Di Mana Golongan Kaya Malaysia Melancong? Dah selalu sangat dengar cerita aku ke sana sini kan, trip yang biasa biasa sangat.. kurang umphhh. Apa kata kali ni kita baca pula cerita orang kaya-kaya. Bacalah dengan senang hati supaya menjadi inspirasi. Kalau baca dengan rasa dengki nanti sakit hati.
Aku teruja sangat bila tengok gambar kengkawan yang pergi ke tempat-tempat mahal nih. Lepas tu up status, siapa nak kirim LV sila bank-in. Cisss..! Siapalah yang sudi membawa aku main ski nih? Ada tak yang perlukan pembantu peribadi ketika bercuti? E-mail me please... jangan tinggalkan aku melopong kat resort dah la hahahah....
Foto crystalski.co.uk
Foto emalow.co.uk
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, tempat paling sejuk yang dapat dilawati ialah Cameron Highlands, Fraser's Hill, Gunung Kinabalu atau or Genting Highlands. Tu pun dengarnya Cameron Highland dah tak sejuk mana.
Namun begitu tidak semua yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah, ramai juga bertaraf "enggang" di Malaysia ni. Mereka mampu untuk berada jauh berminggu-minggu dari suhu paneh bedonting di Malaysia sekarang ini.
Persoalannya ke manakah tujuan mereka dan apakah yang mereka lakukan ketika di sana?
Nampaknya trend terkini golongan muda dan kaya memilih untuk bermain ski. Untunglah... macam tercampak ke syurga dunia.
Dan seperti 10% golongan kaya dan berkemampuan lain di dunia, hanya lokasi bersalji terbaik (dari segi kualiti dan kedalaman) dipilih. Bunyi macam angkuh pula bila orang-orang kaya dari negara tropika demand nak kawasan bersalji terbaik. Haish... dah keluar duit kan? Sedangkan orang yang bayar pakej ciput pun demand nak hotel berbintang empat inikan pula orang yang mampu berbelanja tanpa bajet.
Kita kena ingatlah bahawa anak-anak orang kaya ni biasanya dibesarkan dan bersekolah di luar negara jadi bermain ski dah jadi favourite past time, manakala kebanyakan kita ni biasa dengan bolasepak dan badminton jer. Itu pun dah bagus daripada main Candy Crush ye tak? hahah... berpeluhlah juga. Dah anak-anak mereka tu tak bersekolah di Cheras dah tentulah main salji di musim sejuk. Yang belajar di sini pun dah biasa ke luar negara bila berkesempatan. Pokoknya mereka tiada masalah uang dong.
Jadi, ke manakah peminat ski ini memburu salji terbaik? Adakah Aspen, Colorado di United States atau kawasan bergunung-ganang di Banjaran Alps di Switzerland? Tidak. Tempat-tempat tu semua dah ketinggalan zaman kata mereka. Kalau aku memang awesome dah tu sebab tak pernah pergi hahah...kesian.
Kata seorang kerabat diraja yang sangat sukakan aktiviti ski, salji terbaik adalah di utara Jepun seperti Hokkaido, Tohoku, Niigata dan Nagano. Hah, kan aku dah announce trip Air asia X ke Niseko, Hokkaido minggu lepas? Cuba baca kat sini.
Menurutnya, salji terbaik adalah dari Siberia kerana kurang manusia dan pencemaran. Butiran salji ini diterbangkan ke utara Jepun, ke Pulau Hokkaido. Disebabkan itulah Jepun mempunyai resort ski yang terbaik di sana.
"Kenapa kami mencari salji terbaik? Kerana salji terhasil melalui heavy snowstorm yang menyebabkan timbunan salji tebal... dan awak tak boleh bayangkan betapa hebatnya perasaan berjalan di dalam salji tebal separas pinggang". Fuhhh...macam best jer. Bawalah daku ke sana please.... "Perasaannya berbeza dengan alpine skiing dimana salji lebih padat", kata kerabat tersebut yang bernama tettttt...
Jadi berapakah kos skiing trip ni? Nak juga tahu kan? Dah tahu barulah atur plan gituh.
Sama seperti trip lain jugalah, kena pastikan berapa hari nak pergi. Menurut si kerabat ni resort yang dia book tu caj RM5,000 semalam (did u read it properly?) dan beliau mungkin akan tinggal di sana empat ke lima hari. Kalau beliau ada plan nak shopping kos keseluruhan akan mencecah Rm100,000 ke RM150,000. Phewww...gileh. Boleh beli dua tiga buah apartment tu... lepas tu sewakan kat hang, hang dan hang yang umur dah masuk 30 tahun tetapi masih beralasan nak beli rumah.
