AirAsia X dan MYecolodge Menawarkan Pakej Pelancongan Istimewa Green Season’s ke Niseko | AirAsia X bersama MYecolodge iaitu sebuah Travellers' lodge butik ternama yang diuruskan oleh Fairlane Hospitality menawarkan pakej pelancongan 'Niseko Super Summer Saver' dari serendah RM3,900* seorang selama 5 hari 4 malam di Niseko, Hokkaido, dari Jun ke Oktober 2016. Teringinnya..... sila tempah sekarang!
Usahasama ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur oleh Tuan Yang Terutama Dr. Makio Miyagawa, Duta Jepun ke Malaysia, serta Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia X Berhad, Ms Low Su Ming, Pengarah MYecolodge, Encik Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad dan Encik Darren Wickings, Pengurus Besar Fairlane Hospitality Jepun.
"Niseko Super Summer Saver" adalah pakej pelancongan istimewa berkumpulan untuk sekurang-kurangnya 10 tetamu bagi satu kumpulan yang meliputi tiket penerbangan pergi balik ke Sapporo dari Kuala Lumpur, penginapan selama 4 atau 5 malam di MY ecolodge, pengangkutan pergi balik lapangan terbang, makanan dan minuman serta aktiviti-aktiviti berkaitan dengan harga di antara RM3, 900* hingga RM4, 800* bagi setiap tetamu. Tempoh perjalanan adalah dari Jun hingga Disember 2016 kecuali Julai 2016. Harga pakej ini juga termasuk cukai lapangan terbang, bagasi 20 kg, dan pemilihan tempat duduk standard. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Fairlane Hospitality Group Desk di nisekosupersummersaver@fairlanehospitality.com atau hubungi 03-4048 3668.
Kena cari geng 10 orang baru dapat harga tu. All in okaylah. Kos hidup di Jepun memang tinggi so please don't expect dapat harga macam pergi melancong ke negara-negara Asia Tenggara, India atau China. Yang bagusnya nak ke Jepun dah senang sekarang ni sebab tak perlukan visa lagi.
Tan Sri Rafidah Aziz sedang menunggu soalan yang tiada jawapan dalam press release. Aku sukakan cara beliau menjawab soalan, berani. Orang kaya dengan experience kan...
Dalam reramai orang sekeliling aku ni siapalah yang tak pakai ubat ketiak oi... ya Allah sesak nafas!
Tan Sri Rafidah Aziz menjawab soalan wartawan lagi. Sekarang tengah hot isu MAB nak naikkan fee and airport charges. Dengarnya they even wanted to introduce fees baru yang akan menaikkan kos operasi bukan sahaja Air Asia malah semua syarikat penerbangan yang mendarat di KLIA dan KLIA2. Di sebelah beliau ialah Benyamin Ismail, CEO Air Asia X Berhad.
Mengapa Sapporo Dipilih Sebagai Lokasi MY ecolodge?
Sapporo adalah bandar terbesar di bahagian utara Jepun di Pulau Hokkaido, juga merupakan pintu masuk ke wilayah Niseko kira-kira 100 kilometer atau dua jam setengah perjalanan dengan kereta. Dengan latar belakang Gunung Yotei iaitu gunung berapi yang aktif menyerupai Gunung Fuji, Niseko terkenal dengan landskap semulajadi yang indah dan tempat peranginan terkenal antarabangsa. Sapporo terkenal dengan beer, ski dan festival salji setiap tahun manakala Niseko terkenal sebagai resort ski. Jika belum ada bajet ke Switzerland boleh menikmati keindahan Niseko dulu tetapi dah tentu setiap tempat ada keistimewaannya tersendiri.
