Gunung Mulu National Park, Miri | Lang Cave and Deer Cave | Gunung Mulu merupakan gunung yang tertinggi di Sarawak dan keempat di Malaysia selepas Gunung Kinabalu, Trusmadi dan Tambuyukon- ketiga-tiganya di Sabah. Kerajaan Sarawak, Tourism Sarawak dan Sarawak Travel Board telah berjaya menjenamakan negeri mereka sebagai eco-tourism destination sehinggakan pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua tertinggi tahun lalu.
Dengan 80 events sepanjang tahun di seluruh pelusuk daerah, yang dikira sangat aktif, tidak hairanlah mereka berjaya melepasi sasaran 4.5 juta pelancong pada 2014 yang bertumpu kepada percutian dan pelancongan perubatan. Tahun lalu dah dapat 4.8 juta tahun ni mereka sasarkan cuma 5 juta sahaja. Okaylah tu kan, takdelah ambitious sangat walaupun ada banyak produk untuk dijual.
Festival kebudayaan dan hiburan tu sebenarnya sampingan jer sebab pelancong yang datang dari jauh seperti Chile, Spain takkan nak duduk seminggu, naik kapal terbang pun 28 jam. Foreigners ni susah kita nak jumpa di tempat tumpuan pelancong Malaysia seperti Serikin, kedai kek lapis dan shopping mall tapi masuklah dalam hutan, ada je diorang ni. Paling dekat di Semenggoh Wildlife Park. Wanita tempatan di pedalaman pun ramai yang berkahwin dengan pelancong asing ni. Tak pergi clubbing pun dapat jugak kahwin dengan omputehs uols.
Okaylah, nak tunjukkan gambar gua yang aku pergi hari tu. Gua-gua ini sangat unik dan cantik, berbaloi merembes peluh berjalan kaki berkilometer. Barang baik selalu tersorok kan? Untuk ke sana kenalah naik bot dari Clearwater Cave menuju Park office.
Jalan jalan jalan jalan jalan....
Di Sarawak, highway tidak bertol. Begitu juga di Taman Negara Gunung Mulu. Jadi bila berjalan tu tangan janganlah pegang hand rail takut terpegang these little creatures. Abang kawasan tu...
Main kilometer je cik Jah ooiiii...
Pakej yang biasa diambil pelancong samada 3h 2m atau 4h 3m. Sekiranya kita berhajat nak panjat sampai ke Mulu Summit (Pinnacles) tu kita perlukan sekurang-kurangnya 5h 4m. 24km tu... The Pinnacle tu sangat cantik bila diambil gambar dari atas. Keindahannya setanding Stone Forest di Kunming, China. Tak boleh dibandingkan pun sebenarnya sebab setiap lokasi itu unik.
Kami tak melepaskan peluang bergambar di pokok yang berusia ratusan tahun.
Ini baru gambar intro belum gambar gua lagi heheh..
Gua Lang (Lang Cave)
Aku selalu tertinggal di belakang sebab banyak kali berhenti untuk mengambil gambar. Sekali tu kan terdengar diorang ni gelak mengekek-ngekek... apakah??
Adam and eve? wakakakak
Adam? Jangan bash aku. Benda ni memang dah ada so anggaplah sebagai educational purposes only. Sex sell anyway.
Gua Rusa (Deer Cave)
Lastly kami ke Deer Cave yang tersangat tinggi dan besar. Kelawar pun nampak macam dot dot je sebab tinggi sangat. Pada masa ni bateri kamera memasing dah nyawa-nyawa ikan dah. 4 gua + canopy skywalk beribu gambar diambil. Nasib baik ada handphone.
Inilah yang dikatakan menyerupai muka Abraham Lincoln.
Nampak tak orang tu?
Dalam gambar ni pun ada orang. Boleh namapk betapa besarnya gua ni?
Aku ada shoot video bat (kelawar) ni terbang keluar dari Deer Cave bermula jam 5.45 petang tapi tak reti nak tempek kat sini. So kalau korang nak tengok boleh je follow aku kat sini:
twitter : @ruggedmom
instagram : ruggedmom2
Maka tamatlah lawatan kami ke gua-gua selama dua hari. Ia merupakan suatu kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata... kena tengok sendiri baru percaya. Actually we have another program, night river cruise to enjoy lush tropical rainforest on the banks of Melinau River tetapi apakan daya hujan dan kilat membatalkannya. Kang hangus pulak dalam bot. Bermak tiri pulak anak aku nanti.
Lepas ni aku share gambar Canopy Skywalk pulak ye. Tak berapa tinggi 30 meter je tapi guide kami yang bawa ke gua tu tak naik, gayat hahahaa.... nampak je macho hahahaha...
SARAWAK, MALAYSIA-BORNEO ~ WHERE ADVENTURE LIVES
2 Comments
Interesting! good info.. saya jnji x da memanjat2 ok..jalan landai..kalu ada memanjat2 ni, lomah sikit. yg ni nampak landai aja kan...ke ada memanjat2 jugak? amboih batu tu, sumpahan ke apa...?
ReplyDeletehahahha...mesti nak komen batu tu ;-)
ReplyDeleteSemua gua ada plank so bawak budak kecik pun takde masalah. Tangga pun tak sebanyak Gua Tempurung di Perak.
Feel free to leave your comment below. Thank you.