Restoran Makanan Halal di Hong Kong



Restoran Makanan Halal di Hong Kong | Assalamualaikum. For muslim travellers, ni ai nak tolong mudahkan hidup you. Tak perlu tergagau-gagau mencari restoran halal.


Sebenarnya di Hong Kong tidaklah susah benar mencari makanan halal sebab ramai orang Arab, Pakistan dan Indonesia di sana. As we know mereka ni termasuk dari India pergi memana pun akan membina koloninya sendiri. Terdapat 250,000 penganut Islam di Hong Kong dengan 120,000 daripadanya adalah rakyat Indonesia yang kebanyakannya menjadi pekerja domestik selain penduduk tempatan dan imigran dari Pakistan yang telah lama menetap di Hong Kong. Berjalan je jumpalah mereka ni.

Permintaan untuk halal food sangat tinggi. Ketika ini terdapat 55 restoran halal yang berdaftar secara rasmi dengan Incorporated Trustees of the Islamic of Hong Kong  yang yang mengawal selia hal ehwal agama Islam dan penduduk muslim. Namun begitu kebanyakan restoran kecil tidak berdaftar tetapi mempamerkan logo halal di premis mereka.

Masa ke Hong Kong selepas Aidilfitri hari tu aku menginap di Chungking Mansion di Tsim Sha Sui, Kowloon. Area ni memng senanglah nak makan. Turun MTR di stesen TST dan keluar mana-mana exit pun berdekatan je kesemua restoran tu dan berdekatan juga dengan Kowloon Islamic Centre. Selain dari sini kawasan Causeway Bay juga ada banyak restoran yang offer halal food. Walaupun bila tukar duit kita akan dapat sekali ganda banyaknya dari MYR tetapi harga barangan dan makanan boleh tahan mahal.


Untuk kemudahan bakal pelancong ke sana aku tolong senaraikan beberapa tempat. 

Chungking Mansion
36-44 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, HK

Dalam bangunan ni ada beberapa restoran di tingkat bawah dan satu. Roti canai dan teh tarik ada di ground floor. Bosnya boleh bercakap Melayu sikit sikit. 

Aku lebih suka pizza di tingkat satu, Bismillah kot namanaya. Sebiji pizza tu HKD240! matilanakkk....hahah..sekeping HKD20. Sedap! Kebab nampak sedap tapi tak beli sebab 36 ringgit sebiji hehe..

Aku suka makanan Arab tapi harganya agak mahal. Eh, memang mahal! Jadi dua kali je aku makan di restoran Arab selama di Hong Kong. Turkish Kebab Restaurant di ground floor. Semuanya nampak sedap dan membuatkan aku kecur air liur. Nasi dengan kari ayam 60HKD, set nasi dan ikan 68HKD, beef steak 98HKD. Fuhhhh...


Ziafat Arabic Cuisine
6/F, Harilela Mansion, 81 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, HK
Tel: 23121015 Emel: ziafat@netvigator.com

Kami datang pagi restoran tak buka lagi. Mereka juga ada hotel dengan nama yang sama.


Al-Maidah
13 G/F, Tsim Sha Tsui Mansion, 83-97 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, HK
Tel: 2367 7288 Emel: almaidah@netvigator.com


MR Kebab
6, 2/F, Haiphong mansion, 51-54 & 55 Haiphong Road, Tsim Sha Tsui, Kowloon, HK
Tel: 2324466 (berdekatan MTR TST exit A1 dan Kowloon Islamic Centre)

Dah tahu portion nasi tu besar tapi terlupa juga, pi order seorang sepinggan hahah..amekkau.. jenuh nak perabih. Aku order teh 'o' seteko minum sorang je hehe...lepas gian sebab dah dua hari tak minum teh O. Sedap, dimasukkan daun pudina sekali. Habis RM40 seorang.

Selain daripada itu ada banyak restoran halal lain di Kowloon antaranya Restoran Mughal Club dan Istanbul Kebab (depan Charterhouse Hotel) sekitar Masjid Ammar.


Islamic Centre Canteen (Masjid Ammar juga di sini)
5/F, Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Oi Kwan Road, Wanchai, HK
Tel: (852) 2834 8211 
Breakfast & Lunch: 10am-3pm, Dinner 6pm-9pm (open daily)


Orang kata dim sum di Hong Kong sangat sedap dan kalau teringin nak merasa kenalah cuba di sini kerana halal. Selain dim sum makanan lain di kantin ini dijual dengan harga yag berpatutan. Aku mengada order kue teaw goreng daging hmm.. tak kena dengan tekak tapi paksalah juga makan sampai habis. Kawan sebelah laju je makan dim sum.

