Panduan Lengkap Cara Jimat Ke KLIA & KLIA2



Panduan Lengkap Cara Jimat Ke KLIA & KLIA2 | Di lembah Kelang terdapat empat lapangan terbang yang digunakan untuk pengangkutan udara. Bermula dengan di Sungai Besi kemudian berpindah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Apabila LTSAAS sudah melebihi kapasiti kemampuannya maka Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dibina manakala KLIA 2 diadakan khas untuk kegunaan penerbangan tambang murah. KLIA2 is the world's largest purpose-built terminal dedicated for low-cost carrier.

Dengan slogan "Now Everyone Can Fly" syarikat penerbangan tambang murah Air Asia telah mengubah persepsi masyarakat bahawa hanya golongan yang berkemampuan sahaja mampu menaiki kapal terbang. Masalahnya, adakah cara yang jimat dan murah untuk ke lapangan terbang KLIA dan KLIA2? Nak yang murah semurah tiket kapal terbang itu sendiri.. ada?


MARI BACA CARA JIMAT KE KLIA & KLIA2 DARI KL SENTRAL

Menaiki Bas
Menaiki bas adalah cara paling jimat tetapi memerlukan aturan masa yang betul. Berdoalah agar tiada traffic jam, road block ke.. Ada beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan bas dari KL Sentral terus ke KLIA dan KLIA2 seperti Airport Coach, Aerobus dan Skybus.

Aerobus menamatkan perjalanannya di KLIA. Jangan bimbang, boleh naik Airport Liner atau KLIA Transit dengan tambang serendah RM2 ke KLIA2.

Express Coach (KLIA - KL Sentral - KLIA)

No
ServicesRoutesFareOperation Time
(24 Hours)




Departure (Departs Every 30 Minutes)
1
Express CoachKLIA to / from KL SentralOne Way
Adult: RM10.00
Child: RM6.00

Return Trip
Adult: RM18.00
Child: RM10.00

KLIA Staff Rate:
RM5.00

Monthly Pass:
RM200.00 (KLIA Staff)
FROM KL Sentral
Start: 5.00am
End: 12.00am

Travelling Time:
1 hour
FROM
KLIA
Start: 6.30am
End: 12.30am

Travelling Time:
1 hour




Other Services

No
ServicesRoutesFareOperation Time
1
Airport Linerklia2 - KLIAOne Way
Adult: RM3.00
Child: RM1.50
FROM klia2
Start: 6.00am
End: 12.00am

Travelling Time:
30 minutes
FROM
KLIA
Start: 5.30am
End: 11.40pm

Travelling Time:
30 minutes
Nilai - KLIAOne Way
Adult: RM3.00
Child: RM1.50
FROM Nilai
Start: 5.00am
End: 11.20pm

Travelling Time:
45 minutes
FROM KLIA
Start: 5.30am
End: 12.30am

Travelling Time:
45 minutes

Tiket bas Nilai-KLIA2 RM4.50 sehala.

Untuk destinasi lain sila rujuk di www.klia.com.my 


Kelebihan menaiki bas ke KLIA/KLIA2:

- perjalanan terus tanpa henti mengambil masa kira-kira 1 jam 15 min. Biasanya sejam dah sampai.

- tempat menaiki dan menurunkan penumpang yang banyak. Selain KL Sentral hentian lain untuk menaiki bas ke airport ialah Paradigm Mall di Petaling Jaya, Premiere Hotel di Klang, Pusat Hentian Bandar Seksyen 14 di Shah Alam, Genting Highland dan 1Utama Shopping Mall (bergantung kepada syarikat bas).

- bas ada Wi Fi

- bas berlepas setiap 30 minit.

- tiket boleh dibeli di pejabat jualan tiket, di dalam bas dan secara online, malah Skybus boleh dibeli di dalam pesawat Air Asia.

- MURAH! Hanya RM10 saja sehala.

Peringatan
* Jika membeli tiket Skybus semasa menempah tiket pesawat Air Asia sila cetak itinerari dan invois sebagai bukti belian untuk ditunjukkan kepada pengendali bas. Begitu juga pembelian dari syarikat lain.
* Sila lihat jadual perjalanan di website rasmi syarikat bas terbabit seperti yang "di highlight-kan" (oh my english!). 
Airport Coach bermula seawal 5 pagi dan berakhir 12 tengah malam.
Skybus bermula seawal 3 pagi dan berakhir 10 malam.
Aerobus bermula seawal 2.30 pagi dan berakhir 10.45 malam.

Menaiki KLIA Express & KLIA Transit (Express Rail Link @ ERL)
Menggunakan perkhidmatan KLIA Express adalah paling efisien tetapi lebih mahal berbanding bas. Keretapi laju ini berhenti terus di dalam bangunan lapangan terbang. Perjalanan dari KL Sentral ke KLIA mengambil masa 28 minit manakala KL Sentral ke KLIA2 33 minit sahaja.

