Perak WoW | White Water Rafting At Sungai Kampar, Gopeng | Kita selalu tercari-cari sesuatu yang menarik di negara orang. Kita bandingkan apa yang orang ada dengan apa yang kita rasa kita tiada. Yang sebenarnya jika kita rajin 'menggali' tak cukup masa untuk kita nikmati keindahan negara sendiri.
Oh! indahnya Perak. Ada sentimental value di negeri yang pernah kaya dengan hasil bijih timah ini.
When I read the itinerary for Perak World of Wonders programme and saw caving and white water rafting being part of the activities...wowww!! Tak sabarnyaaaa... inilah aktiviti yang aku (we actually) looking forward. Aku suka ke tempat yang agak kurang popular tetapi sangat berpotensi untuk dimajukan aspek pelancongannya. Sudah pasti ada golongan tertentu yang menjadi sasaran - belia. Ramai juga golongan berusia yang masih cergas and lead a healthy life cuma golongan muda secara fitrahnya lebih sukakan aktiviti mencabar minda dan tenaga.
Sama seperti aktiviti menggua hahaa.... pelik nau bunyinya, Nomad Adventure jugalah menjadi pengendali untuk aktiviti rakit redah jeram yang ekstrim ini. Selain pengalaman yang luas mengendalikan sukan lasak, Nomad Adventure sangat mementingkan aspek keselamatan peserta. Safety briefing kena dengar betul betul untuk mengelakkan kemalangan dan apa tindakan yang perlu dibuat jika jatuh ke dalam air. Better be safe than sorry.
Helmet dan jaket keselamatan yang kami pakai diperiksa satu-persatu. Helmet mesti ketat, safety vest pun mesti dipakai dengan betul. Memula tu rasa tak selesa betul bila safety vest asyik naik ke dagu hehe.. ada pula yang pakai ke bawah sangat hingga tuttttt nya terjojol (dia tak tarik tali di bahu) dengan alasan, u know what, kalau lemas diorang akan selamatkan i dulu... wakakakaa... sex sells gituh.
Sebelum dibenarkan menaiki raft kami disuruh meluncurkan diri di jeram kecil kemudian berenang. Mereka nak tengok reti ke terlentang terlangkup mengikut arahan hahaha... suspen jugalah sebab aku berani berenang dalam swimming pool aje. Ngeh.
Kami bermula di Kuala Razila dalam keadaan air sungai agak cetek di musim kemarau ni. Giler penat weh bila air sungai cetek, banyak betul halangan batu-batu besar. Bila musim hujan pula sungai menjadi dalam dan deras. Cabaran Sungai Kampar ini berada di stage 2-4 bergantung keadaan cuaca.
Setiap raft diisi dengan tiga hingga empat orang peserta bersama seorang guide berpengalaman. Kena ikutlah arahan dia seperti move forward, backward, left/right, jump jump! bum bum! Senang je arahannya tapi bila kena bertukar-tukar kedudukan dalam masa singkat tu yang sampai terlentang dalam tube hahaha.... kelakar! Elok kalau ada partner yang bersaiz XL dalam raft, sekali dia henjut je terus melungsur raft tu dari celah batu hahahah... adoila... seronok!!
Jangan risau sangat jika raft/kayak terbalik sebab ruang-ruang diantara tempat duduk tu cukup untuk kita bernafas. Jika berada jauh dari raft pun paling senang apungkan badan dengan memandang ke langit. Kan dah pakai jaket keselamatan..
Kos utuk seorang peserta sekitar RM150-165 bergantung kepada pengendali mana yang kita gunakan. Selain Nomad Adventure, Kandu Eco Tour dan Radak Adventure juga ada menyediakan pakej rafting. Pilih mana yang berkenan.
Jangan risau sangat jika raft/kayak terbalik sebab ruang-ruang diantara tempat duduk tu cukup untuk kita bernafas. Jika berada jauh dari raft pun paling senang apungkan badan dengan memandang ke langit. Kan dah pakai jaket keselamatan..
Kos utuk seorang peserta sekitar RM150-165 bergantung kepada pengendali mana yang kita gunakan. Selain Nomad Adventure, Kandu Eco Tour dan Radak Adventure juga ada menyediakan pakej rafting. Pilih mana yang berkenan.
Aku tak bawa kamera. Gambar-gambar ni semua adalah dari Gaya Travel. I just enjoy the game :-))
Cara memegang paddle kena betul, hulunya mesti sentiasa dalam genggaman walaupun kedudukan berubah supaya tidak mencederakan peserta lain.
Jom tengok video trip Perak World of Wonders 2016!
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.