Somerset Medini | Home Away From Home | Welcome home! Itulah yang tertulis di kad akses. Masuk je wowww... kiutnye apartment ni.
Apartment servis Somerset di Medini, Nusajaya, direka untuk kehidupan yang sibuk dan serba pantas. Kemasan yang digunakan berkualiti tinggi dengan keluasan ruang yang sesuai untuk tinggal bujang atau bekerja.
Apartment ini LENGKAP dengan kemudahan memasak. Segala senduk, sudip, pembuka tin susu dan sebagainya disediakan, kain buruk yang masih baru pun ada.
Di ruang bertentangan pula ruang bekerja dan tempat menggantung baju. Bath robe pun ada... bolehlah digunakan semasa turun ke swimming pool. Safety box juga ada jadi takdelah risau sangat nak tinggalkan barang berharga bila kita keluar.
Infinity pool tu walaupun tak berapa besar tapi aku suka sebab menghadap Hotel Legoland dan cuma berkedalaman 1.2m. Aku takutlah kalau dalam sangat. Perenang amatur lagi ni. Masa aku mandi sensorang tu tiada life guard tetapi guard yang di lobi tolong tengok-tengokkan dan seorang lagi datang ke pool tu tolong jagakan. Mandi sensorang ni takut juga manalah tahu lemas ke kan? Masa aku buat 'dolphin' pun dah cramp sebelah kaki. Ini kes tak warm-up sebelum berenang.
Aku cuma breakfast sahaja di sini. Walaupun tempat sarapan sementara tu macam dewan orang ramai hahahha.... tapi makanannya semua sedap. Di kedua-dua hari tu aku test hampir kesemua makanan dari nasi lemak, bubur, kuih manis, kuih pedas dan lain-lain semuanya secukup rasa. Dua hari dengan dua kumpulan hidangan berbeza. Kalau kurang pun kopi je lah kot, kurang kaw. Lagi satu aku suka kuih-muihnya dihidang dalam saiz kecil untuk mengelakkan pembaziran. Rasa geram je bila ternampak orang buang rezeki nih. Duit banyak botingkek-tingkek pun kalau Allah tak rezekikan kita dengan makanan untuk hidup takde makna. Sama-samalah beringat ya.
Fully equipped kitchen.
Nak ke Legoland hanya 7 minit berjalan kaki.
Beruntungnya kali ini dapat melihat matahari terbit setiap pagi dari bilik. Subhanallah cantik sangat. Untuk melihat pemandangan sunrise seindah ini minta apartment yang tidak menghadap Legoland.
Apartment ini baru sahaja beroperasi Februari lalu jadi semuanya ibarat baru keluar dari oven. Panas dan menyelerakan. Yang agak kureng katilnya kecil, saiz single (for twin sharing room) sama seperti yang biasa digunakan di rumah bukan jenis super single seperti di kebanyakan hotel. Kalau tidur berdua dengan anak mau sorang terjun atas lantai heheh..
Best kan? Bilik yang selesa diuruskan Ascott, ada sound system Sony dalam bilik, ada infiniti pool, gimnasium dan breakfast sedap ini disewakan dengan harga bermula daripada RM288 semalam.
SOMERSET SERVICE RESIDENCE
Lot 5 Jalan Medini Utara 4
Medini Iskandar
Medini
79200 Nusajaya
Johor
Malaysia
Phone:+60 7-560 5555
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.