Global Tourism Cities Conference 2016 | Bila Trend Melancong Berubah | Lima tahun lalu tempat yang menerima kenaikan mendadak kedatangan pelancong ialah yang memberi penekanan kepada infrastruktur pelancongan dan yang mempunyai senibina ikonik. Dengan itu rekaan dan pembangunan pelbagai infrastruktur pelancongan termasuk senibina unik bangunan, pusat membeli-belah, taman tema, taman, bangunan warisan, MICE dan sistem pengangkutan telah diambil kira dalam perancangan pelancongan bandar- kata pengerusi Confexhub Group, Datuk Dr Aziz S.A Kadir dalam ucaptamanya di GTCC 2016 lalu.
YB Dato' Sri Hj Mohd Sharkar Shamsudin merasmikan GTCC 2016 sambil diiringi oleh Datuk Dr Abd Aziz S.A. Kadir dan Dato' Shamsul Falak. Sumber www.thestar.com.my
Sekarang ni jika ditanya kepada pelancong kenapa mengembara ke negara asing, apa yang mahu dilihatnya di satu satu destinasi? Kebanyakan jawapan adalah....authentic experience! Pelancong dah tak hadap sangat nak tengok bangunan tinggi segala tu tetapi mahukan sesuatu yang akan memberi impak dalam kehidupan mereka dan menambah pengalaman.
Aku pun. Memanglah kita nak bergambar di landmark sesebuah tempat tu but what next? Takkan nak duduk kat situ sampai berejam kan? Lainlah kat Pasar Baru Bandung, boleh tawaf dari 9 pagi hingga 3 petang sampai beranak-pinak beg hahahha....
Setiap negara atau destinasi berkongsi harapan yang sama semasa melayan pelancong iaitu memberikan layanan kelas pertama dan berharap para pelancong ini akan promote and return every year.
Bagaimana kita merekabentuk produk pelancongan yang mampu bertahan tetapi dalam masa yang sama memperbaiki segala kelemahan?
Hmm...challenging nih. Kena jawab bukan macam clevergirl.
Aku berpeluang untuk menjelajah banyak produk pelancongan Malaysia sejak tiga tahun lalu. Ada tempat yang memang dah terkenal, ada juga yang rasanya takkan sampai kalau nak pergi sendiri (dengan keluarga). Pada aku ada tempat yang sesuai pergi dengan kengkawan dan ada juga seronok jika bersama keluarga. Pergi taman tema sensorang aiyakkk...macam orang gila lak rasanya heheh..
Kita memiliki terlalu banyak tempat yang menarik hinggakan asal berpeluang bersembang di hotel atau di mana-mana aku akan cuba promote kepada orang yang ku lawan bersembang.
We have the tallest twin tower - KLCC, we have Royal Belum-the oldest rainforest, you can do trekking and caving at Mulu National Park, we have beautiful island in Terengganu, We have this, we have that, bla..bla..
Your country have all the interesting places so what are you doing here? er... err... makan angin ler hahah...
Antara jawapannya:
1) Always communicate.
Menurut Dr Bert Van Walbeck sentiasa bertanya "apa lagi yang boleh membuatkannya gagal?"/ what else can go wrong? Contohnya dalam sesuatu perancangan acara besar atau sekadar menyambut pelanggan di hotel, yang kita memang dah teliti setiap aspek dan menurut SOP, always ask that question again. Penyedia khidmat mesti berada TIGA tapak di hadapan pelanggan.
Hadapi krisis secara teamwork for fast recovery. Semasa kes bom di Bali dulu, industri pelancongan terjejas teruk hinggakan occupancy rate bilik hotel jatuh merudum. Kerajaan Indonesia menawarkan untuk membawa dua orang ahli keluarga mangsa yang kebanyakannya dari Australia dan diberikan penginapan percuma. Dalam kes ini pihak kerajaan dan swasta (pengangkutan dan hotel) bekerjasama untuk mententeramkan dan memulihkan keadaan. Kerajaan kita pun berbuat begitu ketika kejadian MH370 dan MH17. Cuma sewaktu keluarga dalam emosi yang remuk seperti itu hantarlah staf yang berpengalaman untuk handle situasi.
