Mengendap Buaya di Kampung Melayu Bako
| Bako National Park merupakan sebuah taman negara yang terletak di Sarawak. Terletak 30km dari bandaraya Kuching, ia sangat terkenal di kalangan pelancong yang sukakan alam semulajadi. Daripada 47,450 juta pelancong ke Taman Negara Bako tahun 2014, 75% ada pelancong asing. Popular sungguh.
Okay kita lupakan sebentar kisah taman negara. Untuk ke taman negara itu kita perlu menaiki bot selama 30 minit dan melepasi Kampung Melayu Bako yang merupakan salah satu daripada empat kampung Melayu yang tertua di Sarawak. Kampung yang berusia 165 tahun ini hanya sepelaungan dari jeti Kampung Bako.
Pemandangan dari jeti
Sumber di sini.
Masih menggunakan bot dan sampan sebagai medium pengangkutan (apa nak buat, jambatan belum ada...hiks), kampung asal terbentuk akibat penghijrahan orang dari Brunei dan Sambas. 'Bako' ialah bakau dalam bahasa Melayu Sarawak. Diberikan nama sedemikian kerana dahulu banyak pokok bakau tumbuh di sekitar kampung tersebut. Orang dedulu takde nak memikir nama yang complicated sangat.
Kampung Bako dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu Kg Bako Hulu, Kg Bako Hilir, Kg Bako Indah, Kg Bako Hijrah dan Taman Mesra Bako. Kg Bako Hulu dan Hilir adalah kampung yang asal.
Pemandangan semasa air sungai surut.
Adik-adik bersilat menyambut kami
Kanak-kanak riang... Pernah tak dengar orang ajar cara nak confirm sama ada objek yang kita lihat di malam hari tu manusia ke hantu? haaa... kena buat camni hahahha..
Pergi Sarawak jangan tak makan sayur midin ni. Sedapnya lahaiiii..
Masjid Kampung Melayu Bako di atas bukit. Mungkin untuk mengelakkan daripada dilimpahi air pasang.
APA YANG MENARIK DI KAMPUNG MELAYU BAKO?
Koop Warisan Pelancongan Bako ialah koperasi yang ditubuhkan untuk meningkatkan ekonomi penduduk kampung tersebut. Dengan 80 orang ahli, ia menguruskan produk-produk pelancongan seperti homestay, perkhidmatan bot, pembuatan belacan dan pakej jelajah budaya.
Perkhidmatan Bot Ke Taman Negara Bako
Setelah diuruskan oleh pihak koperasi perkhidmatannya lebih tersusun dengan ciri keselamatan dititikberatkan. Tambang juga diseragamkan supaya tiada penipuan.
Tak tahulah pula masih adakah atau tidak perkhidmatan bot ke bandaraya Kuching melalui Sungai Bako tu. Dahulu, lama dululah... the boat ride takes two hours to Kuching. Jalan darat telah memendekkan tempoh tersebut menjadi 45 minit sahaja.
Aku agak belacan di sini sedap kerana jumlah belacan yang dikeluarkan agak tinggi. Eh, memang sedap! kami dah rasa lunch kat kampung tu.
Pakej menyusuri sungai Bako hingga ke laut ni membawa kita melihat perkampungan nelayan, cara mereka menangkap ikan dan menikmati pemandangan hutan paya bakau yang di sana. Ada beberapa spesis bakau di Kampung Melayu Bako.
Pakej terbaru yang diperkenalkan ialah "crocodile watching" atau mengendap buaya. Menurut kajian yang dilakukan diwaktu malam, terdapat kira-kira 60 ekor buaya menghuni hulu Sungai Bako hingga ke Bako Causeway sejauh 30km. Secara purata ada dua ekor abang kawasan setiap kilometer sungai. Menarik!
Pakej jelajah budaya lebih digemari pelancong asing. Macam kita pergi Melaka mesti nak naik River Cruise kerana di tempat lain tak ada. Kata tour guide, pelancong dari semenanjung lebih sukakan aktiviti shopping. Giler tak suka? hahah....
Marilah kita melancong #dekatJe... terdapat banyak lokasi pelancongan menarik sekitar 40km radius dari bandaraya Kuching, Sarawak.
Perkhidmatan Bot Ke Taman Negara Bako
Setelah diuruskan oleh pihak koperasi perkhidmatannya lebih tersusun dengan ciri keselamatan dititikberatkan. Tambang juga diseragamkan supaya tiada penipuan.
Tak tahulah pula masih adakah atau tidak perkhidmatan bot ke bandaraya Kuching melalui Sungai Bako tu. Dahulu, lama dululah... the boat ride takes two hours to Kuching. Jalan darat telah memendekkan tempoh tersebut menjadi 45 minit sahaja.
Sebelum melawat Kampung Melayu Bako kami dibawa 'jalan jalan' hingga ke Bako National Park.
Industri Pembuatan BelacanAku agak belacan di sini sedap kerana jumlah belacan yang dikeluarkan agak tinggi. Eh, memang sedap! kami dah rasa lunch kat kampung tu.
Pakej Pelancongan Jelajah BudayaPakej menyusuri sungai Bako hingga ke laut ni membawa kita melihat perkampungan nelayan, cara mereka menangkap ikan dan menikmati pemandangan hutan paya bakau yang di sana. Ada beberapa spesis bakau di Kampung Melayu Bako.
Pakej terbaru yang diperkenalkan ialah "crocodile watching" atau mengendap buaya. Menurut kajian yang dilakukan diwaktu malam, terdapat kira-kira 60 ekor buaya menghuni hulu Sungai Bako hingga ke Bako Causeway sejauh 30km. Secara purata ada dua ekor abang kawasan setiap kilometer sungai. Menarik!
Pakej jelajah budaya lebih digemari pelancong asing. Macam kita pergi Melaka mesti nak naik River Cruise kerana di tempat lain tak ada. Kata tour guide, pelancong dari semenanjung lebih sukakan aktiviti shopping. Giler tak suka? hahah....
Marilah kita melancong #dekatJe... terdapat banyak lokasi pelancongan menarik sekitar 40km radius dari bandaraya Kuching, Sarawak.
Pemandangan dari masjid.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.