Ruins of St Paul's | Tinggalan Portugis di Macau



Ruins of St Paul's | Tinggalan Portugis di Macau | Seperti yang telah kuberitahu dalam blogpost terdahulu, kami landed di Macau kemudian terus ke Hong Kong. Setelah tiga malam di Hong Kong kami kembali ke Macau semula. Kali ini tambang feri HKD200 pula, naik KHD50 sebab beli dengan ejen. Hari Ahad, tiket cepat habis di kaunter.

Ada orang pesimis bila kita kata nak ke Macau. "Buat apa? Kan banyak kasino di situ... tempat orang berjudi. Pergilah tempat yang boleh dapat pahala", katanya. Beginilah. Jika kita mencari kebaikan dimana-mana pun kita akan berjumpa kebaikan. Kalau jiwa kita tu sakit berbagai keburukan kita boleh nampak di sekeliling kita. Kita pergi Macau bukan nak main judi pun, sekadar melihat suasana. Itupun bukannya dapat masuk ruang ekslusif. Kawan aku tu setiap kali kami cross kasino kena check passport sebab guard tu suspek umur dia dibawah 18 tahun. Biar betik?? Nampak sangat aku dah telebih umur.

Frankly, aku lebih suka senibina di Macau berbanding Hong Kong. Macau dahulunya pernah dijajah Portugis sebab itu bangunan lamanya unik dan berseni dan masih dikekalkan bentuk asalnya sebagai warisan negara. Nama jalan pun masih berbau nama kampung Cristiano Ronaldo.

Macau tidak terlalu besar. Jika kita mula melawat tarikan pelancongannya di awal pagi lewat petang selesailah. Dan semestinya tempat yang kita nak tuju tu berpilih-pilih kan? Jarang orang pergi kesemua tempat.


Kita mulakan dengan bagaimana nak ke Ruins of St Paul's?

Dari Macau Ferry Terminal, kita tunggu bas di hentian depan MFT. Tak perlu melintas jalan sebab yang di seberang tu hanya untuk shuttle bus ke kasino.

Naik bas yang bernombor 3, 3A, 4, 8A, 10, 10A, 11, 18, 19, 21A, 26A, 33 bus ke The Av. De Almeida Ribeiro dan turun Senado Square. Orang sana sebut turun di San Ma Lo. Tiket berharga HKD1.50. Keep your eye to the right. Dah nampak pejabat pos dan Senado Square tekan loceng. Jangan harap bus driver nak melayan sebarang pertanyaan and expect the crowd. Muka driver di Hong dan Macau macam takde perasaan hahaha... tapi berdisiplin.

Dari Senado Square ni, berjalanlah terus ke belakang mengikut signboard. Ada banyak kedai-kedai dan bangunan bersejarah yang menarik. Dah namanya pun kawasan bersejarah kan? Philippino pun ramai di sini sebab hari Ahad mereka dapat cuti rehat untuk bersembahyang di gereja.

 Bas akan datang dari arah kanan. Bila dah nampak air pancut di Senado Square ni bolehlah tekan loceng.


Cantik jalan di sini. Jenuh jugalah mencari hotel sebab polis pun tak fasih berbahasa Inggeris.


Apakah Ruins of St Paul's?


Ruins of St Paul's merupakan puing-puing kompleks bangunan kurun ke-16 yang dulunya ialah St Paul's College dan Gereja St Paul yang juga dikenali sebagai "Mater Dei". Gereja yang digunakan pada kurun ke-17 ini didedikasikan kepada Saint Paul the Apostle. Kini tinggalan penjajah Portugis ini merupakan mercu tanda penting Macau yang menjadi lokasi wajib pergi kepada para pelancong. Pada tahun 2005 ia secara rasminya disenaraikan di dalam UNESCO World Heritage Site sebagai sebahagian lokasi bersejarah Macau.
Yang tinggal hanyalah bahagian hadapan serta tangga Church of Mater Dei yang dibina pada tahun  1602-1640 dan sisa St. Paul’s College, yang terletak bersebelahan. Kedua-duanya musnah dalam kebakaran pada 1835. Mount Fortress yang menjadi kubu suatu ketika dahulu, Church of Mater Dei dan St. Paul’s College membentuk Macao acropolis.


Ruins of St Paul's  terletak di dalam kawasan UNESCO World Heritage Site. Kalaulah aku memiliki salah sebuah apartment di kiri tu hmmm... jadi makcik kayolah aku. Aku buat rumah tumpangan ler... hari hari ada pelancong asing.



Bahagian hadapan gereja selebar 23 meter dengan ketinggian 25.5 meter dibahagikan kepada lima tingkat. Motif hadapannya berorientasikan gaya oriental gabungan Eropah, China dan sebahagian Asia.




Berpuluh ribu orang di sini, sesak! Cik kak tu pun turut menambah kesesakan hehee..

Di kawasan ini semerbak dengan bau biskut kacang yang terkenal tu. Kebanyakan pelancong akan membeli berkotak-kotak biskut kacang untuk dibawa pulang. Macam sedapppp jer... tapi dijual di dalam kedai makanan yang kita tak boleh makan. Lupakanlah.




Museum De Arte Sacra @ Museum of Sacred Art
Di belakang Ruins of St Paul's ada sebuah muzium yang mempamerkan artifak bernilai tinggi yang mereka jumpai di kawasan tersebut yang menunjukkan kehadiran Portugis beratus tahun dahulu. Jumlah pengunjung dihadkan dalam satu satu masa kerana ruangnya yang kecil.






 Tak puas mengeksplorasi kompleks bersejarah ini, rasa nak repeat dalam masa terdekat.










Post a Comment

2 Comments

  1. GREAT EXPERIENCE!

    JOM FOLLOW ME http://zindanazie.blogspot.my/2015/10/koleksi-warna-terbaru-werda-sofia.html

    ReplyDelete
  2. Pretty! This has been a really wonderful article. Thanks
    for providing this information.

    Visit my weblog low carb diet plan

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.