Discover Perak | Ipoh Heritage and Mural Art Trail
Penempatan awal di Ipoh bermula awal 1800 dan berkembang sepanjang Sungai Kinta. Penduduk Melayu yang awal meneroka Ipoh tinggal di Kampung Ipoh dan Kampung Paloh sebelum membesar dan membuka Kampung Pari dan Kampung Jawa. Tahun 1890an melihat kedatangan imigran China secara beramai-ramai semasa kehangatan industri timah di Ipoh.
Ada beberapa nama lain yang digelarkan kepada bandar ini seperti Bandar Bijih Timah, Bandar Jutawan, dipanggil Paloh oleh masyarakat Cina tempatan (lerrr filem Paloh tu pasai Ipoh ka?) merujuk kepada pam gergasi yang digunakan dalam pengekstrakan bijih timah dan Bandar Bougainvillae yang merujuk kepada bunga tersebut yang menjadi simbol negeri.
Pada tahun 1970an harga bijih timah menjunam maka berakhirlah kegemilangan Lembah Kinta sebagai pusat kegiatan ekonomi yang maju. Beberapa tahun lepas seseorang pernah memberitahu bahawa bapanya masih menerima pencen daripada kerajaan British yang dibayar dalam British Pound diatas khidmatnya bekerja di lombong bijih timah dahulu. Terjaga jugalah kebajikan mereka ni ye.
Ipoh Heritage Trails
Bandar Ipoh terbahagi kepada dua bahagian. Bandar lama Ipoh yang letaknya di sebelah barat memerlukan masa dua hingga tiga jam untuk dilawati sambil berjalan kaki. Kebanyakan hotel di sini juga menyediakan basikal untuk disewa.
Dua peta lingkaran sejarah Ipoh telah diterbitkan dengan setiap satunya meliputi 24 tarikan. Tempat bermula biasanya dari Stesen Keretapi Ipoh yang direka oleh arkitek kerajaan AB Hubback menunjukkan neo classical style. Bangunan ini telah siap pada tahun 1917. Town Hall dan Pejabat Pos yang berada berdekatan Ipoh Railway Station juga direka oleh arkitek yang sama.
Ada banyak tarikan di Ipoh diantaranya Kellie's Castle, Gua Tempurung, Gaharu Tea Valley, Kuala Sepetang dan Lost World of Tambun. Bangunan lama yang menarik dan telah dibina semenjak pendudukan British di Malaya pula seperti Bangunan Majlis Perbandaran, Stesen Keretapi Ipoh yang juga digelar Taj Mahal of Malaysia dan Bangunan Mahkamah yang berdekatan diantara satu sama lain.
Allahyarham Yasmin Ahmad suka menjadikan Ipoh sebagai latar iklan atau filem yang diarahkannya. Ipoh mempunyai tarikan baru dan lama yang sangat menarik bila diterjemahkan ke dalam hasil seni. Bangunan lamanya sangat indah dijadikan latar photoshoot tapi Ipoh ni macam Seremban jugak lomau bilo sonjo heheh ... Cuma, dalam 20-40km radius dari Ipoh ada beberapa tarikan pelancongan yang menarik untuk dilakukan seisi keluarga atau dengan kengkawan.
Apa lagi yang diingati orang tentang Ipoh?
White coffee !! (Hotel Casuarina@Meru menjadikan Ipoh White Coffee sebagai welcoming drinks).
Lagi??
Satu hal yang menjadi trend sekarang ialah Mural Art Trail. Di Ipoh, lukisan dindingnya juga dilukis oleh pelukis yang sama seperti street art di Pulau Pinang. Talent dari Malaysia takde eh? Strategi kot. Mural selalunya menggambarkan keprihatinan, harapan, nilai dan kenangan sesuatu komuniti dimana mural tersebut dilukis. Ia berbeza daripada lukisan lain dari segi tujuan.
Lukisan mural yang baik memberitahu sesuatu dengan cara yang difahami semua dan menyeronokkan tentang komuniti tersebut seperti inilah kami, inilah apa yang kami fikirkan, inilah permulaan kami dan inilah yang kami mahukan.
Oleh sebab time kami pergi tu hujan sangat lebat kami hanya sempat 'memburu' tiga buah lukisan sahaja. Agak kecewa di situ. I tell u, gambar kat lombong bijih timah tu sangat awesome! Dah keluar dalam Kosmo pun.
Kisah Ipoh banyak tersimpan di pekan lama. Banyak rahsia tersimpan for you to discover.
Ipoh ialah ibu negeri Perak yang merupakan bandar ketiga terbesar di Malaysia. Ia bandar pentadbiran yang kedua penting pada kurun ke-19 disebabkan penemuan bijih timah yang begitu banyak di negeri tersebut. Berada kira-kira 200km dari Kuala Lumpur, ia menjadi ibu negeri pada tahun 1937 menggantikan Taiping dan kekal hingga ke hari ini.
