Haiwan membuas di Taiping Night Safari | Zoo Taiping dan Night Safari merupakan organisasi berdaya maju yang menitikberatkan kebajikan haiwan serta memastikan kepuasan hati pengunjung. Pembangunannya dibuat secara terancang agar fungsi sebagai zoo yang maju dapat dilaksanakan bagi memenuhi lima objektif utama iaitu pendidikan, konservasi, rekreasi, kajian dan latihan.
Zoo Taiping dan Night Safari dibangunkan diatas tanah seluas 36 ekar dan memiliki 1800 ekor haiwan dan 150 lain-lain spesis. Sebenarnya zoo ini bukanlah yang pertama dibina di Malaysia sebab Johor dah buat dulu tapi yang kat Johor tu milik sultan. Zoo Taiping ni merupakan zoo awam yang pertama dibina di Malaysia iaitu pada tahun 1961 dengan perasmiannya pada 1964. Zoo negara pula tahun 1963 baru mula dibina.Nama asal zoo ini ialah Taman Megastua Sultan Idris Shah. Lama betul tak dengan perkataan mergastua. Taiping Night Safari dibuka pada tahun 2003 juga merupakan yang pertama di Malaysia dan ketiga di dunia. Kalau yang kat Guangzhou tu confirm tutup jadi yang kedualah kita selepas Singapore. Banyak yang pertama di Taiping ni... first lake garden, first 'budget hotel' (penjara), keretapi yang pertama...
Keluasan asal zoo ini ialah 5 ekar sahaja. Bila binatang bertambah keluasannya pun ditambah juga, kalau tak karang stress lah binatang tu berhimpit-himpit macam duduk rumah kongsi. Keluasan zoo bertambah menjadi, 24 ekar, 34 dan kini 36. Inilah satu-satunya zoo di bahagian utara semenanjung Malaysia.
Pengunjung Night Safari memang ramai. Sejak 11 tahun yang lalu dah 1,095 juta orang datang melawat haiwan-haiwan di sini. Yang hebatnya, zoo ini mampu menjana pendapatan sendiri. Pendapatan melebihi perbelanjaan gituh. Jika sesuatu produk itu dijaga dan sentiasa dikemaskini dengan baik mesti orang pun suka. Lagipun harga tiketnya sangat berpatutan... sangat berpadanan dengan apa yang dipamerkan. Pihak pengurusan zoo Taiping takde buat pertunjukan binatang sebab nak menjaga kebajikan haiwan-haiwan tu. Oh, frust sikit di situ. Syok apa tengok animal show?
Di malam hari bukan semua binatang aktif ye. Dah malam der... time membuat tahik mata. Yang hyper-active je dok berjaga macam harimau, singa, memerang, zirafah dan buaya. Buaya? Buaya memang aktif memalam heheh..
Sorry, gambar tak berapa molek.
Melawat Night Safari ni seeloknya secara berjalan kaki dan senyap barulah kita dapat mendengar dengan jelas bunyi binatang tu. Kitorang hari tu nak cepat jadi naik tram. Alah kalau disuruh berjalan kaki pun takpe... masa aku mengandung 7 bulan dulu satu zoo Melaka tu aku berjalan melayan Geng Bas Sekolah. Hazab betul! Dah macam peti ais bergerak.
Panduan ke Zoo / Night Safari:
Dengan Keretapi (uii best!)
Pengunjung yang menaiki keretapi dari utara atau selatan perlu turun di Stesen Keretapi Taiping kemudian menaiki teksi ke sini.
Dengan Bas
Pengunjung yang menggunakan perkhidmatan bas perlu turun di Stesen Bas Kamunting kemudian menaiki teksi ke sini. Eh, bas loncat takde ke? Kena 2 teksilah aku, satu teksi tak muat.
Dengan Kereta
Pemandu dari arah utara yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS highway) boleh keluar di Plaza Tol Kamunting manakala dari arah selatan boleh keluar di Plaza Tol Changkat Jering. Sila ikut penunjuk arah ke Night Safari. Ko berdoalah semoga penunjuk arah tu tak penuh bertampal dengan iklan Along.
Waktu Lawatan
Zoo Taiping
Dibuka setiap hari termasuk hari Ahad dan Cuti Umum
8.30 pagi - 6.00 petang
Night Safari
Dibuka setiap malam termasuk hari Ahad dan Cuti Am
8.00 malam - 11.00 malam
Waktu Binatang Diberi Makan
8.15 malam - 10 malam
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI
Jalan Taman Tasik Taiping
34000 Taiping
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05 8086577
Faks: 05 8066025
www.zootaiping.gov.my
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.