Kehebatan Komando Grup Gerak Khas Dan Angkatan Tentera Malaysia



Nak jadi komando Grup Gerak Khas?

Ini betul punya tau bukan Yusuf Haslam yang punya.

Angkatan Tentera Malaysia merupakan pasukan tentera antara yang terbaik di dunia. Nak jadi terbaik ni bukan perlu selfie kontroversi segala, orang lain yang mengiktiraf kita. Badge yang mereka dapat tu not issued but earned, bukannya aku tabur 100 keping masa birthday celebration aku.

Di pintu masuk kem dah dimaklumkan, "Datangmu tidak diundang, jika ragu harap pulang".

Jika kamu berminat menjadi komando mempertahankan negara sila mendaftar untuk menjadi askar dulu. Buat latihan asas selama enam bulan, menjadi tentera dan kemudian mohonlah menjadi komando Grup Gerak Khas. Menjadi komando bukan arahan tapi sukarela. Hanya yang berani, tabah, sabar dengan caci maki sepak terajang latihan ekstrem saja akan berjaya. Bila tengok video kena berjalan kaki dengan rifle dan beg seberat 20kg dengan baju tebal lagi sejauh 160km selama 3 hari...menggaru kepala den. Sungguh hebat mereka ni!

 Direndam dalam sungai sampai kecut menggigil



 Bangun sebelum subuh
Ada berani merangkak di high rope? Boleh jatuh terkangkang dik ooiii...
Latihan yang amat sukar ini dilakukan untuk memilih permata yang mampu bersinar di dalam gelap. Pusat latihannya di Kem Sungai Udang, Melaka. Walaupun negara masih aman mereka tetap mempunyai tugasan kerana cabaran sentiasa ada cuma caranya berbeza. Kalau di tahun 1970an dan 1980an askar-askar melakukan operasi di hutan tebal Malaysia selama 8 hingga 10 bulan membanteras pengganas komunis, kini tempohnya dipendekkan. Semakin maju negara maka semakin canggih jugalah para penjenayah beroperasi.

Seronok dapat mendengar pengalaman askar yang telah melalui berbagai-bagai fasa latihan dan pekerjaan. Kita seronok mendengar tapi yang menanggung azabnya mereka.
Salah seorang pegawai yang aku temubual tempohari bagi tau masa dia mula-mula membuat penerjunan (terjun bebas dengan payung terjun tu) dia pejam mata. Kami gelak. Bila dia kata terjunan kali kelapan baru dia buka mata kami gelak lagi besar HAHAHAH... nampak gagah dia tu. Dia terpaksa terjun sebab dua penerjun wanita selamba kodok je terjun. Jaga air muka gitteww.

#akuyanggelakkauyangseksa  hahaa...
Yang lagi kelakar ada yang berpegang kuat kat pintu kapal terbang, ditolak pun tak terjun. Bila terjadi macam ni pilot terpaksa membuat satu pusingan lagi atas sebab sebab tertentu. Mungkin disebabkan jarak mereka dah tak seperti dirancang kot. Samalah masa first time aku try flying fox tahun lepas, kalau tak ditolak tak bergerak hehee.. Hoiii ingat senang ke nak dapat sayap di dada tu? Nak dapat dato' lagi senang tau. Gelek gelek pun boleh dapat. Masa pasang sayap pun kena tumbuk dek panglima pulak.


Aku nak tunjukkan senarai bukti dan fakta kehebatan Komando Grup Gerak Khas dan Angkatan Tentera Malaysia
1 – Percaya atau tidak jika dikatakan komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama….hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.

 2 – ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang berjaya mengekang komunisme? Percaya atau tidak?

 3 – VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL…percaya atau tidak?

 4 – Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang terbaik dalam dunia…percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah,KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-pengganas lain tanpa mengambil masa yang lama.

 5 – ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu-satunyanya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan rangking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India !…

ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruh kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal seba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!

