12 Tempat Riadah Popular Di Seremban



Update 29/1/2020

12 Tempat Riadah Popular Di Seremban | Negeri Sembilan ialah sebuah negeri yang agak kecil di selatan tanah air. Namun begitu ibu negerinya Seremban, hanya sejam perjalanan dari Kuala Lumpur dan termasuk dalam "greater Klang Valley" menjadikannya lokasi yang sesuai untuk membina keluarga dan harta (eh?).


Dahulu aku rasa bosannyalah duduk di Seremban ni, tiada tempat hendak dituju di hari minggu bersama anak-anak. Sekarang tidak lagi kerana semakin banyak kawasan rekreasi yang dibuka yang kebanyakannya PERCUMA! Terima kasihlah MPS ye.. ai redha bayar cukai kalau gini gayanya.

Semua tempat yang disenaraikan ini berada di dalam Seremban atau paling jauh pun belasan kilometer saja jaraknya dari pusat bandar. 

Di mana lokasi tempat riadah keluarga tu?


1) IJM Hill Park, Seremban 2 Heights

Seremban 2 yang berjarak empat kilometer dari bandar Seremban merupakan bandar terancang yang dibina dengan tujuan untuk memindahkakan pusat pentadbiran negeri, perniagaan dan pendidikan jauh dari bandar. Bandar Seremban tu dah tak boleh expand, kecil sangat.

Taman rekreasi yang dibangunkan oleh IJM Land ini berkeluasan 30 ekar dengan ketinggian 162 meter dari aras laut mempunyai pelbagai kemudahan termasuk trek berjalan kaki dan jogging. 

Tarikan utama di sini ialah sekumpulan dinasour daripada spesis Stegosaurus, Ginganotosaurus dan Baryonyx di puncaknya. Pelbagai jenis permainan untuk kanak-kanak disediakan di sini seperti flying fox, buaian dan gelongsor. Dinasour tu pun dah macam gajah sarkis, badan je besar tapi tak berani lari :-))

Bagi yang ingin merasai suasana hutan boleh berjalan mengikut denai yang disediakan. IJM Hill Park ini telah digazetkan sebagai kawasan bebas asap rokok.
Taman ini dibuka setiap hari dri 6.30 pagi hingga 9.00 malam.




2) Seremban 2 City Park

Serdak roti dan biskut semua disedekahkan kat ikan tu. Suka sangat dia 😍


Bangcik yang overweight... dah duduk dua orang pun jongkang-jongket tu tak mau turun heheh...



Selain IJM Hill Park Seremban 2 juga ada City Park yang ramai pengunjung di hari minggu. Hujung minggu penuh dengan kehadiran kanak-kanak dan ibu bapa bermain layang-layang di situ. Ia menjadi tempat riadah yang digemari kerana terdapat tasik buatan yang dipenuhi ikan seperti tilapia merah, keli, kelisa, koi dan kura-kura. Ikan-ikan di sini makan ikut time tau, pukul 9 pagi dan 3/5 petang. Pernah kami datang di luar waktu makan buat dek je dia, sebab dah kenyang kot.

Sebuah jambatan dibina merentasi tasik disamping empat buah mini jeti di sekeliling tasik untuk memudahkan pengunjung memberi ikan makan.  Selalunya sebelum ke sini aku akan beli roti reject dari kilang roti. Ada kilang boleh beli sesikit, ada kilang jual seguni besar terus. Takkan nak bagi ikan makan seguni kot? Obes pula nanti hahahah... so, aku paketkan kekecik dan suruh anak jual. Sambil bagi ikan makan sambil berjualan. Mengajar entrepreneurship gitew. Seronok bebudak tu. Modal mak yang keluarkan profit masuk ke poket mereka... mau tak suka?? Bila roti sendiri dah habis pi beli pula dari penjaja dedak di situ. Tak sempat nak rolling duit hehehe..

Berkeluasan enam hektar Seremban 2 City Park turut dilengkapi dengan gelanggang futsal, bola keranjang, badminton, alat-alat senaman ringan dan taman permainan kanak-kanak. Masjid pun ada.