Melarikan diri dari kepanasan satu hal tetapi ke manakah golongan super kaya ini pergi untuk percutian tahunan?
Ada satu kumpulan orang kaya ni suka belayar di lautan. Telah menjadi kemestian kepada sekumpulan 10 ke 15 pasangan ini setiap tahun untuk menempah cruise dan belayar melihat dunia sambil dilayan seperti raja. Walaupun di negara sendiri pun mereka dah menerima layanan seperti raja siap berdayang (maid) bagai tetapi dilayan oleh orang asia tak sama dengan mendapat layanan orang puteh. Dia puas hati giler dapat jadi bos kepada bekas penjajah tu sekejap kata si Tan Sri.
Melarikan diri dari kepanasan satu hal tetapi ke manakah golongan super kaya ini pergi untuk percutian tahunan?
Ada satu kumpulan orang kaya ni suka belayar di lautan. Telah menjadi kemestian kepada sekumpulan 10 ke 15 pasangan ini setiap tahun untuk menempah cruise dan belayar melihat dunia sambil dilayan seperti raja. Walaupun di negara sendiri pun mereka dah menerima layanan seperti raja siap berdayang (maid) bagai tetapi dilayan oleh orang asia tak sama dengan mendapat layanan orang puteh. Dia puas hati giler dapat jadi bos kepada bekas penjajah tu sekejap kata si Tan Sri.
"My wife, friends and I have been sailing for close to two decades annually. Pertamanya, kita dapat tinggal di hotel bergerak enam bintang yang boleh membawa kita ke lebih tempat berbanding hotel biasa. Ia memudahkan. Contohnya bila kami ke Mediterranean kami akan bermula di Istanbul, Turkey. Kami akan terbang ke Istanbul beberapa hari sebelum kapal belayar dan mengembara di bandar tersebut dulu. Bila dah belayar kami singgah Malta, Athens di Greece, Rome, Monaco dan beberapa lagi sebelum berakhir di Barcelona. Dari sana kami terbang ke London untuk shopping beberapa hari kemudian pulang ke Malaysia. Di atas kapal tu ada bermacam aktiviti, yang lelaki boleh berjudi memalam... ". Memang pun, kapal-kapal besar ni dah macam daratan, nak bersenam di gimnasium ke.. nak makan-makan ke.. nak berenang ke.. semua ada. Kalau ikut pakej pelayaran islamik tu siap ada ustaz bagi ceramah dan bersembahyang jemaah ditemani bulan bintang.
Ada butler service, kejutkan kita pepagi, breakfast in bed, bukakan langsir... tu yang membuatkan kita rasa macam raja. Kata si Tan Sri dia kan berhabis sekitar RM750,000 untuk percutiannya sebab membawa personal entourage sekali seperti bodyguard dan personal assistance (nak jadi PA! nak jadi PA!). Don't worry, work hard spend hard oso lah. 750 ribu ringgit tu boleh beli sebuah rumah dua tingkat yang bagus di Lembah Kelang. Hmm..besar periuk besarlah keraknya.
Bila tiba di terra firma, kumpulan jutawan ini akan tinggal di hotel hebat seperti Bvlgari di London, St Regis di Spain atau Waldorf Astoria in New York sebab hotel-hotel ini menawarkan servis kelas pertama seperti yang ditawarkan di atas kapal layar.
Anak dara gadis perempuan seorang banker ni (kenapa aku terbayangkan Misz Nina?) pula kata London dan Paris dan takde umphh. Dah macam balik kampung katanya. Menurutnya ramai daripada mereka bersekolah di London dan mereka mempunyai rumah di sana. London tu pit stop aje. Mereka lebih sukakan tempat-tempat yang eksotik yang tak ramai orang pergi ataupun masih baru seperti Moscow, Budapest dan South Africa untuk Krueger National Park Safari. Tempat-tempat macam tu lah. Eh, samalah kita. Hong Kong pun so, so, so last year. Sekarang ni orang pergi Shanghai.
Mengapa Shanghai?
Sebabnya kotaraya Shanghai sangat mahal dan ia simbol status untuk berada dan dilihat di sana (okay ai dah sampai Shanghai :-)). Hanya orang kaya baru je sibuk nak ke London, Paris, Hong Kong... kami ni dibesarkan di sana. Terasa tau, walaupun ai bukan orang kaya.
Jenama apa yang isteri VVIP ni pilih ketika membeli-belah?
