bakaunya juga cantik, aku pernah blogkan dulu tentang di sini:
Mangrove River Cruise
Non-syncronized Kelip Kelip
11) Cherating Turtle Sanctuary
Jika nak tahu tentang pembiakan penyu bolehlah ke sini. Sangat bagus, very educational. Sudah kuceitakan di sini dulu. Kalau nak melihat penyu menetas elok pergi antara April hingga Ogos ataupun tanyakan dulu kepada Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu Cherating.
12) Taman Negara Pahang

Banyak lagi gambar penyu di sini.
Selepas banjir besar melanda dua tahun lepas kot, Taman Negara Pahang juga terjejas teruk. Namun begitu hutan hujan berusia 130 tahun ini masih berbaloi untuk dilawati. Kuala Tahan menjadi pintu masuk utama untuk ke jambatan gantung, menyelusur sungai dan trek mendaki Gunung Tahan.
Apa yang boleh dibuat di sini? Boleh jungle trekking, ada canopy walkway setinggi 45 meter yang terpanjang di dunia, pokok-pokok besar berusia ratusan tahun, beburung, melawat perkampungan orang asli... Jika bernasib baik dapatlah melihat bunga rafflesia.
Kalau nak jalan sendiri di Bukit Terasek tu boleh jer unless if you want to go deep into the jungle kenalah hire tour guide. Karang sesat jenuh cari. Kalau jumpa takpe tetapi kalau tak jumpa? Jadi Mowgli lah korang hahah... Jika berhajat nak mandi dan selfie tanpa photo bomb di Lubok Simpon datang pepagi. Boleh berendam sampai kecut.
Jangan berprangsangka bahawa untuk ke Taman Negara ini hanya boleh dengan tour package sahaja, DIY pun boleh. Kos paling tinggi melibatkan perjalanan menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Tembeling dan boat ride sahaja. Jangan juga tak tahu ada guest house di sana lengkap wi fi tau (dah korang nak bagi latest update kat followers khennn...). Time balik boleh santai santai je naik bas ke Jerantut sebelum naik bas lain ke Kuala Lumpur. Yukenduit!
13) Air Terjun Chamang, Bentong
Air Terjun Chamang berada dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Tinggi di daerah Bentong. #DekatJe dari Kuala Lumpur. Jarak dari Jalan Tras yang terletak dalam laluan Lebuhraya Gua Musang menuju ke air terjun ini ialah sekitar 8km.
Air Terjun Chamang merupakan sebuah pusat rekreasi dengan jumlah pengunjung tertinggi bagi negeri Pahang. Cantiknya air terjun ni...kawasannnya yang luas membolehkan ramai pengunjung berkelah dan mandi-manda serentak. Terasa rasa air tu terhempas di badan. Air Terjun Chamang dan semua kawasan rekreasi di sini akan ditutup kepada pengunjung ketika musim tengkujuh untuk mengelakkan tragedi kepala air yang berbahaya.
Tengoklah gambar air terjun ni... teruja nak pergi.
Sumber di sini.
14) Tasik Chini
15) Pulau Tioman
Terletak di Laut China Selatan 56 km dari pantai timur semnanjung Malaysia, sebuah pulau yang dilitupi hutan hujan dengan pantai panjang memutih, Pulau Tioman seperti dikatakan digambarkan ibarat syurga oleh penggemar sun, sand and sea. Airnya yang suam lagi jernih menjadi tempat pembiakan terumbu karang yang cantik.
Tasik Chini yang berkeluasan 12,565 ekar ialah tasik air tawar yang kedua terbesar di Malaysia. Ia adalah gabungan 12 tasik yang mengalirkan airnya ke Sungai Pahang melalui Sungai Chini.
Tasik Chini berstatus UNESCO Biosphere Reserve selain Banjaran Crocker di Borneo. Sungai Chini diempang untuk mengekalkan paras air di musim kemarau malangnya ia juga mengganggu sistem ekologi di sana dimana banyak pokok mati akibat paras air yang tinggi.
Tasik ini dihuni oleh orang asli dari suku kaum Jakun. Hutan di sini kaya dengan 138 spesis bunga-bungaan, 300 kehidupan bukan akuatik dan 144 spesis ikan air tawar. Ada berapa puluh ribu ikan agaknya dalam tasik tu? Kalau memancing seekor pun tak sangkut tak dapeklah nak nolong. Takde rezekilah tu.
Waktu paling menarik untuk ke sini ialah diantara bulan June hingga September kerana tetiba je transform menjadi taman terapung dengan berkembangnya bunga teratai putih dan merah jambu. Menarik ni weh. Nak tengok tulip di Shanghai pun sanggup menunggu kan?
Terletak di Laut China Selatan 56 km dari pantai timur semnanjung Malaysia, sebuah pulau yang dilitupi hutan hujan dengan pantai panjang memutih, Pulau Tioman seperti dikatakan digambarkan ibarat syurga oleh penggemar sun, sand and sea. Airnya yang suam lagi jernih menjadi tempat pembiakan terumbu karang yang cantik.
Digelar sebagai salah satu daripada 10 pulau yang tercantik di dunia, Pulau Tioman menawarkan keindahan alam dengan penginapan pelbagai jenis untuk pelbagai peringkat pelancong. Ia boleh dikunjungi dengan jalan air atau udara.