3) Centrio, Seremban 2


Ia bolehlah dikatakan tarikan terbaru di Seremban 2 berhadapan pasaraya Mydin yang sangat meriah di hujung minggu. Merupakan sebuah kawasan lapang untuk penduduk dan pengunjung beriadah di malam hari bermain basikal, skateboard, roller blade dan hoverboard. Hanya dengan RM10 kita boleh menyewa roller blade hingga jam tiga pagi! 

Di sekeliling kawasan riadah ini dipenuhi dengan kedai, gerai serta food truck. Bad for your wallet.



Sumber unclezuan.com

Yang ini mahal sikit, sewa ikut jam. Sumber si-periperi.blogspot.com


4) Taman Alam Veterinar, Jalan Seremban-Jelebu.

Di sini ada beberapa jenis binatang dipelihara. Dulu aku pernah pergi, cantik tempatnya... sesuai bawa anak-anak ke sini untuk dia mengenal binatang jinak. Sekarang tak tahulah bagaimana. Kalau sempat pergi lagi nanti aku akan update di sini. Website Jabatan Veterinar pun tiada maklumat. Ontahlah diorang nih.. tak dapek den nak nolong hahah..

Update: 
Produk terbaru - Seremban Equestrian boleh sewa kereta kuda sekali ride rm30 dia pusing kat semua tempat haiwan tu.


Sumber Qra. 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan
Lot 1504,Batu 6,Mukim Pantai,Jalan Jelebu,

71770 Seremban,Negeri Sembilan, Malaysia

Tel : 606-7628857 | Fax: 606-7629022 E-mail: jpvns@ns.gov.my



5) Jelita Ostrich Farm

Ladang burung unta ini berdekatan dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan. Kawasan ini luas dan sering dikunjungi oleh rombongan sekolah. Jika kita buat tempahan awal tour guide akan disediakan.

Bagus tempat ni, kita boleh belajar mengenali burung terbesar yang tak boleh terbang. Kenal jantan betinanya, apa yang dibuat dengan cangkerang telur dan kulitnya. Entah entah raw material handbag Birkin tu import dari Seremban ni aje haa... mana tahu kan? Dagingnya boleh dimakan, ada juga dijual sebagai barangan penjagaan kulit dan kesihatan.

Di waktu tidak ramai pengunjung kita boleh menunggang ostrich tu. Bebudak ok lah... bapak budak tak payah lah kot, kesian burung tu.


Sumber flourpaint.blogspot.com

Waktu operasi : 9 pagi - 5 petang
Tiket dewasa : RM10
Tiket kanak-kanak : RM6

Jelita Ostrich Farm
Lot 1504, Batu 6
Mukim Pantai
Jalan Jelebu
71770, Seremban, Negeri Sembilan, 
Tel:+60 6-767 0707


6) Taman Rekreasi Ulu Bendul, Jalan Seremban-Kuala Pilah.

Tempat mandi-manda yang sudah lama terkenal. Weekend ramai orang der..





7) Jeram Toi, Jalan Seremban-Jelebu

Tempat mandi-manda yang sudah lama terkenal.

Update: jeram toi ditutup buat masa ni sebab ada kes kencing tikus. Berita Harian 13/5/2016 http://www.bharian.com.my/node/153309


8) Taman Tasik Seremban 



Kawasan hijau ini terletak di tengah bandar berhampiran Masjid Negeri dan Pejabat Menteri Besar. Bermula jam 5 pagi lagi sudah dikunjungi orang yang rajin bersenam. Pokok-pokok yang besar memberikan teduhan yang baik kepada pengunjung.


Dahulu semasa anak baru tiga orang kami pernah berpiknik di sini. Seronok makan dan berguling-guling. Kalau musim kenduri kahwin tu setiap sudut ada pengantin bergambar.

Jalan Taman Bunga
70000 Seremban, Negeri Sembilan.


9) Gunung Angsi

Gunung Angsi yang terletak di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan mempunyai ketinggian 825 meter (2,702 kaki). Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendul dan terbuka bagi pendakian.

Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui laluan trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari Gunung Angsi, pendaki boleh melihat gunung-gunung berhampiran seperti Gunung Telapak Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin. Bagi pendaki baru seperti ku adalah disarankan untuk memulakan pendakian dari Jalan Bukit Putus, ia kurang mencabar dan hanya memerlukan 1.5 - 2 jam usaha sahaja untuk sampai ke puncak.

Hutan Ulu Bendol merupakan hutan simpanan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok meranti, pokok keruing, pokok damar hitam dan pokok mersawa.

Dekat sangat dengan rumah tapi tak pernah panjat pun. Gigih den poie panjek Gunung Papandayan di Bandung nun (update: dah naik 2018 dengan Bangteh).


Sumber meetup.com


10) Laman Basikal Seremban

 Yang berumur 1 tahun 3 bulan pun tak mahu ketinggalan mengayuh basikal heheh... gambar 2014.



Merupakan tempat untuk kanak-kanak berbasikal. Dibina lengkap dengan situasi sebenar seperti di jalan raya dengan lampu isyarat, stesen minyak, balai polis, kedai, perhentian bas dan sebagainya. Bolehlah ajar mereka "red means STOP!" dan laluan kecemasan bukan untuk memotong barisan.
Terletak di Jalan Keliling, berhampiran dengan Taman Tasik Seremban & Kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan.
Dibuka pada hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum.
Masa :
8 pagi - 12 tengahari
3 petang hingga 7 petang
Kadar bayaran :
RM2.00 / setengah jam / termasuk basikal
(Boleh bawa basikal sendiri)
Jom bawa anak-anak anda beriadah tanpa perlu risau akan kenderaan lalu lalang dan mengganggu riadah anak-anak anda.
Info lanjut :
Majlis Perbandaran Seremban :
Telefon : 06-766 7683


11) Kompleks Belia Dan Sukan, Paroi

Bila budak besar takde yang kekecik ni naik sampai atas dan menggelunsur turun. I'm happy seeing you happy boys.

Akak akak berzumba memalam. I liokeee

Kompleks sukan ini ialah pusat riadah yang paling aktif di Seremban.  Ia terletak di Jalan Seremban-Kuala Pilah, berdekatan Stadium Tuanku Abdul Rahman (Stadium Paroi) dan Kompleks Dakwah Paroi.

Setiap hari ia dipenuhi pengunjung yang aktif bersukan termasuk bersenamrobik.  Memang aktiflah akak akak di sini... aku je yang suka jadi pemerhati.  Aku ni jogging sehari empat minggu cuti hahaha.. Weekend ramai bebudak belajar karate dan tae-kwan-do di sini.

Padangnya digunakan oleh pelatih bolasepak New Football Development Programme @ NFDP U7-U12. Jadi aku akan datang ke sini seminggu dua kali paling kurang. Penat worr jadi driver ni, hantar kat sini, hantar kat PLD SM Ampangan... lokasi berbeza mengikut umur. Semuanya sebab bolasepak. Orang awam boleh juga menggunakan padang ini. Selalunya aku nampak pukul tujuh petang bangsa lain yang ramai di padang tu. Kita orang Islam ni dah senja baliklah ke rumah ya. Biasanya pukul 8.30 malam dah ramai semula dengan pengguna yang bersenamrobik dan jogging.

Gelanggang futsal, bola padang (gelanggang bertaraf dunia), tenis, bola jaring, bola tampar, takraw, badminton dan squash boleh disewa. Padang dengan rumput sintetik, trek, tempat bermain skateboard serta kawasan permainan kanak-kanak boleh digunakan secara percuma. Gimnasium ada bayaran yang sangat  minima manakala wall scalling akak tak pasti. Dewan juga boleh disewa untuk majlis kenduri kahwin.

Surau dan kiosk jualan makanan dan minuman juga terdapat disini.


12) Lorong Seni @ Street Art
Seremban juga tak mahu ketinggalan dalam trend Lorong Seni. Dibuat di lorong belakang HSBC Bank dan kawasan hentian bas Terminal 1, ia hasil kerja anak-anak tempatan yang berbakat. Contrary to some who believes hanya orang asing yang mempunyai kebolehan ini, yakinlah local talents pun ramai yang hebat and can draw crowd. Bersedialah untuk menerima tetamu terutama golongan muda.

