Percutian Jimat Saya di Ao Nang, Krabi | Menikmati Ao Nang Dengan Roda Dua | Hari ketiga di Ao Nang hanya untuk bersantai-santai saja. Berpagian di tepi pantai untuk menikmati pemandangan indah di situ. Sungguh tenang dan mendamaikan suasana tepi laut dengan deretan bot berlabuh. Tak jemu mata memandang.
Aku membuat keputusan untuk tidak mengikuti mana-mana pakej ke pulau selepas mek saleh yang bersama ke James Bond Island beritahu dia frustrated sebab tour package yang dia ikuti ke Phi Phi Island hanya sebentar. Tak puas relaks dan mandi air laut yang jernih. Pengalaman aku sendiri pun begitu. Rushing sangat semasa di Koh Panyee. Kena berangan untuk datang kembali ke Krabi. Pakej memang banyak, nak pergi ke pulau-pulau, nak menunggang gajah, nak berkayak, nak naik ATV, nak hiking... semua ada. Hulur saja THB atau USD.
Aku sewa sebuah motorsikal dengan kadar 200b untuk 24 jam. Awalnya nak sewa sekejap je tapi dia kata rate sama so no choice lah.
Motor-motor yang disediakan dibasuh setiap hari dan dilap sampai berkilat. Helmet pun menarik dengan pelbagai warna dan corak. Mereka bagi pinjam Yamaha dengan minyak setengah tank. Minyak tu cukup untuk 50km perjalanan tapi aku isi juga seliter sebab bercadang nak ke tempat-tempat lain juga. Apa nak dirisaukan sangat... kalau jarum tu tunjuk kat 'E' sekalipun bukannya terus mati, ada buffer lagi. Tergelak mamat kat petrol station tu bila dengar aku nak top-up seliter hehe..
Helmet wajib dipakai di Ao Nang. Siang tu aku pakailah sebab nak berjalan jauh tapi ramai je yang boleng aku tengok. Relaks je lalu depan polis trafik hehe... only in Thailand! Seronoknya dapat menunggang motor tepi pantai dengan tak berhelmet, berangin je. Rasa lega lepas bebas tanpa peraturan jalan raya hahah... tapi dalam berita beberapa hari lepas Thai authority pun nak enforce dengan lebih tegas undang-undang jalan raya mereka. Aku sukalah cara sekarang ni... kalau bermotor di Langkawi tak perlu pakai helmet kan best.
Tujuan yang pertama ke Krabi Outlet Village di Krabi. Sempat jugalah singgah masjid Ao Nang dan Central Krabi mosque sekadar bergambar. Dari Ao Nang ke Krabi senang je... ikut je signboard ke Krabi. Ada jalan shortcut tapi masa balik tu baru tahu. Masa nak balik ke Ao Nang tu confuse sikit sebab aku dari pekan Krabi, main agak-agak je route yang driver songteaw bawa hari pertama dulu. Time pergi lalu depan Masjid Ao Nang time balik lalu Noppara Tharat Beach gituh. Sampai juga kan?
Krabi Outlet Village black out semasa aku sampai tu. Acaner? Staf pun dok berkipas tangan. Outlet ni tak besar sangat sekejap je dah habis pusing. Aku lepaklah kat luar tu dalam setengah jam mengunyah gajus yang umphhh sedapnya dengan harapan bekalan elektrik akan pulih tapi nan hado... aku pun start enjin pergi ke Tesco Lotus pula. Sama kes tapi di sini teranglah sebab guna generator. Kedai kekecil dalam tu tutup. Bahayakan... Di food court Tesco Lotus dan Big-C disediakan sebekas air panas untuk merendam sudu garfu. Bagus!
Ke mana lagi nak pergi eh? Aku bawa motor hingga ke airport mencari Central Mosque tapi tak berjumpa sebab mencari di salah tempat hehe... rupanya terletak di jalan menuju Ao Nang. Ngeh. Terbakar muko den dek panas matahari. Nasib baik dah laku hahah..
Petang tu singgah di Nopparat Thara Beach malam pun pergi lagi. Banyak juga hotel/resort di sini tetapi tak happening macam Ao Nang. Seriously aku suka Ao Nang.
SUNSET IN AO NANG
Menunggu matahari terbenam.
Pantainya sepanjang 5km bersebelahan Ao Nang dan terbahagi kepada dua oleh sungai. Yang berkongsi jalan pantai dengan Ao Nang ini lebih maju. Ia lebih dikenali sebagai Klong Haeng atau 'sungai kering' oleh penduduk tempatan yang merujuk kepada air laut yang surut begitu jauh sehingga kita boleh berjalan ke pulau di hadapannya.
Nama Noppharat Thara sebenarnya adalah nama taman negara yang juga terletak di situ. Tak ramai pelancong sunbathing di pantai ini kerana mereka lebih suka melakukannya di pulau-pulau yang lebih cantik dan jernih airnya seperti Hong island dan Phi Phi Island.
