16 Tempat Menarik Di Kuching, Sarawak



16 Tempat Menarik Di Kuching, Sarawak | Sarawak mempunyai tarikan alam yang sangat berharga. Hutan, gua, hidupan liar, gunung dan pantainya merupakan tarikan utama. Negeri ini menerima kehadiran pelancong asing yang tinggi kerana mereka sukakan alam semulajadi yang menjadi 'trademark' Sarawak.


Berkeluasan 124,000 km persegi, penduduknya hanyalah 2.5 juta dengan 27 suku kaum. Lima peratus daripada kawasan Sarawak diklasifikasikan sebagai Kawasan Lindungan (Totally Protected Areas) yang meliputi 25 taman negara, 8 hutan simpan dan 4 santuari hidupan liar.

Kuching yang menjadi ibu negeri ialah sebuah kota yang sibuk dan dilengkapi dengan bangunan moden dan lama sejak zaman kolonial Inggeris lagi. Astana, yang dulunya menjadi kediaman White Rajah dan Fort Margaritha yang dibina untuk mempertahankan diri dari lanun merupakan antara bukti penjajahan tersebut.

 Astana

Sarawak state assembly building

Nak buat informasi tentang tempat menarik di Sarawak as a whole banyak sangat jadi kita fokuskan kepada Kuching dululah ya. Kuching bukan setakat ada kek lapis dan Serikin aje ye... banyak sangat tempat untuk dilawati. Aku nak bagi informasi dan cadangan supaya awak semua mudah membuat rancangan melancong. Kalau nak tahu tentang Mukah dan Sarikei boleh gunakan butang search di atas. 

Last week Air Asia buat sale zero fare lagi, dapat tak? Sadly to say, aku tak dapat. Masa aku di KK tu tak tahu kenapa tak boleh book lansung dan aku taklah excited sangat sebab tempoh perjalanan sehingga Mei 2017 sahaja, tak syok bercuti jika otak memikirkan anak nak exam.. anak nak exam.. aku je yang fikir, dia tak kisah pun hehe..


10 Tempat Menarik Di Kuching, Sarawak

1) Masjid Negeri



Sejarah pembinaannya bermula pada tahun 1847. Diperbesarkan sedikit demi sedikit demi keselesaan jemaah kemudiannya diruntuhkan dengan bom di tahun 1967 untuk pembinaan masjid yang lebih selesa dan menarik.

Berada di tengah bandar Kuching, kita boleh berjalan kaki saja dari waterfront tu (meleleh foundation wakkk hahah...). Insaf sekejap datang sini sebab dipenuhi kubur disekelilingnya.


2) Bako National Park
Berada 37km dari bandar Kuching, Bako National Park seluas 2,727 hektar di penghujung semenanjung Muara Tebas telah digazetkan sebagai taman negara semenjak tahun 1957 lagi menjadikannya taman negara yang tertua di Sarawak.

Hutan hujan dengan 25 jenis tumbuh-tumbuhan untuk melengkapkan tujuh jenis hutan, hidupan liar dan 18 trek untuk berjalan dan mendaki membuatkan taman negara ini sangat menarik. Bagi yang adventurous boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai trek dan denai di www.sarawakforestry.com . Penginapan juga disediakan di sini.

Untuk ke BNP kita perlu menaiki bot dari jeti Kampung Melayu Bako. Di sini pun ada homestay dan terkenal dengan produk belacannya.


3) Damai Beach, Santubong
Tempat beristirehat berhampiran Sarawak Cultural Village. Komen yang aku baca: bilik luas, harga berpatutan dan staf yang ramah. So apa lagi... book lah! Tetapi agak jauh dri bandar ya.


4) Perkampungan Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village)
Sarawak memiliki 27 etnik yang hidup bertoleransi sejak ratusan tahun dahulu. SCV berada di kaki Gunung Santubong yang terkenal itu merupakan tempat untuk kita belajar secara pantas tentang budaya kaum-kaum utama di Sarawak.

Bentuk rumah mereka, cara hidup, kraftangan seperti kain Puan Kumbu dan tambok Bidayuh antara yang dipamerkan di sini. Kita juga akan dipersembahkan dengan persembahan budaya selama 45 minit setiap hari. Kena semaklah pukul berapa ia bermula, kalau terlepas rugi ler... sure ada yang berkenan dengan seorang penari tu, tersenyum manis jer sepanjang persembahan.

SCV juga merupakan lokasi untuk World Harvest Festival dan Rainforest World Music Festival yang gah tu. Bilalah dapat menonton RWMF ni eh? 