Sumber di sini.
Sewaktu musim monsun dari bulan Oktober hingga Februari ada resort yang ditutup kepada pengunjung. Tak semua ya. Time cuti raya Cina penuhlah semula tu.
16) Gunung Tahan
Gunung Tahan setinggi 2,187 meter merupakan gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia.
Kaki hiking dan climbing meh la panjat Gunung Tahan ni. Pihak taman negara dah bagi amaran kalau sanggup turun naik gunung, menyeberangi sungai, berjalan jauh (ingat tu ada beg berat di belakang) dan berkhemah boleh cuba memanjat kerana gunung ini antara gunung yang mencabar untuk didaki. You have to be mentally and physically fit.
17) Santuari Gajah di Kuala Gandah
Santuari gajah di Kuala Gandah ini menempatkan gajah-gajah yang cedera atau tidak diingini lagi oleh pemiliknya kerana tidak lagi mampu 'bertugas'. Keadaan di sini lebih baik kerana gajah-gajah tersebut mendapat perhatian yang sewajanya daripada penjaga dan lebih hampir dengan habitat asal.
Di santuari yang hanya mengharapkan derma daripada orang ramai ini, kita diberi peluang untuk memberi makan mamalia terbesar itu dan dapat juga memandikan anak gajah di sungai. Juga, terdapat pertunjukan dimana sejarah gajah yang diselamatkan ini diperdengarkan.
18) Muzium Sungai Lembing
Sungai Lembing pada 1920 - 1950an merupakan kawasan galian bijih timah yang kedua terbesar di dunia selepas Bolivia, menjadikannya bandar terkaya dengan pengeluaran bijih timah di negeri Pahang. Ia juga mempunyai kolong-kolong yang panjang dan dalam sehingga 1,400 ke 2,000 kaki sehingga dikatakan terdalam jika dibandingkan dengan lombong-lombong bijih timah lain di Asia Tenggara. Ia ditutup pada tahun 1986 kerana kos operasinya yang tinggi dan kejatuhan harga bijih timah.
Muzium Sungai Lembing mula menerima pengunjung pada tahun 2001. Lebih 100 peralatan berkaitan perlombongan bijih timah dipamerkan dan pasti mengimbau kembali nostalgia kegemilangan bijih timah di Malaysia dan Pahang khususnya . Antara yang menarik ialah diorama dalam lombong bawah tanah dengan cahaya suram, suasana jijik dan kotor serta rel dan gerabak keretapi yang digunakan dalam lohong bawah tanah.
Muzium ini berada 200 meter di atas bukit. Lawatan akan dimulakan dengan menaiki "keretapi lombong" menuju ke dalam terowong yang 80 meter saja panjangnya. Jadilah kan, dapat juga merasa. Bahan pameran kesemuanya berkaitan dengan aktiviti perlombongan di zaman kegemilangannya.
Di muzium ini (terowong) ada satu tempat yang dinamakan Lubang Sejuta Ringgit. Kenalah pergi ke sana kalau nak tahu kenapa digelar sedemikian.
Muzium Sungai Lembing
Jalan Muzium
26200 Sungai Lembing
Pahang, Malaysia
Telefon: +60 9-541 2378
19) Air Terjun Pelangi di Sungai Lembing
Dinamakan "pelangi" disebabkan pelangi yang cantik dan selalu ada di sana..
Perjalanan dari bandar ke hiking trail mengambil masa kira-kira sejam. Hiking pula 45 minit lagi. Jika hendak melihat pelangi tanpa gangguan silalah naik ke air terjun tu awal pagi ya. Seloknya pakai kasut "Adidas kampung" kerana getahnya bagus. Dia grip mantap punya semasa memanjat dan menyusur sungai.

Sebenarnya jika tanpa pelangi sekalipun pemandangan d atas tu sangat cantik dan menenangkan.
20) Makan makan?
Jangan tak cuba sambal bilis belimbing, gulai tempoyak ikan patin, gulai keladi, pais ikan, seafood di Tanjung Lumpur dan lain-lain. Gulai ikan patin tu check harganya dulu sebelum makan tau... tergadai gelang emas nanti.
Banyaknya tempat menarik di Pahang ni kan? Baru sebahagian je ni. Jika perlukan maklumat lanjut jangan malu jangan segan sila telefon pejabat di bawah ini:
Tourism Pahang
Bangunan JKR 300, Jalan Masjid
25000 Kuantan
Pahang
Tel : +609 5171623/24
Faks: +609 5171626
Emel: pahangtourism2015@gmail.com
pkbf2006@yahoo.com
www.pahangtourism.org.my
www.pkbf.gov.my
Tourism Information Centre
Jalan Mahkota
25000 Kuantan
Pahang
Tel : +609 5161007
Faks: +609 5158414
Tourism Malaysia Pahang
Lot G-01, Bangunan Mahkota Square
Jalan Mahkota
25000 Kuantan
Pahang
Tel : +609 5177111
Faks: +609 5177114
Emel: mtpb.pahang@tourism.gov.my
1 Comments
Superb post however , I was wanting to know if you could write a litte more on this subject?
ReplyDeleteI'd be very grateful if you could elaborate a little bit more.
Appreciate it!
Feel free to leave your comment below. Thank you.