10 Perkara Menarik di Balik Pulau | Assalamualaikum. Baru-baru ini kami berpeluang sekali lagi ke Balik Pulau menghadiri majlis kenduri perkahwinan keluarga.
Kami balik berdua naik Air Asia dari KLIA2 - Penang. Setelah dibuat comparison antara tambang bas dan kapal terbang, adalah berbaloi naik kapal terbang pada tarikh tersebut. Hanya RM154 kos untuk dua orang pergi dan balik. Kalau memandu kereta ke sana confirm lagi banyak RM akan hangus. Soheh! :-))
Dari airport kami sengaja menaiki bas ke pekan Balik Pulau, nak breakfast di kedai katanya. Husband aku teragak-agak jugalah nak turun di mana... aku suruh tekan di tengah pekan, dia hanya buat bila bas tu dah membelok ke kanan keluar dari pekan tu. Tapi tu lah kan, kekadang tidak mengikut peraturan akan menemukan kita dengan sesuatu yang menarik ;-)
Sesuai namanya ia terletak di barat daya Pulau Pinang jauh dari bandaraya George Town yang menjadi nadi kehidupan dan pusat perekonomian Pulau Pinang. Balik Pulau ialah kawasan perkampungan Melayu tetapi kini sudah banyak tanah yang dijual kepada pelabur untuk dibuat penempatan moden. Sayang tanah tu :( Secara amnya harga tanah/rumah di Balik Pulau lebih rendah daripada di kawasan berdekatan George Town. Aku perhatikan jika tanah yang dijual tu memanjang, ia akan dibina rumah teres atau semi-d tiga tingkat, banyak untung worrrr... Nak dipersalahkan tuan tanah yang menjual pun tak boleh juga, dah lama hidup biasa biasa hendak juga merasa luar biasa di penghujung usia. Nak juga merasa bagaimana perasaan menjadi pakcik kayo.
Balik Pulau terhasil dari cantuman beberapa perkampungan nelayan seperti Teluk Kumbar, Kampung Pondok Upeh, Kampung Sungai Burung, Gertak Sanggul and Pulau Betong. Ia menawarkan pemandangan indah kehidupan nelayan, sawah padi yang menghijau dan udara nyaman. Kehidupan di sini agak perlahan kontras dengan George Town. Itulah nilai yang masih dipertahankan untuk menikmati suasana tepi laut dan hutan yang mendamaikan. Nampak ketinggalan namun jika kampung aku sendiri pun aku redha ia ketinggalan. Damai. Yang penting ada wifi (kan?).
Bila ke Pulau Pinang jangan hanya melawat kawasan tumpuan pelancong, luaskan jelajahanmu kerana banyak yang menarik di sini.
Apa Yang Menarik Di Balik Pulau?
1. Seperti mana yang kita semua ketahui Pulau Pinang adalah syurga makanan. Berbagai jenis dan rasa akibat daripada kepelbagaian bangsa dan kaum yang menghuni negeri yang mendapat julukan Pulau Mutiara ini.
Kami minum pagi di sebuah kedai berdekatan roundabout. Pilih kedai tu sebab ramai orang, konon sedap. Biasalah, order roti canai... tapi tak suka sebab tak garing di luar dan lembut di dalam. Di sebelahnya ada pasangan suami isteri berniaga nasi lemak dan kuih muih. Banyak jenis, aku beli bingka ubi dan kuih koci. Sedap.
Nak cuba pasembur cari di market, nak makan seafood hang pi ke Medan Selera Kg Nelayan di Teluk Kumbar. For chinese food, you may go to Kampung Kuala Jalan Bahru to try Prawn Noodles (Hokkien Mee) and Gertak Sanggul for seafood.
2. Street Art by Russian Artist
Bukan di Armenian Street, Chulia Street saja ada lukisan jalanan tetapi dah melarat ke Balik Pulau. Ada enam mural di pekan tetapi aku cuma cari empat sahaja, yang lelain tu sila explore sendiri ya.
Naik bas dari airport ke pekan ini hanya RM2.
3. Ladang Durian dan Buah Pala
Untuk ke Balik Pulau ada beberapa jalan, salah satunya jalan berbukit-bukau yang indah dengan pemandangan ladang durian. Biasa dengar durian Musang King, D24, Hor Loh, Lipan, Green Skin, D2, D15, D95 dan Kun Poh kan? Suka? Isinya berwarna kuning, lembut dan tebal. Ada yang sedikit pahit dan berfiber. Aku tak suka sangat sebab maksima boleh makan cuma dua ulas. Durian kampung aku boleh makan dua biji hahah... tak kira mengandung ke tak, aku tetap makan sepuasnya. Siapa kata orang orang mengandung tak boleh makan durian? Syirik betolll ! haha... banyak sangat pantang larang. Masa first trimester tu aje berjaga-jaga.. selepas tu pantang jumpa.
