Berkelah di Homestay Kampung Melayu Tebakang



Berkelah di Homestay Kampung Melayu Tebakang | Inginkan sesuatu yang menarik? Meh akak nak cerita tentang keistimewaan inap desa atau homestay di Sarawak ni.


Di mana letaknya Kampung Melayu Tebakang?
Kampung Melayu Tebakang telah wujud sejak kurun ke-18 lagi yang mana penerokaan tanahnya telah dimulakan oleh Haji Laer yang merupakan seorang ulama dan pedagang berasal dari Bintangor.

Kampung ini berjarak 15 minit pemanduan dari bandar Serian bahagian Kota Samarahan. Kira-kita 60km dari Kuching dan berada diantara Serian dan Tebedu. Selain Tebedu, Serian merupakan benteng pertahanan dari serangan Indonesia semasa konfrontrasi dulu. Ingat lagi tak subjek sejarah dulu..? ke.. masa cikgu mengajar kat depan ko baca majalah Gila-Gila jugak? hahahah...

Rasanya inilah satu-satunya perkampungan Melayu di daerah Serian.


Bagaimana hendak ke sini?
Kita boleh meniki teksi, van (kereta sewa) atau menyewa kereta secara persendirian. Lebih murah dan selesa menyewa kereta.


Apa yang menarik di sini?
Semasa kedatangan kami ke sini, kami disambut dengan kompang dan Silat Gerak Waris oleh anak-anak penduduk. Menariknya, kita perlu melintasi jambatan untuk ke kampung ini. Bagi yang berkereta pula mereka perlu mengikut jalan yang agak jauh sedikit untuk meletak kereta di hadapan rumah.



Terdapat 19 buah homestay yang disertai oleh anggota Koperasi Kampung Melayu Tebakang Serian Berhad. Wah... cecantik semua rumah kat sini. Selain rumah yang besar, dicat dengan warna-warna menarik pula tu. Aku agaklah kan berdasarkan saiz rumah, tiada penerima zakat di sini. Aku agaklah.




Kami dibawa menyusuri Sungai Kayan untuk berkelah di sebuah kawasan tebing pasir sebelum dijamu makan tengahari dengan masakan kampung yang sodap amek! Umai wajiblah kan... selain rendang terung pipit, gulai rebung, pucuk ubi yang ditumbuk campur apa entah - kemain sedap- dan lain-lain lagi. Mewah betul lauknya. Selain berkelah, kita juga boleh membuat aktivit lain yang disediakan di sini seperti:

- lawatan ke kampung
- penglibatan dalam aktiviti pertanian
- jungle trekking
- memancing ikan
- menyusuri sungai Batang Kayan
- long boat river safari and picnic



 Di kawasan cetek bot terpaksa ditarik

Sambil berkelah tu penduduk kampung telah mendemontrasikan cara memasak Ayam Pansuh membuat Kek Jantung Pisang yang aku dah poskan resipinya di sini. Dua jam masa yang diperlukan untuk menyiapkan sebiji kek yang cantik tu. Dua jam ko... hahah... kebas kaki dibuatnya. Kita kongsi beli je lah, sebiji 70 ringgit.



Membakar ayam pansuh

Ayam Pansuh tu memang istimewa, dimasak dalam buluh macam masak lemang. Kena guna ayam pencen yang agak liat isinya, kalau guna ayam Pasar Chow Kit mudah hancur. Rasa ayam yang bercampur serai, bunga kantan dan pucuk ubi tu nyam nyammsss... kalau aku masak nanti aku akan tambah lada hitam bagi pedas sikit. Lauk ayam kalau tak podeh macam orang nak pencenlah, hambar. Eh?! hahah....ampun Mak Lang! hahah...





Berminat untuk menginap di Homestay Kg Melayu Tebakang? Sila hubungi:

Encik Pathe bin Abdul Rahman (penyelaras koperasi)
Tel: +6082-874263 / +6019-834 3182
Fax: +6082-875780


Homestay Kampung Melayu Tebakang

Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak 
Daerah Serian Lot 938 
Serian Town Land District 
94700 Serian
Sarawak

Get Direction


Lawatan ke inap desa (homestay) ini adalah anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Gaya Travel Magazine sempena program "Jom Jelajah Koperasi Sarawak" yang bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosi produk serta perkhidmatan koperasi kepada masyarakat agar lebih dikenali ramai.  

Post a Comment

0 Comments