Kawasan perniagaan di pantai ini terbahagi kepada dua. Satu seksyen cantik dengan kedai kemas tersusun siap menjual barangan branded dan ada kolam ikan karp. Satu seksyen lagi biasa biasa sahaja nampak macam diusahakan orang kampung.
AKTIVITI MALAM DI AO NANG
Aku suka lepak berdekatan dengan Violin Corner Bar & Grill sebab ada persembahan nyanyian sambil bermain biola. Setiap malam tempat tu memang penuh dan tourists veteran enjoy menari di luar bar tersebut. Seronok melihat mereka menari dengan pasangan masing-masing.
Dimana Violin Corner Bar & Grill? Susur jalan ke McDonald. Dari pantai tu terus naik ke atas.
Malam tu berurut lagi. Kali ini di Sabai Massage, lorong menuju Peace Resort & Spa. Kiranya bertentangan dengan Mc Donald jugalah. Masseuse Suk terbaiklah! She's very experience dan bersopan. Gembira dapat bagi sedikit tips kat dia. Oh ya, how much tips should we give? Range nya 10-20% daripada harga servis. Kalau kita bagi terlebih sangat ia akan merosakkan market.
Oleh sebab last day baru sewa motorsikal maka barulah tahu di atas sana ada masjid. Masjid Ao Nang bertentangan dengan Ibis Hotel. Senanglah awak nak solat Subuh berjemaah di masjid kalau stay sini. Di malam hari ada ramai peniaga muslim berniaga makanan dan souvenir seperti t-shirt di depan masjid ni.
Nak beli souvenir murah?
Sila cari gerai tepi jalan di depan Jose Pizzeria on the way ke McDonald. Harga key-chain dan fridge magnet yang dijualnya lebih murah daripada kedai-kedai di sepanjang Ao Nang Beach tu. Permintaan untuk diskaun tak akan dilayan.
BANGLA GATAL DI AO NANG
Malam kedua di Ao Nang aku minum di satu Indian Restaurant tu. Yang approach kita di luar tu boleh cakap Melayu, "mari kak minum teh tarik, roti canai pun ada..." gittewww ayat standard nak menarik Malaysians.
Waiter di dalam pun asal Bangladesh juga. Masa dia hantar teh tarik tu kan dia cakap, "kaka nak order apa bagi tahu saya. Kaka nak jumpa saya, saya habis kerja pukul 11". Aku senyum je lah.
Bila aku nak balik dia cakap lagi yang dia akan habis kerja pukul 11 malam. Motif ???
Pekerja Bangladesh tu pernah bekerja di Malaysia selama tiga tahun. See, dok negara kita tiga tahun pun kemain fasih cakap Melayu. Mereka ni sebenarnya 3-6 bulan dah boleh menuturkan BAHASA KEBANGSAAN KITA dengan baik. But some of us Malaysians? krik krik..
Malam esoknya selepas berurut aku terpaksa melalui restoran itu lagi, Aku berjalan laju sambil memandang ke seberang jalan, tetiba dia terpacul, "kenapa kaka tak datang semalam? Saya sudah cakap saya habis kerja di pukul 11. Nanti pukul 11 kaka tunggu..". Ko pehal? Desperate sangat ke? Gila! Aku merungut dalam hati je la... jalan terus lelaju. Vongoks. Hahahah...
JADI MENARIK SANGAT KE AO NANG? BEST KE?
Aku suka Ao Nang. Very relaxing.
Walaupun ramai pelancong tapi Ao Nang tenang je dan banyak pulau serta lokasi/aktiviti menarik boleh kita buat/kunjungi dari sini. Yang kuperhatikan ramai Bangladeshis/Indian/Pakistan berniaga di sini. Di Ao Nang ni tak pula nampak ramai wanita Thai menjadi social escort. Mungkin masyarakat muslim sama ramai dengan non muslim kot.
Krabi Outlet Village black out semasa aku sampai tu. Acaner? Staf pun dok berkipas tangan. Outlet ni tak besar sangat sekejap je dah habis pusing. Aku lepaklah kat luar tu dalam setengah jam mengunyah gajus yang umphhh sedapnya dengan harapan bekalan elektrik akan pulih tapi nan hado... aku pun start enjin pergi ke Tesco Lotus pula. Sama kes tapi di sini teranglah sebab guna generator. Kedai kekecil dalam tu tutup. Bahayakan... Di food court Tesco Lotus dan Big-C disediakan sebekas air panas untuk merendam sudu garfu. Bagus!
Krabi Outlet Village
Ke mana lagi nak pergi eh? Aku bawa motor hingga ke airport mencari Central Mosque tapi tak berjumpa sebab mencari di salah tempat hehe... rupanya terletak di jalan menuju Ao Nang. Ngeh. Terbakar muko den dek panas matahari. Nasib baik dah laku hahah..
Krabi Central Mosque
SUNSET IN AO NANG
Menunggu matahari terbenam.