Dalam kes pengeboman di Thailand dulu, kedatangan pelancongan ke Thailand pulih hanya dalam masa enam minggu diatas usaha pihak swasta. Pihak swasta kena buat dulu kerana Tourism Authority of Thailand (TAT) berada di bawah kerajaan jadi mestilah melalui birokrasi tertentu. Jika semua pihak tuding-menuding yang paling teruk terjejas pastilah pihak swasta seperti hotel, pusat urutan, penyedia pengangkutan dan pakej pelancongan.
Pesan beliau, di dalam waktu krisis yang perlu menjadi keutamaan ialah 1) pelanggan 2) staf 3) syarikat. Dari segi komunikasi/berita formulanya ialah tell it all, tell it fast, tell the truth. Answer the perception.
2) Cari peluang mempromosi negara semasa krisis.

Sentiasa ambil peluang daripada berita tidak baik untuk mempromosi pelancongan. Contohnya semasa gempa bumi di Sichuan, berita yang bertebaran ialah seekor panda mati. Punyalah ramai manusia mati tetapi panda juga yang menjadi bahan berita. Kesian manusia. PATA mengambil peluang ini memperkenalkan panda dan China. Maka bertumpulah manusia di dunia mencari panda di China. Terus meningkat pelancongan di sana.
3) Intergrated destination planning.
Faham kan? Ini orang yang boleh sign dokumen dan cek punya kerja.
4) Strategi dan produk yang realistik.
5) Destinasi bukan sekadar menawarkan produk tetapi juga pengalaman.
Salah seorang panellist Mason Florence, menceritakan kawannya yang melayari honeymoon berkelas 5 bintang selama tiga minggu di Thailand merasakan satu ruang kosong di dalam percutian mewah tersebut. Apabila difikirkan kembali sebabnya ialah tidak bergaul lansung dengan masyarakat setempat. Mereka hanya pergi ke tempat-tempat yang telah diaturkan with private tour, shopping pun di tempat memahal aje, makan di restoran kelas dunia... hmm memang susahlah nak berjumpa orang tempatan.
Dalam kisah lain, pelancong golongan berada juga, mereka merasakan percutian mewah itu tidak menarik sehinggalah mengunjungi tempat hiburan malam yang sering dikunjungi masyarakat setempat.
Resort mesti dipakejkan dengan aktiviti menarik. Resort mewah di celah hutan seperti di Langkawi tu perlukan sokongan aktiviti setempat. Apa yang boleh dilakukan selain berehat di resort? Nak jenjalan jauh. Duduk dua malam syoklah kot, kena lima malam bapak bosan tak sabar nak balik hahah..
6) Keselamatan dan keamanan sangat penting untuk perkembangan industri pelancongan.
Kita kena hantar surat tunjuk sebab kepada satu website luar negara tu yang menyenaraikan empat bandar Malaysia sebagai paling berbahaya di dunia. Bengong ke apa? Nampak nau bias.
7) Good services sangat penting dalam pelancongan dan pengembaraan.
Teksi di Malaysia? Sorry to say, hampeh. Sakit hati kalau nak cerita sebab dah banyak kali terkena. Bila ada GrabCar dan Uber kau mengamuk pula tapi tak mahu sedar caj yang dikenakan macamlah kita ni ada mesin cop duit kat belakang rumah.
Dari segi hospitaliti kita masih ketinggalan berbanding negara jiran. Ada sebuah resort di negeri kecil yang claim bertaraf 4 bintang tu kan, kita lalu lalang depan reception counter haram nak senyum. Dahlah support staffs kebanyakannya orang asing, entah celah manalah terselitnya Malaysian culture tu.