Penempatan awal di Ipoh bermula awal 1800 dan berkembang sepanjang Sungai Kinta. Penduduk Melayu yang awal meneroka Ipoh tinggal di Kampung Ipoh dan Kampung Paloh sebelum membesar dan membuka Kampung Pari dan Kampung Jawa. Tahun 1890an melihat kedatangan imigran China secara beramai-ramai semasa kehangatan industri timah di Ipoh.
Ada beberapa nama lain yang digelarkan kepada bandar ini seperti Bandar Bijih Timah, Bandar Jutawan, dipanggil Paloh oleh masyarakat Cina tempatan (lerrr filem Paloh tu pasai Ipoh ka?) merujuk kepada pam gergasi yang digunakan dalam pengekstrakan bijih timah dan Bandar Bougainvillae yang merujuk kepada bunga tersebut yang menjadi simbol negeri.
Pada tahun 1970an harga bijih timah menjunam maka berakhirlah kegemilangan Lembah Kinta sebagai pusat kegiatan ekonomi yang maju. Beberapa tahun lepas seseorang pernah memberitahu bahawa bapanya masih menerima pencen daripada kerajaan British yang dibayar dalam British Pound diatas khidmatnya bekerja di lombong bijih timah dahulu. Terjaga jugalah kebajikan mereka ni ye.
Ipoh Heritage Trails
Bandar Ipoh terbahagi kepada dua bahagian. Bandar lama Ipoh yang letaknya di sebelah barat memerlukan masa dua hingga tiga jam untuk dilawati sambil berjalan kaki. Kebanyakan hotel di sini juga menyediakan basikal untuk disewa.
Dua peta lingkaran sejarah Ipoh telah diterbitkan dengan setiap satunya meliputi 24 tarikan. Tempat bermula biasanya dari Stesen Keretapi Ipoh yang direka oleh arkitek kerajaan AB Hubback menunjukkan neo classical style. Bangunan ini telah siap pada tahun 1917. Town Hall dan Pejabat Pos yang berada berdekatan Ipoh Railway Station juga direka oleh arkitek yang sama.
Ada banyak tarikan di Ipoh diantaranya Kellie's Castle, Gua Tempurung, Gaharu Tea Valley, Kuala Sepetang dan Lost World of Tambun. Bangunan lama yang menarik dan telah dibina semenjak pendudukan British di Malaya pula seperti Bangunan Majlis Perbandaran, Stesen Keretapi Ipoh yang juga digelar Taj Mahal of Malaysia dan Bangunan Mahkamah yang berdekatan diantara satu sama lain.
Butik kot dalam ni.
Allahyarham Yasmin Ahmad suka menjadikan Ipoh sebagai latar iklan atau filem yang diarahkannya. Ipoh mempunyai tarikan baru dan lama yang sangat menarik bila diterjemahkan ke dalam hasil seni. Bangunan lamanya sangat indah dijadikan latar photoshoot tapi Ipoh ni macam Seremban jugak lomau bilo sonjo heheh ... Cuma, dalam 20-40km radius dari Ipoh ada beberapa tarikan pelancongan yang menarik untuk dilakukan seisi keluarga atau dengan kengkawan.
Apa lagi yang diingati orang tentang Ipoh?
White coffee !! (Hotel Casuarina@Meru menjadikan Ipoh White Coffee sebagai welcoming drinks).
Lagi??
Satu hal yang menjadi trend sekarang ialah Mural Art Trail. Di Ipoh, lukisan dindingnya juga dilukis oleh pelukis yang sama seperti street art di Pulau Pinang. Talent dari Malaysia takde eh? Strategi kot. Mural selalunya menggambarkan keprihatinan, harapan, nilai dan kenangan sesuatu komuniti dimana mural tersebut dilukis. Ia berbeza daripada lukisan lain dari segi tujuan.
Lukisan mural yang baik memberitahu sesuatu dengan cara yang difahami semua dan menyeronokkan tentang komuniti tersebut seperti inilah kami, inilah apa yang kami fikirkan, inilah permulaan kami dan inilah yang kami mahukan.
Lukisan dinding yang menggambarkan suasana perlombongan suatu masa dulu. Love this pic!
Ingat lagi plastik air ikat tepi ni?
Oleh sebab time kami pergi tu hujan sangat lebat kami hanya sempat 'memburu' tiga buah lukisan sahaja. Agak kecewa di situ. I tell u, gambar kat lombong bijih timah tu sangat awesome! Dah keluar dalam Kosmo pun.
Kisah Ipoh banyak tersimpan di pekan lama. Banyak rahsia tersimpan for you to discover.
0 Comments
Feel free to leave your comment below. Thank you.