Percutian Jimat Saya di Ao Nang, Krabi | Pakej Murah Ke James Bond Island



Percutian Jimat Saya di Ao Nang, Krabi | Pakej Murah Ke James Bond Island | Hari kedua di Ao Nang telah dirancang untuk ke Pulau James Bond. Puas hatilah dapat harga pakej paling rendah 950b sahaja. Ada yang pernah dapat lebih rendah ke? Beritahulah ejen mana.

Jika sebelum ni time nak minta tolong orang shoot je guna handphone, sejak hari pertama di Ao Nang aku mengambil gambar hanya menggunakan Lenovo S660 sebab lens problem. Camera handphone tu dalam keadaan terang cun ler gambarnya, dalam low lights hampeh. Lain kali kalau nak beli handphone kena menyorok bawah meja tutup dengan table cloth untuk test dulu sebelum bayar.

Pukul 8.30 van pick-up di hotel. Masa ni lah baru kita tahu ada banyak resort yang agak besar yang tidak terletak di tepi pantai. Aku pilih naik long tail boat sebab nak bersantai je, kalau nak cepat boleh book speed boat. Yang tak disangkanya naik bot panjang ni boleh lencun habis kena air laut hahaha...

Lokasi pertama yang dilawati selepas 1 jam 20 minit menaiki van ialah Monkey Cave atau Suwankhuha Temple. Aku tengok monyet-monyet tu aje tak masuk pun dalam gua yang ada reclining Buddha tu. Punyalah banyak monyet... cuak jugalah manalah tahu kot dirampasnya sunglass atau kamera macam di Bali tu. Kalau rasa nak feed the monkeys boleh beli kacang, jagung atau pisang yang dijual.
Cuba kira berapa ekor monyet dalam gambar ni.

 Bukan masuk masjid je kena tutup aurat ye... nak masuk rumah ibadat lain pun kena berpakaian sopan sesuai dengan masyarakat bertamadun. Monyet je tak perlu ikut peraturan.

 Suwankhuha Temple (Monkey Cave)


Kemudian kami naik bot dari Samchong Pier terus ke Panyee Island for lunch. Dah lama sangat teringin ke muslim village ni, kalau boleh nak berlama-lamaan melihat kawasan. Nak tengok bagaimana hebatnya orang dedulu membina kehidupan. Koh Panyee dahulunya diteroka oleh nelayan Indonesia. Mereka berpesan sesama sendiri sesiapa yang berjumpa kawasan banyak ikan, buatlah tanda dan binalah kehidupan. Sekarang ni ada 360 keluarga dengan 1,685 penduduk. Pemandangan di laut tu memmang cantik.

Sebagai seorang yang meminati masakan Thai, makanan di restoran yang kami pergi failed! Yang dihidangkan sup sayur, sup ayam, telur dadar, ayam goreng cicah sos yang anak bongsu aku pun akan kata tak pedas, ada satu lagi lauk yang macam udang tepung tapi liat macam cekodok je hehhe... err udang ada kot dan buah. Buah tu sedap, manis. Kot ye pun tak nak masak yang pedas sebab mat saleh tak tahan hidangkanlah juga tomyam. Itukan trademark Thailand. Maka betullah apa yang aku baca dalam review yang dibuat pelancong sebelum ini. Aku ingatkan mereka kata makanan tak sedap sebab bukan staple food mereka.

Sebenarnya ada banyak restoran di sana tapi tour guide kami bawa ke restoran yang itu :-( Tak puas makan.
 Kedai cenderahati di bahagian belakang restoran. Belakang lagi perkampungan air.

Tak tahulah sama ada ini padang bola yang aku nak tengok tu atau ada padang lain. Yang ini depan kelas Panyee School. Lihatlah pemandangan di sekelilingnya, kagum!



 Panyee School. Nampak tak bebudak tadika yang tengah syok tidur dalam kelas tu... kira transit lah kot.

Pernah tengok video pendek mengenai pasukan bolasepak Panyee FC yang merupakan antara pasukan terhebat di selatan Thailand? Dahulunya Panyee FC hanya berlatih di atas 'padang papan' yang dibina di atas permukaan laut. Itulah pertama kali aku dengar mengenai pulau ini and of course videographer tersebut (dan pengarahnya)  memiliki bakat yang sangat hebat. Panyee FC membuktikan kekurangan fasiliti bukanlah alasan untuk tidak menjadi pasukan yang dikagumi. Begitu jugalah SRIAS FC, Sekolah Agama Rakyat ini tanpa padang tetapi memiliki pemain boalasepak cilik yang bagus. Kalau nak berikan bantuan baju ke.. shin pad ke.. minuman ke.. atau sumbangan kewangan boleh hubungi coach mereka ya.

Sayangnya kami diberitahu hanya berhenti 30 minit di sini. Tercungap-cungap aku mencari padang tu... dah bertukar simen. Kalau lama sikit bolehlah solat di masjid kampung air tu.

(Sila tonton video Panyee FC di sini.)