Socialites yang juga isteri VVIP yang kita panggil Tai-tai Aunties, Datin/Datin Seri, Puan Seri and Toh Puan akan memilih jenama tertentu bila shopping yang menggambarkan betapa berjaya dan kayanya suami mereka.
Untuk handbag pilihan utama ialah dari French brand Hermes. The Hermes lines of Birkin, Kelly and Birkin Ostrich are the bags of choice. Nak tahu Hermes tu macam mana, sila lihat Kak Ros. Hanya yang termahal di badan dia. Harga Birkin yang termurah pun USD10,000!
Kasut pilihan pula ialah Louboutin. Selain warna merah menyala yang menjadi trademark sebatu boleh nampak, ia juga adalah kerana tiada butik Louboutin di Malaysia. Kalau ko pakai maknanya ko beli kat obersi. Ko memang kelasss gituh. Sepasang Louboutin berharga RM3,000 hingga RM10,000. Jenama lain yang disukai ialah Dior, Bally, Ferragamo and Prada.
Golongan VVIP anak-beranak ini juga meminati barang kemas dari Tiffany and Co. yang harga cincin berliannya bermula daripada RM20,000. Harclip dari Ferragamo diorang pun dah RM500 sebiji. Cari isteri yang sekufu dahlah jang, tak lena tidur nanti hahah..
Untuk wife VVIP yang up-to-date dan trendy, mereka akan memilih BCBG Maxmara, Versace, Christian Dior, Chanel, Alexander McQueen, Marc Jacobs, and Tory Burch untuk dress yang cantik. Bagi pakaian yang lebih konservatif mereka memilih local designer seperti Razwan Razwill, Rizalman, Jovian Mandagi and Seijun (Shangri La). Harga sama je mahalnya dengan brand ternama luar negara tu.
Hmmm... berapa banyaklah duit VVIP ni eh?
Okay, nak nasihat sikit.
Jika ternampak iklan tudung atau jubah berharga ratusan hingga ribuan ringgit, JANGANLAH mengecam si penjual atau pembeli. Kata-kata seperti:
Pakai tudung memahal perangai macam harem...
Pakai jubah harga beratus tu boleh dibawa ke kubur ke?
Pakai jubah beribu tu confirm masuk syurga ke?
Lebih baik bersedekah daripada beli jubah memahal!
Sindiran dan kecaman seperti ini menunjukkan kita ni masih duduk di bawah tempurung lagi. Smartphone mahal tapi fikiran tak berkembang. Ketahuilah bahawasanya ramai orang kaya di Malaysia ni. Tafsiran sederhana itu tak sama kepada semua orang. Bagi yang bergaji RM2,000 sebulan beli kain RM60 sepasang itu sederhana. Bagi yang berpendapatan RM1.5 juta setahun, mengadakan kenduri kahwin anak sebanyak RM200,000 itu masih lagi sederhana. Dan percayalah, golongan kaya ini sudah banyak bersedekah/menderma sebab tu mereka kaya. Kan Allah dah kata kalau nak kaya jiwa/harta kena banyak memberi.
Awak dan saya yang kurang mampu berjubah dan bertudung mahal duduk dendiam sudah. Kita bukan target market si penjual. Ada faham?
Tips Menabung.
Cara orang kaya dan berjaya kumpul duit.
Our iron lady Datuk Maznah Securiforce tu pernah cakap, kalau dia plan tahun tu nak bercuti ke oversea sekeluarga dan berbelanja RM100,000 dia akan cari RM100k tu. Dia tak usik bisnes yang dah ada. Panjang akal kita kalau bercampur dengan orang bisnes dan positif ni. Aku suka dengar tapi bab action slow sikit heheh..
Ini teruramah yang benar ya. Untuk membaca sumber asal tanpa ajinomoto sila baca di The Heat Malaysia.
5 Comments
ternganga jap baca amount yang diaorang spend..tapi biasalah, baru lah setaraf dengan status. Nak holiday berbulan-bulan, tak payah pikir panjang2..on the spot blh pergi vacation..
ReplyDeleteKan? Kita nak bercuti tahun depan tahun ni dah beli tiket murah hahah..
ReplyDeleteKlau korg nk kaya, just jimat dri awl berdasarkan pengalaman ma ancestors until this generations of our family
ReplyDeleteKlau korg nk kaya, just jimat dri awl berdasarkan pengalaman ma ancestors until this generations of our family
ReplyDeleteKlau korg nk kaya, just jimat dri awl berdasarkan pengalaman ma ancestors until this generations of our family
ReplyDeleteFeel free to leave your comment below. Thank you.