Berkelah Di Taman Rimba Teluk Bahang |
Teluk Bahang terletak di barat laut Pulau Pinang kira-kira 24km dari George Town. Ia boleh dihubungi melalui jalanraya dari George Town - Batu Ferengghi - Teluk Bahang. Dari Balik Pulau pun boleh juga.
Ada beberapa tempat menarik dan popular di TB seperti Escape Adventureplay Theme Park, Taman Negara Teluk Bahang dan Pantai Teluk Bahang yang sering menjadi lokasi perkelahan.
Bagi peminat aktiviti yang agak lasak dan menggunakan banyak tenaga seperti berpenat-lelah jungle trekking di Taman Negara Pulau Pinang atau bermain di Escape, bolehlah mandi-manda pula di Taman Rimba Teluk Bahang. Nak mandi laut time panaih berdengung di huishhh idok ler... lebih syok berendam dalam sungai yang sejuk dan jernih. Taman rimba ini berstatus hutan lipur dimana hutan ini sudah matang dan kaya dengan flora serta fauna. Terdapat juga Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve) di dalamnya.
Di bawah ni gambar percutian keluarga kami bulan Disember lalu. Video mandi-manda bergembira sakan ni dah lama share di instagram. Seronok bebudak nih menyakat si nombor lima yang tak tahu berenang heheh... sampai cuak budak tu nak mandi, takut kena tarik ke tempat dalam (takdelah dalam mana pun).
Tolong bangcik dik..tolong!
Mama.. mama.. tolong bangcik! sedih adik dia tengok abang 'kelemasan'. Kesian ko dik, beriya dia cuba tarik abang dia heheheh...
Tengok, didukungnya yang nombor lima ke tengah kemudian ditinggalkan. Menjerit-jerit budak tu hehehe..
Kesian bangteh.
Apa Lagi Yang Menarik Di Taman Rimba Teluk Bahang?
1) Ada Muzium Perhutanan.
Kita boleh belajar tentang perhutanan, profail kayu, flora, fauna dan banyak lagi. Ia dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari 9 pagi hingga 4.30 petang.
2) Ada jambatan gantung. Ini best!
3) Ada denai (trek) ke Bukit Bendera. Agak kecewa jugalah tak mencuba sebab masa nampak laluan tu anak-anak tengah berseronok dalam sungai. Tak pastilah berapa jauh kena mendaki, confirm berpeluh ketiak.
Kemudahan Yang Disediakan:
Padang permainan, tapak perkhemahan dan kolam mandi dibangunkan untuk orang awam bagi tujuan mandi-manda di hutan lipur ini. Kemudahan lain boleh rujuk dalam senarai di bawah ini:
Bagaimana Untuk Ke Taman Rimba Teluk Bahang?
Kalau nak berkhemah ke.. sewa dewan ke.. asrama ke..sila hubungi:
Pejabat Hutan Daerah Barat Daya
Taman Rimba Telok Bahang
11050 Teluk bahang.
Barat Daya,
Pulau Pinang
Tel: 04-8851280
Taman Rimba Telok Bahang
11050 Teluk bahang.
Barat Daya,
Pulau Pinang
Tel: 04-8851280
Bagaimana Untuk Ke Taman Rimba Teluk Bahang?
Anda boleh menaiki teksi dengan kadar RM35 atau menaiki bas Rapid bernombor 101 dan 102 yang berhenti di Escape Adventure Play di sebelahnya.
Koordinate GPS (5.446483,100.217147).
Waktu beroperasi : 7.00 pagi - 6.00 petang. Masuk PERCUMA.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.