Pokok-pokok ini kebanyakannya ditanam di lereng bukit. Selain rasanya yang digemari ramai, aku rasa apa yang membuatkannya mahal adalah kos untuk mengikat dan memasang jala supaya buah durian ini tidak jatuh ke bawah bukit. Upah memanjat pun termasuk dalam kos juga tu. Dengan keluasan 1,868 hektar ladang durian, Balik Pulau masih dirujuk sebagai pengeluar durian terbaik Malaysia oleh peminat durian.
Aku suka durian. Sila belanja aku bila musim durian tiba.
4. Laksa.
Laksa yang popular di sini ialah Laksa Jangguih di KM6.5 Kampung Perlis. Dibuka 3.30 petang hingga 8 malam, tutup pada Rabu. Selain laksa, pisang goreng dan ABC pun dijual. Sejak keluar di Jalan-Jalan Cari Makan TV3 famous betul kedai laksa ni tapi pada aku rasanya biasa je. Cousins aku cakap ada satu kedai kat selekoh depan sikit (dekat masjid) tu lagi sedap.
Oleh sebab kami cuma berada dua hari di BP, aku sempat mencuba laksa di sebuah lagi kedai. Mujur order satu jer... pelik rasa kuahnya. Tak tahulah sebab ikan yang digunakan ke.. atau kurang asam keping. Loyo tokak den hahah..
Jangan putus asa, lain kali kita cari lagi yang sedap.
5. Aktiviti Berbasikal (Bicycle Tour)
Banyak hotel dan resort serta homestay yang menyewakan basikal. Di sepanjang jalan berbukit itu pun kita akan bertembung dengan para pelancong yang menikmati suasana nyaman di sini dengan roda dua. Kebiasaannya 'tour' ini akan berhenti di "Pemandangan Indah" untuk melihat Pulau Pinang dari sudut tinggi.
6. Ladang Kambing
Terdapat dua pengusaha ladang yang membuka untuk lawatan umum.
Saanen Dairy Goat Farm
Tidak mengenakan caj masuk tetapi menjual produk tenusu dan ais krim kepada para pelawat. Letaknya berdekatan Kem PLKN Sungai Pinang. Rasanya bas besar tak boleh masuk hingga ke pintu ladang. Apa apa hal pun sila confirm dengan tuan ladang.
Waktu beroperasi 10 pagi - 5 petang.
Audi Dream Farm
Aku tak sempat masuk tapi di sini terdapat lebih banyak jenis binatang.
Yuran masuk dikenakan: MyKad holder RM7, MyKid RM3, foreigner RM15
Waktu beroperasi 8.30 pagi - 6 petang.
7. Aktiviti Menunggang Kuda
Terdapat ladang kuda di sini seperti Countryside Stable Penang. Boleh beri makan dan menunggang kuda.
Ada juga orang kampung yang menawarkan pengalaman 'pony ride'. Bila lalu di Kampung Perlis dan sekitarnya jengah signboard kiri dan kanan. Mesti anak-anak seronok jika dibawa ke sini. Kegembiraan tak semestinya dinikmati dengan harga mahal.
Maximum weight 80kg je... kalau sedar diri gemuk jangan naik, kesian kuda tu terseksa heheh..
8. Masjid Tua
Masjid lama yang menarik. Nama rasminya ialah Masjid At-Taqwa tetapi lebih dikenali sebagai Masjid Mukim Kongsi (GPS: 5.34847, 100.23216).
Untuk ke masjid ini sila naik bas Rapid Penang bernombor 401, 401E and 502.
9. Rumah Tradisional Melayu
The interior of Malay traditional house.
10. Resort Yang Menarik
Pernah google homestay atau resort di Balik Pulau? The price starts from RM250 per night. Yang lebih mahal penginapan di dalam ladang. Foreigner sukalah tempat-tempat begini. Mesti seronok kalau datang di musim buah-buahan.
Banyak juga homestay yang menarik dan cute ditawarkan oleh penduduk kampung dengan harga yang lebih murah. Aku nampak banyak di jalan menuju Teluk Bahang. (bukan homestay dalam ertikata sebenar kerana kita tidak tinggal dengan tuan rumah).
Bagaimana untuk ke Balik Pulau?
1. Ikuti jalan pantai ke Teluk Bahang kemudian ke Balik Pulau. Pemandangannya memang ohsem!
2. Dari Jalan Sungai Nibong yang mana kita akan melalui perkampungan kecil nelayan.
3. Melalui Air Itam and Paya Terubong
4. Melalui jalan air dari jeti nelayan.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.