Kantin di tingkat 5, tempat berwuduk tingkat 1, tempat solat lelaki di tingkat 2 dan 3 untuk wanita. Nak makan nasi/mee/kue teaw kena pesan, untuk dim sum kena pergi ke meja kaunter dim sum, tunjuk je Dim Sum yang mana yang ingin anda makan. Rasanya tiada tax dikenakan di sini.

Nak ke sini boleh turun di MTR Wanchai atau Causebay Bay. Kalau naik teksi beritahu nak turun di Islamic Centre di Oi Kwan Road, Wanchai. Kalau dia tak tahu cakap nak turun di Morrison Hill Swimming Pool. Lokasinya tak jauh dari situ, boleh bertanya jika tak tahu arah.. mesti ada je orang Indonesia dan Filipina lalu lalang di situ.

Jika dari stesen MTR Wanchai
Keluar di Exit A3 berjalan ke kiri menuju Hennesy Road. Pastikan laluan tram di sebelah kiri dan kita akan melepasi McDonald, Watson dan Starbuck di sebelah kanan. Agak jauh jugalah berjalan dan pastikan tram di sebelah kiri ya. Bila sampai di satu shopping mall ni, CCWU Building, masuk situ dan keluar ikut tangga belakang yang keluar ke Wanchai Road. Berjalan ke kiri 50m dan bila sampai traffic light melintas ke kanan, jalan terus dan belok kiri sehingga berjumpa Osman Ramju Sadick Islamic Centre. Sila naik ke tingkat 5.

Jika dari stesen MTR Causeway Bay
Keluar di Exit D2 menuju Yee Wo Street lalu menyeberang ke hentian tram di tengah. Naik tram dan turun di hentian yang berada di bawah flyover Canal Road. Sila pastikan DBS Bank di seberangnya. Berjalan ke kiri hingga ke lampu isyarat kemudian belok ke kiri ke Tin Lok Road, berjalan lagi lalu belok ke kanan pula ke Wanchai Road dan akhirnya ke kiri ke Tak Yan Street yang bersambung dengan Oi Kwan Road.

Jika menggunakan feri
Why not try something different? Naik MTR dan teksi memang pantas tetapi naik feri mesti menarik kan? Sesiapa yang menginap sekitar Avenue of Stars seperti Peninsula Hotel bolehlah naik feri dari Star Ferry Pier dan turun di Wanchai.

Kekerapan feri setiap 10 minit dan tempoh perjalanan 15 minit. Jika naik waktu malam feri akan berhenti 5 minit di tengah perjalanan untuk memberi peluang penumpang mengambil gambar Symphony of Lights. Bila dah sampai Wanchai boleh naik teksi atau berjalan kaki 20 minit mengikut map di bawah. Senang jer...

Tambang feri:
Hari bekerja : HKD2.50
Jumaat dan hujung minggu: HKD3.40

MAP


Ebeneezer's (Kebab & Pizza), Ngong Ping Village
Restoran ini untuk si pemakan yang berada di cable car station di Ngong Ping Village. Bagi yang datang dengan cable car restoran ni berada di sebelah kanan. Restoran ni diantara yang depan sekali dalam barisan kedai-kedai.  

Kalau datang dengan bas, lepas turun bas jalan ke arah cable car station. Lintas banyak kedai-kedai. Restoren ni betul-betul dekat dengan cable car station.

Untuk ke Ebeneezer's ada dua pilihan pengangkutan:

Option 1
Naik MTR sampai station Tung Chung. Naik cable car ke Ngong Ping Village dari cable car station sebelah Citigate Outlet.

Option 2
Naik MTR sampai station Tung Chung. Dari cable car station belok ke kanan untuk naik bas ke Ngong Ping Village dengan tambang sehala HKD17.20. Kekerapan setiap 30 minit. 


Disneyland
Ada dua restoran halal iaitu Tahitian Terrace di Adventureland dan Explorer’s Club Restaurant di Mystic Point. Harganya? wowowoooo.... Senang je nak mencarinya, sila dapatkan map! hahaha.. 


Ocean Park
Sila cari Lakeside Snacks.


Cukuplah tu kot eh? Nak lagi banyak list boleh baca di sini. Ada senarai je tapi cara nak pergi tak ada hehe..


Post a Comment

1 Comments

  1. Hello, everything is going fine here and ofcourse every one is
    sharing information, that's actually good, keep up writing.



    My weblog - The Easy Life System

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.