 6 – Sebelum pasukan elit MARINIR (tentera laut Indonesia ) berjaya “TAWAN” Singapura…..pada 1980an pasukan komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu udara milik tentera singapura yang terletak di BUKIT BATUK! Paling diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA .!
Info ini aku ambil dari blog ini.. Ada banyak informasi lagi di sana.


Aku ada 5 orang anak lelaki. Jika ada diantara mereka nak jadi askar aku redha je tapi belajarlah dulu. Itu jauh lebih baik dari jadi bapok. Semester 1 lelaki, semester 2 setengah lelaki, semester 3 POMPUAN! hewhewheww


Nota:
Pihak ATM sedang mengadakan sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD di lokasi-lokasi yang telah ditentukan bermula 7 Mac 2015. Sila layari http://army.mod.gov.my

Lebih kurang 3000 orang tentera retire setiap tahun. Daripada korang berkeluh kesah tak dapek kojo apa kata apply jadi sojar? Siapa nak ganti askar pencen tu kalau tak engkau, engkau dan engkau dik? Aku tak boleh apply sebab umur, tinggi dan berat tak lepas huhuu..



Meh kita tengok video latihan keras nak jadi komando yang pernah disiarkan di History Channel.

https://www.youtube.com/watch?v=k9KULN_KYfw

Post a Comment

13 Comments

  1. BANGGA JADI ANAK MALAYSIA

    ReplyDelete
  2. yalah tu ,ATM suka sangat buat sejarah tipu,Cuba korang pikir balik,tahun 1933 Malaysia belum wujud lagi,Dan maksud ATM ialah Angkatan Tentera Malaysia, bukankah ketika itu adalah di bawah pentadbiran British? renjimen askar melayu adalah dibawah British army,mcm askar Punjab jugalah under British army jugak,so part ni x payah nak tipulah,kalau rasa nak reply balik,kau PMlah aku kat Facebook, Yamaha yamada

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 mac 1933 sempena hari tentera darat tarikh rejimen askar melayu ditubuhkan...

      Delete
    2. 1 mac 1933 sempena hari tentera darat tarikh rejimen askar melayu ditubuhkan...

      Delete
  3. Dear Anon,

    Sekarang kita tak menggunakan 'Tanah Melayu' lagi. Kita juga tidak menggunakan 'Malaya'. Jadi sejak bila tanahair kita wujud?

    ReplyDelete
  4. bace betol betol lee . 1993 . bukan 1933 . ape masalah .

    ReplyDelete
  5. bace betol betol lee . 1993 . bukan 1933 .

    ReplyDelete
  6. Sembang boleh laah..agaknya KRS punye latihan pun blum tntu lepas..plkn??!! CO ke..haha tah2 plkn pun takut nk masuk..iiihhh..

    ReplyDelete
  7. apa daaaaa... baca betul2 la.... TAHUN 1993.. mana dtgnya tahun 1933... baca bebaik dik...

    ReplyDelete
  8. Apapun alasan ttg sejarah dulu lagi sejak tegaknya kerajaan Islam Melaka sehinggalah sekarang ini,Aku bangga serta bersyukur yg amat kerna lahir sebagai anak Melayu.Sederhana bijak bistari serta taat pd agama dan pemerintahan yg benar.

    ReplyDelete
  9. la..yang mu xpuas hati psal atm tipu ka ape benda nape??dorang xkacau pun ko kalu pn betul ka atau tak mu nak buat apa?sejarah mu ni tahap mana PHD ke?professor universiti pn xkomen sngat sejarah atm dulu2,pg study lu da dek oii ok,bersyukur la skrng ni xperang lagi mcm dulu,mu cuba pg depan kem tentera mana2 balai pengawal ko cakap nak jumpa dgn C.O bahawasanya sejarah atm tipu,ko rasa berani ka?nak kena lempang,kalu ko jumpa askar prebet ok lagi kalu ko jumpa komando ka cam ggk ka paskal ka,habis kena terajang,so jgn la komplen sebb sejarah tu dah lalu dah...jaga juga martabat tentera malaysia kita perlukn tentera rakyat pn perlu tentera..aduii ni budak keyboard warrior ni.

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.