Selepas itu kami 'cuci muka' lagi dalam bot untuk berkayak di Tham Lot Cave, Phang-Nga Bay (aku dengar guide kami tu sebut Thamtaluk... hmm ontahlah jang). Kita jadi penumpang je... ada tekong yang tolong kayuhkan. Tak syok sangatlah sebab tak boleh paddle sendiri. Satu kayak dua penumpang. Elok duduk seat tengah, yang depan kurang selesa sebab bahagian depan kayak kan lebih tinggi daripada bahagian lain so bila kita berlunjur tu agak tak selesalah.




 Kalau haus boleh beli air kelapa kat bot berpayung tu.


Mungkin kita tak dibenarkan berkayuh sendiri disebabkan keadaan berombak bila ramai sangat orang yang menuju ke tempat yang sama. Mencabar jugalah kalau paddle sendiri. Cantik sangat pemandangan dalam gua tu...rugilah siapa yang tak ambil pakej berkayak ni. Pengalaman berkayak keluar masuk gua sangat menarik tetapi sekejap saja. Memang kilang cetak duit betul hahah..

Selepas berkayak kita akan naik semula ke bot besar dan dihidangkan minuman. Time tengah haus tu kan dapat pula air manis nikmatnya... terasa sejuk je lalu di kerongkong. Tak cukup secawan beb.

Next, kami dibawa ke Kao Ping Kan dan James Bond Island. Beribu pelancong asing di situ terutama dari barat. Dapat bergambar sajalah, nak mandi pun terkejar-kejar masa. Nak dapatkan clean background dalam gambar? Payah beb. Ada aje yang akan enterframe.




My name is Bond, James Bond.





 National Park

My name is Khan, Shah Rukh Khan. People in Malaysia awarded me a 'datukship' so please call me Dato Shah Rukh Khan. Takde makna. Ntah apa apa ntah. Cuba namakan tempat shooting filem dia yang terkenal tu sebagai "Kebun Bunga SRK" atau "roundabout Shah Rukh Khan" atau nama lain yang berkaitan mesti bertambah ramai orang ke negara kita semata-mata nak tengok 'tempat shooting filem Shah Rukh Khan'. Rasanya di Pulau Redang je yang famous dengan bangunan yang terlibat dalam sebuah filem Hong Kong; tapi takde pula aku nampak signboard maklumat tu.

Semasa dalam perjalanan balik tu tetiba enjin bot mati. Tak tahulah rosak ke.. kehabisan minyak ke... tetiba James Bond datang to rescue us. Gituh.




Last sekali kami ke Lungkhai Fruits Garden. Ladang buah-buahan tropika yang sama macam di Malaysia ni. Suasana ladang tu best lah, berehat sebentar sambil makan buah. Kalaulah musim durian seronoknya....

Lungkhai Fruit Garden

Konklusinya, dengan harga pakej 950 baht kita akan mendapat:

- Naik van berhawa dingin ke Phang-Nga Bay
- Melawat Suwankhuha Temple (Monkey Cave). Nak masuk temple kena bayar 100b rasanya.
- Melawat Khao Ping Kan dan James Bond Island
- Berkayak di Tham Lot Cave
- Lunch di Koh Panyee muslim village
- Berehat dan mandi-manda di air terjun diluar musim kemarau
- Melawat ladang buah-buahan tropika Lungkhai Fruits Garden


Malam tu aku pergi berurut lagi. Kali ni ambil Thai massage saja... 200 baht. Kita akan dibawa bersedia di atas tilam yang bertirai sementara menunggu tukang urut. Sekali dia sampai... kussss semangat badan dia hahahhaha.... sekali tekan je prappp belakang aku. Sedaplah dia urut cuma mungkin staf baru kot, kejap ke kiri kejap ke kanan. Yang dah pro akan urut mengikut aturan, dah habis sebelah baru buat sebelah badan lagi.


**Sekilas mengenai Panyee Football Club.

TMB bank have launched a new brand vision "Make THE Difference" by making a film to inspire people to start thinking differently. With a hope that they will start to Make THE Difference to their own world. It doesn't have to be big, but a little can create positive changes. This film is based on a true story. In 1986 a football team that lived on a little island in the south of Thailand called "Koh Panyee". It's a floating village in the middle of the sea that has not an inch of soil. The kids that lived there loved to watch football on TV, and really wanted to play for themselve The kids here loved to watch football but had nowhere to play or practice. 


in 1986, a group of young football (soccer) fans in the island fishing village of koh panyee decided to start their own football team. recognizing that their rocky island provided no open space for the sport, the children collected scrap wood and built a floating dock in the middle of the ocean to serve as their field. Their passion and ingenuity, combined with the technical skills they developed through practice on such a small, rough field, were the start of history. the team began to enter competitions on the mainland, and their success turned the Panyee FC into what is today one of southern thailand’s best football clubs, having won the ‘youth champions of southern thailand’ competition for the last seven years.



Post a Comment

0 Comments