KLIA Ekspress inilah berdesup naik RM20 awal tahun hari tu... dari RM35 menjadi RM55. Walau bagaimanapun ia masih murah dan pantas berbanding teksi. Harga telah termasuk FREE wi fi. Bolehlah selfie dan update status bagi tau dalam perjalanan ke airport gittew. 

KLIA Transit pula berhenti di beberapa stesen untuk mengambil dan menurunkan penumpang. 



Jadual Perjalanan KLIA Express

KLIA Ekspres Schedule
Sila rujuk di sini untuk jadual perjalanan KLIA Express.

Frekuensi:
Setiap 15 minit di waktu puncak. Ahad-Jumaat 06:00-09:00, 16:00-22:00 
Setiap 20 minit di waktu lain. Ahad-Jumaat  05:00-06:00, 09:00-16:00, 22:00-00:00 
Sabtu sepanjang hari.
Setiap 30 minit di selepas tengah malam.
Tambang KLIA Ekspres
KE Fares
Tips Penjimatan Tambahan

- Diskaun tambahan 10% diberikan bagi pembelian tiket secara online, melalui mobile app atau kiosk layan diri. 

- Beli tiket pergi balik pun boleh jimat RM10. Return ticket laku sebulan dari tarikh belian.

- Warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang menunjukkan kad OKU akan diberikan diskaun 30% sehala.

- Dengan kad Touch N Go pun boleh dapat diskaun 10% sewaktu promosi.

- Sesetengah kad kredit juga memberikan diskaun sehingga 20% daripada harga tiket. Cuba semak newsletter yang dihantar tu.


Jadual Perjalanan KLIA Transit


KLIA Transit Schedule
Sila rujuk di sini untuk jadual perjalanan KLIA Transit.

Tambang KLIA Transit 
KT One-way Fares

Penjimatan 30% untuk warga emas dan pemegang kad OKU. Untuk harga istimewa lain boleh rujuk di sini.


NAK TAHU TIPS CARA PALING JIMAT KE KLIA/KLIA2 MENGGUNAKAN KLIA TRANSIT?

Sila naik KLIA Transit dari KL Sentral ke Salak Tinggi (RM18.30). Sesampainya di sana keluar, dan beli tiket lain ke KLIA/KLIA2 (RM4.90). Jumlah tambang baru RM23.20, jauh bezanya dengan RM55.00 ! Paling penting kena ambil kira waktu menunggu train selanjutnya selama 20 minit selain perjalanan dari Salak Tinggi ke airport itu sendiri.


Menggunakan Jalan Negeri
Jika ada banyak masa dan sanggup menghadap traffic lights, boleh cuba gunakan 'jalan belakang'. Dengan menggunakan KLCC sebagai starting point, gunakan highway BESRAYA dan jalan Putrajaya-Cyberjaya-Dengkil. Kos tol cuma RM1.30. (Tips dari Dan On The Road).

Sesuai ikut tips ini jika kita ada dihantar.


CARA JIMAT KE KLIA/KLIA2 DARI SEREMBAN
Kalau tadi aku dah tunjukkan perjalanan dari KL Sentral kali ni dari selatan pula. Seremban dekat je dengan airport di Sepang tu tapi jika menggunakan pengangkutan awam rasa macam duduk di ulu banat mana entah hahaha...

Jika mahu menggunakan perkhidmatan bas sila naik MyBas ke Nilai di Hentian Bas Terminal 1, Seremban. Bas tu sepatutnya ada pada setiap jam tapi malangnya tak semestinya begitu. Aku dah terkena... mujur masih awal jadi aku naik KTM Komuter.

Kemaskini Disember 2016
Sekarang ada bas Suasana Edaran dari Seremban-KLIA-KLIA2 tetapi anda perlu membeli tiket sehari awal kerana bas hanya akan masuk ke Hentian Bas Terminal 1 jika ada penumpang sahaja. Tiket dijual di kaunter 8 manakala bas akan berhenti di paltform 4 (tapi hari tu bas terpaksa masuk ke platform 3 sebab ada kereta park di platform 4 jadi kalau rasa was was ringankan mulut bertanya). Tiket juga boleh didapati di www.redbus.my .



Cara lain ke KLIA/KLIA2...

Dari Seremban naik KTM Komuter hingga ke Nilai. Masa yang diambil kira-kira 30 minit. Itu belum dikira waktu menunggu train lagi heheh.. Tambangnya RM3.50.. eh RM3.20 kot. Dari Nilai naik bas Airport Liner pula dalam sejam sebab bas tu lalu di taman-taman perumahan. Tiket bas Nilai-KLIA2 RM4.50 so jumlahnya RM7.70. Jimat tak? Jimattttt.... itupun kalau ada orang hantar ke stesen komuter. Kalau naik teksi dari rumah aku ni ke Seremban kenalah bayar RM14 hiksss... lagi mahal daripada tiket Air Asia ke Alor Setar time promosi.