5) Semenggoh Nature Reserve
Tempat ini merupakan harapan kedua bagi orang utan yang kehilangan tempat tinggal, yatim dan diselamatkan dari pemburuan haram. Makhluk istimewa ini dilatih untuk hidup sendiri oleh warden yang berpengalaman sebelum dilepaskan ke habitat asalnya.

Elok datang waktu orang utan ini diberi makan iaitu antara 9.00-10.00 pagi dan 3.00-3.30 petang. Kekadang orang utan yang sudah dilepaskankan pun akan datang semula untuk mendapatkan makanan. Jika ada telephoto lens lebih bagus kerana adakalanya mereka tak mahu turun bila ramai 'peminat' datang.

Selain itu Semenggoh Nature Reserve juga menjadi tempat untuk melihat beburung ini : Yellow-rumped Flowerpecker, Bornean Black-magpie, Long-billed Partridge, Red-bearded Bee-eater, Red-naped Trogan, Scarlet-rumped Trogon, Rufous-backed Kingfisher, Rufous-collared Kingfisher, Banded Kingfisher, Red-crowned Barbet, Red-throated barbet, Malaysian Honeyguide, Rufous Piculet, Hooded Pitta, Banded broadbill, Green Broadbill, Blue-winged Leafbird, Asian paradise Flycatcher, Crested jay, Reddish Scops Owl, Brown Hawk Owl, Sunda Frogmouth & etc.

Alamat:
Semenggoh,
Kuching
Waktu Beroperasi:
0800 hrs to 1700 hrs
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
SARAWAK FORESTRY
Tel: +6092-610088 (General Line) 1-800-88-2526 (Toll Free Line)
Fax: (+6) 082 610099
Website: www.sarawakforestry.com
Email: sarawakforestry
Bako National Park / Bako Terminal
Tel: 6082 360933
Bagaimana untuk ke SNR?
Dari Kuching sila naiki bas Sarawak Transport Company bus No. 6 yang akan berhenti di hadapan pintu utama kemudian berjalan kaki selama 20 minit untuk ke SWR. Bas terakhir ke Kuching pada pukul 5 petang. Jika mahu menaiki teksi sila dapatkannya dari hentian teksi Kuching. Teksi di Kuching ni dok setempat je.

6) Fairy Cave & Wind Cave
Aku cadangkan at least once in a lifetime pergilah masuk gua. Bukan gua yang semak samun kat kampung tu tetapi show cave yang banyak di Malaysia ni. Beribu pelancong asing melawat khazanah berharga yang kita ada tetapi kenapa kita boleh buat dekkk aje? 

Terdapat dua gua yang terkenal di Kuching dan biasa termasuk dalam half day tour para pelancong yang adventurous. Fairy Cave atau Gua Pari (di-Melayukan betul bunyinya heheh) terletak di Bau, kira-kira 40km dari bandaraya Kuching. Untuk sampai ke main chamber kita perlu menaiki tangga konkrit setinggi bangunan empat tingkat. Walaupun di dalamnya agak gelap tetapi kita tak perlukan lampu suruh sebagi bantuan pencahayaan. Di sini nanti dapatlah kita melihat stalagtit dan stalagmit yang pelbagai bentuk. Menarik.


Manakala Wind Cave pula hanya 10 minit memandu dari Fairy Cave. Kita memerlukan torchlight semasa berjalan atas plank tu nanti. Di sini banyak kelawar dan burung walit. Di dalamnya sejuk, mungkin sebab itu dinamakan Wind Cave kot.

Gua-gua ini dibuka dari 8 pagi hingga 4.30 petang dengan bayaran masuk hanya RM1. Kebiasaannya lawatan ke kedua-dua gua ini mengambil masa empat jam dengan caj bermula dari RM100 seorang.

Sumber di sini.

Sumber google.


7) Muzium Sarawak
Muzium biasalah... menyimpan barang lelama untuk tatapan generasi kini. Masa aku melawat tahun lepas aku rasa sama je susun aturnya seperti zaman aku kekecik dulu. Di bahagian luarnya ada akuarium ikan tetapi rasanya ada terbaca berita yang mengatakan ia akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan.

Di belakang muzium ini ada kawasan lapang dan tugu peringatan, the Heroes Monument. Dekat je... boleh berjalan kaki dari Padang Merdeka.




8) Sarawak Orchid Garden

Sumber di sini.