Pada musim panas, cuaca cerah dengan kadar kelembapan yang kurang berbanding bahagian Jepun yang lain sentiasa menarik sejumlah besar pelancong tempatan dari tanah besar Jepun serta pelancongan antarabangsa dari luar negara ke Niseko. Dengan tiga taman negara dalam dan di sekitar kawasan ini, ianya cukup untuk memuaskan hati pengunjung jangka panjang ke sini. Musim panas di sini tak sepanas Malaysia. Nyaman jer.
Pengunjung berpeluang mengembara meredah kawasan luar bandar yang tidak terusik dalam pencarian hidupan liar terkenal di Hokkaidō seperti 'momonga' (flying squirel), mencari tumbuhan unik di sekitar pulau tersebut, menyewa basikal, menghabiskan masa seharian memancing, melawat kawasan pinggir bandar semasa musim panas atau menerokai sungai-sungai di rantau ini dengan kenu atau berakit air arus deras!
Sejak Air Asia X memulakan
penerbangan ke Sapporo pada bulan Oktober tahun lepas, ia telah dengan
cepat menjadi salah satu laluan yang paling popular ke Jepun kerana
Hokkaidō adalah sesuai untuk dilawati sepanjang tahun. Bermula 22 April ini kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sapporo akan ditambah menjadi 5 kali seminggu.
KUL-Sapporo boleh tahan jauh so plan your trip properly. Hari bertolak tu jangan tidur siang, bantai buat kerja sampai penat supaya terus kroh krohhhh bila fly malam tu hehee... Aku selalu buat gitu, belum safety demo lagi dah terlentok.
MYecolodge - Penginapan Bertaraf Butik Dengan Harga Berpatutan
Menurut Darren Wickings, Pengurus Besar, Fairlane Hospitality Jepun, MY ecolodge yang baru dibuka di Niseko, Hokkaido pada Disember 2015 direka untuk menjadi mesra alam dan banyak sifat - sifat alam diterapkan ke dalam reka bentuk dan penyampaian perkhidmatan, memastikan keindahan alam semulajadi yang terkenal Niseko kekal hijau hingga ke masa depan. MY Ecolodge merupakan pilihan menarik dan memikat dengan keindahan yang memukau sesuai bagi kunjungan sepanjang tahun.
MY ecolodge menawarkan gaya hidup Niseko bersuasana dan fasiliti ski resort lima bintang dengan harga yang berpatutan. Resort butik ini memiliki 172 buah bilik penginapan double/twin and quad sharing dengan Wi Fi yang zassss laju! Selain itu ia diuruskan oleh Fairlane Hospitality yang turut menjadi pengurus hartanah mewah Shiki Niseko di sana. Mesti benchmark tinggi nih.
Komen di tetamu yang pernah menginap di My ecolodge (dari forum Tripadvisor):
"Simply incredible"
"Clean, compact and affordable"
"Awesome and very modern"
"Clean, new, tidy but expensive"
"Lots of space in the room"
"Short walk to the free shuttle service that runs every 15/20 mins, 5 minutes to town."
Resort My ecolodge tak jauh dari kampung Hirafu. Bolehlah kita tengok kampung orang kan..
Jadual Penerbangan Kuala
Lumpur, Malaysia (KUL) – Sapporo-Shin-Chitose, Japan (CTS)
No. Penerbangan
|
Dari
|
Ke
|
Berlepas
|
Tiba
|
Kekerapan
|
D7
550
|
KUL
|
CTS
|
11:35PM
|
8:10AM
|
Selasa,
Khamis, Jumaat***, Sabtu, Ahad
|
D7 551
|
CTS
|
KUL
|
9:20AM
|
5:00PM
|
Isnin,
Rabu, Jumaat, Sabtu***, Ahad
|
Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).
Untuk maklumat lanjut mengenai MY ecolodge, sila hubungi Fairlane Hospitality Group Desk:
nisekosupersummersaver@fairlanehospitality.com
Untuk maklumat lanjut mengenai MY ecolodge, sila hubungi Fairlane Hospitality Group Desk:
nisekosupersummersaver@fairlanehospitality.com
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.