8) Pelancong asing terutama dari barat memang mencari sesuatu yang authentic, yang tiada di negara mereka tetapi mereka tak pandai menggunakan tandas cangkung. Aku pun tak suka. Boleh cramp kalau sembelit heheh... Jadi, walau di ulu banat manapun homestay kita tu silalah sediakan tandas duduk. Jika toilet seat tu dah retak atau pecah sekerat harap ditukarlah ya tuan rumah, jangan sayang duit RM18 je harganya, perit tau peha tersepit kat situ. Dah caj orang bagilah yang terbaik.
Tandas awam kita pun halahaiiii... bab ni lebih kepada attitude pengguna. First class infrastructure but third class mentality. Yang pergi mencangkung kat tandas duduk tu apahal? Geli konon. Habis, aku ni tak geli nak duduk atas tapak kasut kau?
Banyak lagi yang diperbincangkan walaupun banyak jugalah yang kita dah tahu. Sekarang ni sedang dijalankan projek River of Life, usaha pengindahan sungai yang lalu di Masjid Jamek tu. Konsentrasi projek di kawasan Masjid Jamek dan bangunan Sultan Abdul Samad. Akan ada lebih ruang pejalan kaki di sana. Nak cantikkan macam di Cheowgyecheon, Korea Selatan.
Apa yang pelancong perlukan sekarang?
Aku beritahu sebahagian daripadanya.
1) Kita perlukan utility apps seperti offline maps.
2) Kita nak tahu visitor hotspot.
3) Kita nak 24 hours tourism hotline.
4) Kita kekadang perlukan niche rather than generic products.
5) WIFI uols... yang pantas berdesup! Tokyo berikan pelancongnya wifi percuma selama dua minggu. And hotels berbintang-bintang, please lah... takkan dah bayar memahal wifi pun nak dicaj ikut jam lagi. Hostel RM35 semalam tu pun boleh bagi wifi percuma selaju Ferrari hingga ke bilik.
Disisi manakah hebatnya Malaysia dalam industri pelancongan?
Selain kestabilan politik, keamanan, keramahan rakyatnya, eko-pelancongan, english is widely spoken... Malaysia juga hebat dalam Medical Tourism tetapi masih ketinggalan di belakang Thailand dan Singapura. Kita ada fasiliti perubatan bertaraf dunia dengan pengamal perubatan setaraf United Kingdom. Kita juga banyak menerima anugerah berprestij dalam bidang perubatan. Boleh semak di Malaysian Healthcare Travel Council.
Hospital KPJ menerima ramai pesakit dari Somalia. Terkejut? Maunya tak. Mereka ni ada duit yang banyak tetapi tiada kemudahan perubatan terkini dan terbaik. Dah asyik bergaduh aje kerjanya macam mana nak majukan negara?
Hospital KPJ menawarkan semua jenis pembedahan kecuali transplant. Kalau nak buat plastic surgery boleh dapatkan khidmat nasihat daripada doktor pakar di KPJ Damansara, Ampang Puteri dan Johor. Nak buat ke? Tak payah kot, nanti anak ko keluar ikut rupa asal jugak hahahha.. bersyukurlah dengan apa yang ada.
Di Melaka ada hospital yang mempunyai kemudahan penginapan untuk pengiring pesakit yang dipakejkan bersama dalam bil perubatan. Selalu penuh hotel tu sebab pengiring pesakit biasanya berdua atau bertiga. Selepas berubat/pembedahan pesakit dan pengiring ini akan berehat pula beberapa hari lagi sambil makan angin dan shopping. Tu yang sesak sangat bandar Melaka di hujung minggu tapi... kenapa Melaka gunakan slogan "Don't Mess With Melaka" eh? siapalah punya idea boh slogan tu, macam tak berapa sesuai jer. Remember, don't mess with me! @ Ingat, jangan memain dengan aku! Macam garang je sambut tetamu.
Last but not least kata Tan Sri Rafidah Aziz:
Stop making nonsence. Lets go back to politic of development. Dream akan jadi worst nighmare if you work with idiot! Kuangkuangkuang.... marah kat politikus lettew. Well said aunty Pidah.
Terima kasih kepada Tetamoodiatas jemputan ini. Jika anda berminat untuk menghadiri konferens ini pada tahun hadapan silalah berhubung dengan Confexhub.

0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.