Taman Orked Sarawak ini mengumpulkan 75,000 orked daripada 82 spesis. Selain “Normah Orchid” Phalaenopsis Bellina yang dinobatkan sebagai bunga negeri pada 1983, antara jenis orked Borneo yang paling terkenal ialah Ladys’ Slipper (Paphiopetilum Saderianum) yang berwarna hijau-hitam, Bulbophyllum Beccarii - berbau busuk dan Vandal Dearei - orked yang berbau wangi.

Lokasinya di seberang Sungai Sarawak bertentangan Kuching Waterfont berdekatan Astana dan Fort Margaritha. Tambang singgit je naik bot penambang. Dibuka setiap hari kecuali Isnin.

Taman Orkid, Kampung Istana
93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
Phone:+60 82-446 688


9) Annah Rais Hotsprings & Bidayuh Longhouse

Sumber di sini.

Kolam air panas ini sangat unik kerana berada di tengah sungai, sejuk dan panas di satu tempat. Terdapat tiga buah kolam di sini, yang paling kanan terpanas. Ia hanya 10 minit berkereta dari rumah panjang Bidayuh Annah Rais.

Kedudukannya taklah jauh sangat dari Kuching.. tak sampai sejam drive, menghampiri sempadan dengan Indonesia. Tiket dewasa RM5, kanak-kanak RM3.

Kampung Annah Rais
Padawan, Kuching.


10) Jong's Crocodile Farm & Zoo

Inilah ladang buaya yang terbesar di Malaysia. Selain buaya kita boleh melihat sendiri hidupan liar lain seperti spesis burung yang hanya dijumpai di Pulau Borneo, monyet, leopard-cats, sunbears, bear cats, pheasants, civets, barking deers, sambar deers, turtles, fruit bats, monitor lizards, pythons dan juga southern cassowary.

29Km Kuching-Serian Road
93250 Kuching.

Waktu operasi: 
Setiap Hari 9.00 pagi - 5.00 ptg

Waktu Diberi Makan:
11 pagi dan 3 ptg

Harga Tiket:
Sarawakian Adult: RM12.00
*Sarawakian Children: RM6.00

Adult: RM22.00
*Children: RM11.00

*Children (3-12 years old). Matilanakkk... orang semenanjung kena bayar harga foreign tourist.


11) Mural Orang Utan


Street art inipun hasil kerja Earnest Zacharevic’s yang melukis mural di George Town, Penang tu. Lukisan lapan ekor anak orang utan dalam kereta tolak (wheelbarrow) dan seekor sedang bergayut pada paip sangat menarik. Di lukisan yang seekor tu ada paku jadi bolehlah nak gantung pisang ke kamera ke... apa apa lah mengikut kreativiti memasing.


Lokasinya? Di Jalan Power, bersebelahan pasar terbuka dan India Street.



12) Kuching Wetland National Park

Ia sebahagian daripada Sarawak Mangrove Forest Reserve yang dahulunya sangat luas. Untuk sesi lawatan yang kebiasaannya mengambil masa setengah hari, kita perlu menggunakan khidmat tour operator kerana kena naik bot.


Kita akan dibawa ke Salak River sebelum memasuki anak sungai yang lebih kecil di dalam kawasan taman negara tersebut. Ada pengendali bot yang akan berhenti perkampungan nelayan Pulau Salak manakala yang lain meneruskan perjalanan ke Santubong and Salak river estuaries mencari Irrawady dolphin. Nasib nasiblah nak berjumpa ikan lumba-lumba tu..


13) Matang Wildlife Centre

14) Kedai Kek Lapis & Ikan Terubuk Masin

Inilah speciality Sarawak selain Laksa Sarawak, tebaloi, sayur midin dan ulat sagu. Banyak dijual di bandar Kuching tetapi ramai yang lebih suka naik bot menyeberangi sungai Sarawak tu. Orang nampak kedai tepi sungai tu aje... di belakang masjid pun ada, terkenal juga pengusaha tu.

Kalau berpeluang beraya di Sarawak silalah cuba makan kek lapis home made tu sampai cemuih. Dedulu mereka hidangkan kesemua kek yang mereka buat sebiji sebiji atas meja. Masa kekecik aku malu... sekarang ni kalau mereka hidang macam tu lagi aku makan je sampai puas hahahha... rugilah kalau malu weh.

Untuk mengetahui 12 hidangan popular di Sarawak sila klik di sini.



15) Pasar Serikin

Sumber di sini.

