Restoran Makanan Halal di Hangzhou, China



Restoran Makanan Halal di Hangzhou, China | Mencari yang halal itu fardhu ke atas umat islam. Justeru sebelum melancong atau mengembara ambillah tahu serba sedikit di mana boleh didapatkan makanan halal supaya tak menggigil kelaparan macam kawan yang pergi Macau hari tu heheh.

 
Di China yang populasi masyarakat islamnya lebih ramai daripada di Malaysia, tidaklah sesusah mana mencari makanan halal. Yang penting kita makan sebagaimana mereka makan. Nak cari gulai daging salai memang takdolah. 
 
Semasa di Hangzhou, di Stesen Metro Ding'an tepatnya, ada beberapa restoran makanan halal.
 
1) Di belakang Masjid Phoenix (Phoenix Temple)
Keluar dari Ding'an Station tu terus jalan ke depan hingga sampai ke restoran yang pertama. Adalah dalam 100m jauhnya.




 2) Keluar dari restoran tu sila naik escalator ke seberang jalan. Dari atas ni dah nampak ha lam alif lam dibumbung bangunan. Restoran ni nampak ekslusif sikit jadi aku tak masuk, bimbang habis Yuan :-(



3) Turun dari jambatan tu belok ke kiri. Di sini ada tiga buah restoran dan satu kedai runcit islam. Kedai jual daging halal pun ada. Mereka cuba beramah-tamah tapi aku tak faham walau sepatah. Kesudahannya sama-sama tergelak. They're helpful too.
 
 

 
4) Aku tinggal di YMCA International Youth Hostel, Qingnian Road. Sebelum hostel ni ada sebuah restoran muslim.
 
5) Jalan terus ke depan arah ke pasar malam ada sebuah lagi. Kedudukannya betul-betul di persimpangan jalan, restoran besar.. mahal kot. Sate kambing pun ada.
 
6) Berjalan ke kiri dari restoran no 5 ada sebuah lagi. Yang ini nampak macam makanan mampu bayar hahah... tapi pepagi tak buka.
 
 
Itu jelah sebab aku hanya dua malam di Hangzhou. Hari kedua seharian berhabis masa di West Lake. Dari restoran ketiga nak pergi yang keempat dan seterusnya jaraknya dalam 300m kot.
 
Inilah hasil berjalan kaki. Harap membantu sesiapa yang ke sana ;-)

Post a Comment

0 Comments