Sejak 2019, Majlis Perbandaran Seremban telah memperindah Benteng Walk. Lebih banyak gambar yang menarik di sana.

Kalau dah rindu dendam sangat pada kartunis Ujang bolehlah bergambar dengan hasil tangan beliau di hentian bas Seremban tu. Omaiii rasa tua sangat dah aku ni, membesar dengan majalah Gila-Gila.






**Mural ini memerlukan penambahbaikan. Kalau dekat longkang camano nak amik gambar??

13) Masjid Sri Sendayan.
A bit out of town tapi cantik gilerrr... Better pergi petang sebab boleh solat Asar dan Maghrib dengan dua pemandangan siang dan malam. Beriadah jangan hingga lupakan solat yang menjadi tiang agama.


Hmm.. banyak juga tempat menarik di Seremban. Selalu nampak kuman di seberang jer..


**Marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan tempat-tempat riadah ini. Sakit mata melihat botol minuman, plastik bekas makanan dan tisu bersepah-sepah. Kalau MPS caj entrance fee nanti kita meroyan pula. "Rumah" kita jadi bersamalah kita menjaganya. Bila orang bawa Bangla kacak datang beramai-ramai ke negara tercinta tolong sapu sampah ini pandai pula kita marah.












Post a Comment

13 Comments

  1. Selain tu, N9 jugak terkenal dgn rumah kampung yg cantik2 berasaskan seni adat minangkabau. Jadi boleh pilih pakej percutian homestay. Dapatlah rasa keindahan desa, mandi air terjun dan lain2 sambil bercuti dan hilangkan stress. :)
    Jemput singgah di blog kami..

    http://homestayklawang.blogspot.my

    Tq tuan tanah :)

    ReplyDelete
  2. Selain tu, N9 jugak terkenal dengan kampung yg cantik2 berasaskan seni adat minangkabau. Jadi boleh pilih pakej percutian homestay dan rasai keindahan desa, mandi air terjun dan lain2 sambil bercuti dan hilangkan stress. :)
    Jemput singgah ke blog kami;

    http://homestayklawang.blogspot.my

    T.kasih tuan tanah :)

    ReplyDelete
  3. Wahh bagusnya ... senanglah nanti kalau nak bercuti ke sana ... dah ada guide begini.

    ReplyDelete
  4. Ada lagi. Ladang Alam warisan kt kuala pilah.. Nak masuk sana nnti di wajibkan pakai pakaian traditional zaman2 kerajaan melayu..

    Pastu boleh main memanah smbil menunggang kuda.

    ReplyDelete
  5. Ye ye.. saya tak masukkan sebab agak jauh dari Seremban. Tak perlu berpakaian tradisional bila ke sana. Hujung minggu anak-anak saya suka naik kuda dan jalan jalan di sana. Tq for reading :-)

    ReplyDelete
  6. dekat mana ada gelanggang basketball?

    ReplyDelete
  7. Di Kompleks sukan Paroi tu saya tak pasti ada ke tidak tetapi di Kampung Baru Paroi ada..berdekatan Bali Polis Paroi.

    ReplyDelete
  8. Tq for sharing..ingat nak jejalan kat seremban hujung minggu ni..

    ReplyDelete
  9. Salam.. saya nak tanya.. Taman Malaysia Seremban tu dekat area mana ye? Saya dari Johor, puas google maps tapi tak dapat area nya yg tepat.. saya google search pasal Taman Malaysia ni pun tak banyak info yg ada.. ada siapa2 boleh bantu? Thanks in advance.. :)

    ReplyDelete
  10. Saya pun tak pernah dengar ada Taman Malaysia di Seremban, Ain

    ReplyDelete
  11. Ye ke sis tak pernah dengar.. huhu.. sbb husband saya ada archery game hujung bulan ni di Taman Malaysia.. tak tau jalan.. tu yg confused tu hehe.. takpe la sis mekasih ya response.. :)

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.