Sumber di sini

Melancong tanpa shopping bukan orang Malaysia lah kan heheh.. boleh meroyan diorang kalau dalam itinerary takde aktiviti shopping.

Jika berada di Kuching di hujung minggu silalah buat lawatan ke Serikin di daerah Bau (disebut Bauk). Ia terletak di sempadan Indonesia dengan para penjual kebanyakannya dari Pontianak, Indonesia. Pontianak berkedudukan hampir dengan garisan khatulistiwa so expect peluh akan menyimbah jika membuat lawatan tapak di tengahari ya.

Banyak barang dah naik harga dan jangan juga sangka semuanya lebih murah dari yang dijual di bandar Kuching. Aku rasa berbaloi beli oven hijau yang banyak digunakan untuk membuat kek lapis tu.

Hanya sejam perjalanan dari Kuching, ia dibuka seawal pagi Sabtu dan tutup tengahari Ahad. Parking RM2.


16 ) Tasik Biru


Bau Lake atau Tasik Biru terletak di pekan Bau, berhampiran Serikin. Sungguh nostalgia tasik ni, tempat berkelah dan mandi-manda waktu kekecik dulu. Dulu di tahun 1980an pemandangannya sangat cantik dengan warna air biru kehijauan.

Tasik Biru adalah tasik yang terhasil akibat perlombongan emas sekiatr 1898-1921. Dahulunya dikenali sebagai Tai Parit Mine yang dioperasikan oleh Borneo Company. Aku tak berapa pasti keadaannya sekarang tetapi dahulu ada jambatan dan papan anjal untuk terjun tiruk.

Ditutup pada tahun 1990 kerana berlaku kerja-kerja perlombongan emas kembali di bahagian tepi dan dasar tasik sebelum dibuka semula pada tahun 2009 dengan fasiliti yang lebih baik. Sejak ditutup tu Bau dah hilang seri, tak meriah seperti dahulu di hujung minggu.

Kajian berkala yang dibuat menunjukkan air tasik ini tinggi kandungan arsenik yang membuatkannya tidak sesuai untuk diminum. Maknanya kalau selalu berenang dan menyelam tidak bolehlah, setakat selam kaki sekala sekala takde hal. Kandungan arsenik sebenarnya ada je dalam seafood tapi tak tinggi berbanding air bawah tanah.

Setakat ini hanya Bau Jong Regatta - perlumbaan kapal layar mini - yang diadakan sejak 1950 sahaja dibuat setiap tahun di sini.


Cukuplah tu dulu... korang nak bercuti 4 hari 3 malam je kan? Yang belum book tiket tu sila ke website Air Asia. Malaysia AirlinesMalindo Air dan Fireflyz  kerana penerbangan setiap hari ulang-alik KUL-Kuching. Yang nak book bilik pi klik kat website Agoda.com kat atas tu.

Negeri yang paling banyak daerah = Sarawak.
Negeri yang paling banyak airport = Sarawak.
Negeri yang paling banyak etnik = Sarawak.
Negeri yang paling banyak gua = Sarawak.
Negeri yang paling panjang sungai = Sarawak.
Negeri yang paling banyak tempat percutian = Sarawak.
Dan yang paling best, negeri yang tiada toll = Sarawak.

I love Sarawak.


Nota:

Nak tahu tentang Homestay Kampung Mongkos boleh baca di sini.

Nak tahu tentang Homestay Kampung Melayu Tebekang boleh baca di sini. Dua-dua dia Kuching.




Post a Comment

9 Comments

  1. Tq utk info2..Mena ka sikda tol..ariya kmk pg samarahan kna byr toll xigt brp rm..😅😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ktk k jln apa ya? Tol semua xda gik koh. Nait feri jak msh byr...ya pun dh murah juak. Rm1 jak utk kenderaan..motosikal free

      Delete
  2. Hehehe.... walaupun dlahir dan dibesar dimalaya saya tidak malu mengaku i am bidayuhrian... hahaha
    Love sarawak...

    ReplyDelete
  3. Tak perlu MALU... berbangga lah... saya bangga siapa saya....saya juga bangga di Malaysia kita ada banyak kaum... termasuk anda... dan saya bangga ada anda sebagai sebahagian dari Malaysia...

    ReplyDelete
  4. Kenapa mesti MALU....berbangga lah kerna anda adalah Bidayuh... saya bangga ada anda sebagai sebahagian dari kaum di Malaysia tercinta...

    ReplyDelete
  5. Memang rugged arr.. mom sorang ni! Nang antop

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.