STAR WARS | REPLIKA LEGO MILLENNIUM FALCON TERBESAR DI LEGOLAND MALAYSIA !




STAR WARS | REPLIKA LEGO MILLENNIUM FALCON TERBESAR DI LEGOLAND MALAYSIA ! 

Something VERY interesting from Nusajaya, Johor ! Dengar bebaik peminat Lego, Legoland dan Star Wars ya. Kalau terlepas event ni mau menangis kat bucu katil nanti.

Bermula 30 April hingga 2 Mei lalu pasangan Master Builder anak-beranak dari Lego Group Dan dan Chris Steininger dengan bantuan tetamu Legoland Malaysia telah membina replika kapal angkasa terbesar “LEGO Millennium Falcon menggunakan lebih daripada 200,000 “bata” LEGO. Pada 3 Mei ‘bata’ terakhir dipasang pada kapal angkasa ikonik tersebut oleh Master Builders bersama-sama tetamu VIP yang diundang. Ohmaiii…tak sangka dapat tengok depan mata sendiri secara live. Dapat melihat spaceship yang terbesar di ‘angkasa raya’ satu hal, dapat menemuramah Dan dan Chris lebih istimewa lagi J

Pasangan ayah-anak ini telah menghabiskan 30 jam dalam 3 hari untuk menyiapkan spaceship yang terbesar dalam galaksi. Beruntunglah keluarga yang berada di Legoland pada waktu tersebut dapat bersama-sama terlibat membantu membina kapal angkasa bersama penciptanya sendiri. Replika tersebut bersaiz 16 kaki (4.8m) dan 12 kaki (3.6m) lebar. Saiz ikonik bata 2x4 perlu diganda dua untuk menyiapkan LEGO Millennium Falcon tu.

LEGO Millennium Falcon akan dipamerkan sepanjang Mei ini di LEGOLAND Malaysia.

 
Kanak-kanak mesti kenal Abang Naz. Nazrudin Rahman menjadi emcee pada hari tersebut. Satu beg LEGO limited edition dia hadiahkan untuk hadirin yang berjaya menjawab soalan dengan betul.








Dan dan Chris bersama LEGO Millennium Falcon ciptaan mereka. Membina sesuatu yang besar seperti LEGO Millennium Falcon ini bukan sahaja perluka idea malah pemahaman kejuruteraan.




APAKAH KEISTIMEWAAN LEGO STAR WARS DAYS 2016?


Star Wars event di Legoland Malaysia adalah acara tahunan yang sentiasa diperbaiki dan ditambah aktivitinya setiap tahun. Pada tahun ini ia diadakan sepanjang Mei dengan tema ibubapa-anak. Selain perarakan oleh 501st Legion, tahun ini kita dipersembahkan dengan LEGO Millennium Falcon yang terbesar di dunia dan TIE Fighter. Peminat Star Wars faham sangatlah benda benda ni.

Para tetamu juga berpeluang untuk bertemu father-son Master Builder dari LEGO Group dari Amerika Syarikat, Dan dan Chris Steininger. Hebat mereka ni. Tak sombong dan selamba je.










PROMOSI SEMPENA HARI LEGO STAR WARS DAYS 2016

a)  Sepanjang Mei ini kanak-kanak berumur dibawah 12 tahun yang datang lengkap berpakaian memana karakter Star Wars diberi peluang memasuki taman tema Legoland secara PERCUMA. FREE. Aiyoo best ! Syaratnya, hadik hadik ini hendaklah diiringi oleh orang dewasa yang telah membeli 1 Day Theme Park ticket, 1-Day Combo ticket atau 2-Days Combo ticket. Itu saja syaratnya.

b)   Tetamu yang datang pada setiap Sabtu dan Ahad di bulan Mei ini juga berpeluang membina edisi terhad LEGO Millennium Falcon mereka sendiri di LEGO Academy. Bagaimana caranya?

Tetamu yang hadir hanya perlu ke LEGO Academy dan patuhi arahan bagaimana untuk membina Mini LEGO Millennium Falcon mereka sendiri. Tempat adalah terhad, pastikan dating awal pagi pada Sabtu dan Ahad Mei ini.

c)  Commemorative LEGO Duplo brick akan diberi kepada keluarga yang melengkapkan Star Wars Activity Trail, dengan melengkapan LEGO Star Wars Days activities. Set bricks/bata tu terhad ye, siapa cepat dia dapat.

d)   “Build Your Dream LEGO Star Wars Starship social media contest. Bagaimana nak join eh?
Sila ke facebook LEGOLAND Malaysia Resort untuk mengetahui mengenai pertandingan ini. Peserta mesti dalam team mak ayah-anak, tak kira umur berapa pun, perlu menghantar imej ciptaan mereka yang menggunakan bata LEGO asli (yang kedai 2 ringgit punya tak nak eh) bersama base plate di bahagian komen pos tersebut. Ia mesti dihantar dalam format berikut:

1.       Poskan imej TERBAIK kreasi LEGO anda dalam format JPEG.
2.       Tajuknya sekali. Nak LIMA perkataan sahaja.
3.       Letak nama builder sekali, mak ayah & anak
4.       Deskiripsi sebanyak 50 patah perk 
5.       Gunakan hashtag #MASTERYOURFORCE dan #LEGOStarWarsDays

Senangkan? Hadiahnya seperti mini LEGO Millennium Falcon yang ditandatangani oleh Master Builder duo, Dan & Chris, dan park tiket. Best oo.. kalau dapat signature of the Master Builder duo. Hanya satu dalam dunia Master Builder anak-beranak, ekslusif! Tapikan, bukan peminat Star Wars Malaysia sahaja yang menyertainya, peminat dari Hong Kong, Taiwan, Indonesia dan Singapore pun mencuba nasib.

Dah dah.. pergi buat cepat! Contest ini bermula 21 April dan berakhir 8 Mei 2016. Sempat lagi ni..


PENTING !

Selain replika LEGO Millennium Falcon terbesar, pada 7-8 Mei ini ada acara yang lebih besar dan menarik dimana kita akan menyaksikan 501st Legion Imperial March costumers parade dengan 90 costumers, pembinaan dua replica LEGO gergasi TIE Fighter oleh Master Buiders Legoland Malaysia  dan pengumuman keputusan pertandingan My Own Creation (MOC) pada 8 Mei 2016 jam 3 petang.

Pesan Dan Steininger, LEGO is about creative, don’t keep it.


LEGOLAND
7, Jalan Legoland
Medini
79100 Nusajaya
Johor
Malaysia
Tel:+60 7-597 8888
www.legoland.com.my


MASTER YOUR FORCE TOGETHER THIS MAY


**Selain day trip, tetamu boleh menginap di Hotel Legoland yang mana bilik-biliknya dihias berlainan tema tapi biasalah, kalau lambat book, penuh. Alternatifnya boleh stay di Somerset Medini. Dekat jer… boleh berjalan kaki lenggang kangkung ke Legoland. Buffet lunch and dinner at Bricks Restaurant, Legoland Hotel, SANGAT sedap okay. 


Post a Comment

0 Comments