Nak jimat masa naik je kereta dari Seremban ni. Boleh gunakan beberapa jalan bergantung kepada kedudukan tempat tinggal seperti:

1) Masuk Highway Lekas keluar di Pajam

2) Ikut jalan ke Kualiti Alam kemudian lalu Gadong, bandar Enstek, kuarters KLIA

3) Masuk Lebuhraya Utara-Selatan keluar di Nilai kemudian lalu Salak Tinggi.


Perkhidmatan Grabcar/Uber dari Kuala Lumpur/Seremban
Sila download taxi apps. Kekadang mereka ada membuat harga promosi yang sangat berbaloi berbanding teksi biasa.

Cuma, setakat ini syarikat takaful atau insurans tidak membayar double indemnity jika berlaku kemalangan semasa menggunakan servis syarikat-syarikat ini.



koh koh kohhh...! Bertabahlah nakkk






Post a Comment

26 Comments

  1. Thanks Raihanah. Harap dapat membantu traveller yg nak berjinat

    ReplyDelete
  2. GrabCar pun sekarang offer RM65 flat rate untuk pergi dan balik KLIA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah tapi x dilindungi insurans komprehensif utk penumpang

      Delete
  3. Assalam saya nak tanya.. klau naik komuter ke nilai tu.. nak naik bas tu camne.. kne pegi stesen bas or bas ke airport tu da mmg ad kt stesen ktm nilai tu.. sy hrap soalan sy dijawab a.s.a.p sb sy naik flight 8/8 ini.. first time so msih xtau nk ke klia2 dari melaka mcm mne
    ..terima kasih krn sudi mnjwb soalan sy..

    ReplyDelete
  4. Hai Syafiqah,

    saya tak pasti ada direct bus ke tidak dari Melaka ke KLIA/KLIA2 tetapi Melaka-Seremban ada.

    Sebenarnya ada bas dari Seremban ke Nilai tetapi tak reliable jadi lebih baik naik KTM komuter dari Seremban. Stesen bas Nilai tu berdekatan stesen KTM, hanya berjalan kaki. Sebelum naik bertanya dulu ya takut awak ternaik bas ke Seremban pulak :-) sebab bas tu bergilir-gilir di platform yang sama.

    ReplyDelete
  5. As salam Puan
    Dari KLIA2 ke KLIA ada bas free tak?
    Tq

    ReplyDelete
  6. naik Uber pun boleh kalau kek seremban boleh check di
    https://www.facebook.com/rakanuberseremban/

    ReplyDelete
  7. Uber x dilindungi insuran komprehensif...

    ReplyDelete
  8. Betul, naik Uber tak boleh claim double indemnity jika accident.

    ReplyDelete
  9. Ada je bas free drp KLIA ke KLIA2. Tapi kena lalu Mitsui Outlet Park dulu la. Route bas Mitsui-klia2-KLIA. Schedule boleh tengok kat sini https://www.mitsuioutletparkklia.com.my/schedule.pdf

    ReplyDelete
  10. dah pernah naik bus dr klia nk ke klia2 (bus Mitsui) tp kena marah dgn driver bus tu. Dia ckp bus tu khas untuk penumpang dr Mitsui yg nk ke klia/klia2 je. Very bad

    ReplyDelete
  11. oh ye ke? Takpe, next time naik ERL je.. cuma 2rm je dan lebih pantas!

    ReplyDelete
  12. Usefull info..tq...

    ReplyDelete
  13. Berapa tambang teksi dari seremban ke KLIA2 ek?

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, nak tanya jadual Aerobus pada link yg diberi masih valid ke?

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, nak tanya jadual Aerobus pada link yg diberi masih valid ke?

    ReplyDelete
  16. Sepatutnya valid. You better check with them. Tq for visiting my blog.

    ReplyDelete
  17. ALHAMDULILLAH..terima kasih kerana berkongsi panduan DUNIAWI ini iaitu panduan ketika ingin memilih pengangkutn mna yg lebih dekat dgn pilihn perjalanan kpd sseorang..

    X DINAFIKAN DAN KITA INSYA ALLAH TELAH MAKLUM DAN SEPAKAT SOAL IAITU YANG BAIK DR ALLAH S.W.T YG LEMAH DR MAKLUK DAN INSAN..DAN YG KEMUNGKARAN DR SYAITAN.

    WAULLAHUA'ALAM BISSAWAB..silalah betulkan jika DIDAPATI saya silap,khilaf atau pun terSESAT d dlm kenyataan dn komen saya sbg hamba Allah ini.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.