NOPPARAT THARA BEACHPantainya sepanjang 5km bersebelahan Ao Nang dan terbahagi kepada dua oleh sungai. Yang berkongsi jalan pantai dengan Ao Nang ini lebih maju. Ia lebih dikenali sebagai Klong Haeng atau 'sungai kering' oleh penduduk tempatan yang merujuk kepada air laut yang surut begitu jauh sehingga kita boleh berjalan ke pulau di hadapannya.
Nama Noppharat Thara sebenarnya adalah nama taman negara yang juga terletak di situ. Tak ramai pelancong sunbathing di pantai ini kerana mereka lebih suka melakukannya di pulau-pulau yang lebih cantik dan jernih airnya seperti Hong island dan Phi Phi Island.
Kawasan perniagaan di pantai ini terbahagi kepada dua. Satu seksyen cantik dengan kedai kemas tersusun siap menjual barangan branded dan ada kolam ikan karp. Satu seksyen lagi biasa biasa sahaja nampak macam diusahakan orang kampung.
AKTIVITI MALAM DI AO NANG
Aku suka lepak berdekatan dengan Violin Corner Bar & Grill sebab ada persembahan nyanyian sambil bermain biola. Setiap malam tempat tu memang penuh dan tourists veteran enjoy menari di luar bar tersebut. Seronok melihat mereka menari dengan pasangan masing-masing.
Dimana Violin Corner Bar & Grill? Susur jalan ke McDonald. Dari pantai tu terus naik ke atas.
Malam tu berurut lagi. Kali ini di Sabai Massage, lorong menuju Peace Resort & Spa. Kiranya bertentangan dengan Mc Donald jugalah. Masseuse Suk terbaiklah! She's very experience dan bersopan. Gembira dapat bagi sedikit tips kat dia. Oh ya, how much tips should we give? Range nya 10-20% daripada harga servis. Kalau kita bagi terlebih sangat ia akan merosakkan market.
Oleh sebab last day baru sewa motorsikal maka barulah tahu di atas sana ada masjid. Masjid Ao Nang bertentangan dengan Ibis Hotel. Senanglah awak nak solat Subuh berjemaah di masjid kalau stay sini. Di malam hari ada ramai peniaga muslim berniaga makanan dan souvenir seperti t-shirt di depan masjid ni.
Ao Nang Mosque
Halal street food ini berdekatan dengan Krabi Resort. Selepas Noppara Tharat Beach dan sebelum memasuki kawasan pantai Ao Nang kita akan jumpa deretan gerai ini. Dibuka petang hingga malam. Ramaiii pelanggannya, mat saleh pun suka makan di sini tapi agak bersepah sikitlah disebabkan pinggan kertas yang lambat dikutip dan yang diterbangkan angin. Elok jika mereka menyediakan tong sampah supaya senang pelanggan membuang saki baki makanan.
Sila cari gerai tepi jalan di depan Jose Pizzeria on the way ke McDonald. Harga key-chain dan fridge magnet yang dijualnya lebih murah daripada kedai-kedai di sepanjang Ao Nang Beach tu. Permintaan untuk diskaun tak akan dilayan.
Seni kreatif di atas kulit kerbau
BANGLA GATAL DI AO NANG
Malam kedua di Ao Nang aku minum di satu Indian Restaurant tu. Yang approach kita di luar tu boleh cakap Melayu, "mari kak minum teh tarik, roti canai pun ada..." gittewww ayat standard nak menarik Malaysians.
Waiter di dalam pun asal Bangladesh juga. Masa dia hantar teh tarik tu kan dia cakap, "kaka nak order apa bagi tahu saya. Kaka nak jumpa saya, saya habis kerja pukul 11". Aku senyum je lah.
Bila aku nak balik dia cakap lagi yang dia akan habis kerja pukul 11 malam. Motif ???
Pekerja Bangladesh tu pernah bekerja di Malaysia selama tiga tahun. See, dok negara kita tiga tahun pun kemain fasih cakap Melayu. Mereka ni sebenarnya 3-6 bulan dah boleh menuturkan BAHASA KEBANGSAAN KITA dengan baik. But some of us Malaysians? krik krik..
Malam esoknya selepas berurut aku terpaksa melalui restoran itu lagi, Aku berjalan laju sambil memandang ke seberang jalan, tetiba dia terpacul, "kenapa kaka tak datang semalam? Saya sudah cakap saya habis kerja di pukul 11. Nanti pukul 11 kaka tunggu..". Ko pehal? Desperate sangat ke? Gila! Aku merungut dalam hati je la... jalan terus lelaju. Vongoks. Hahahah...
JADI MENARIK SANGAT KE AO NANG? BEST KE?
Aku suka Ao Nang. Very relaxing.
Walaupun ramai pelancong tapi Ao Nang tenang je dan banyak pulau serta lokasi/aktiviti menarik boleh kita buat/kunjungi dari sini. Yang kuperhatikan ramai Bangladeshis/Indian/Pakistan berniaga di sini. Di Ao Nang ni tak pula nampak ramai wanita Thai menjadi social escort. Mungkin masyarakat muslim sama ramai dengan non muslim kot.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.