Melihat Budaya Orang Cambodia



Melihat Budaya Orang Cambodia | Oleh kerana dah selalu ke Indonesia, aku tak sure ke mana nak pergi but definitely Asia Tenggara...konon nak lengkapkan dulu pengembaraan ke negara berdekatan sepadan dengan bajet yang ada. Di samping tu teringin juga nak melihat bagaimana keadaan Malaysia di tahun 1970an dan 80an sama seperti tujuan asal ke Vietnam pertama kali dulu, bukan nak shopping sangat pun.

Sehari sebelum terbang barulah nak book driver tuk tuk walhal dah lama ada nombor dia. Terkejut dia, katanya sebab orang lain seminggu sebelum terbang dah tempah hahaa... trip sendirian berhad memang cenggitu.. dah agak kerap berjalan perasaan bimbang dan takut dah kurang. Aku fikir kalau tak dapat dia sewa tuk tuk orang lain je lah walaupun terpaksa bercakap bahasa ayam dan itik.

Sememangnya hajat telah tercapai untuk melihat keadaan seperti di Malaysia di awal kemajuan dulu. Phnom Penh yang menjadi ibu negara Cambodia berdebu, banyak tuk tuk dan teksi motosikal dan kekurangan teksi. Orang kita panggil negara ni Kemboja atau Kampuchea, nama lamanya. Masa aku mula menaip entry ni aku dah berada di Bangkok, masih batuk dan selsema selepas demam di Siem Reap. Sedih worrr demam sensorang di negara orang.

Sesampainya di Phnom Penh aku dihantar driver ke Camory Backpacker Hostel yang mengadap sungai. Ada kawan suggest Hostel Bubbly tapi last minutes i decided to try Camory sebab dapat review yang baik juga. Then breakfast dengan nasi Lok lak di Halal Restaurant sebab satu hari tu akan penuh dengan visits. Dari hostel tu bergerak ke kanan selepas dua lorong ambil kanan lagi akan terjumpalah restoran ni berdekaan dengan Hotel Indochine. Harganya reasonable. Masa makan tu sempatlah aku berborak dengan seorang businessman ni, semua menteri Malaysia yang terkenal dia tahu. Tak tahulah dia ni penggerak NGO ke apa.

Driver aku ni dulu pernah belajar di Kelantan tapi tak dapat menamatkan pengajian akibat kemiskinan. Adik dia pun pernah belajar di tempat yang sama. Aku tanya kenapa mereka ni belajar jauh sangat sampai ke Malaysia sedangkan hidup susah? Dia kata sebab "nak agama". Mereka minoriti di bumi sendiri. Champa sebenarnya ada sebuah negeri sendiri tapi hilang akibat peperangan.

Dia masih boleh berbahasa Melayu dan jujur orangnya. Harga service dia bermula dari pick up di airport adalah usd20 sehari, sehingga pukul 5 petang. Kalau sampai malam mungkin dalam usd25. Satu tuk tuk boleh memuatkan 4-5 orang. Untunglah kalau hangpa ramai.

 Di belakang istana
 




  Tugu peringatan kebangsaan Cambodia



Apa yang kuperhatikan di Phnom Penh ni penganut Buddha sangat menghormati sami mereka malahan ada sami yang ke kedai untuk membacakan doa. Mereka memandu di sebelah kanan (buat aku confuse sikit), pakaian sekolah pelajar di sini hampir sama dengan kita berbaju putih dan berkain/seluar biru tua. Kainnya dilipat selisih seperti kita memakai kain batik. Eh, ko pernah ke pakai kain batik? Itu cara pemakaian pakaian kebangaan mereka.

Owh...di Kemboja ni mereka menggunakan USD sebagai matawang selain Riel. Duit Riel tu ko takkan jumpa kat mana-mana money changer dalam Malaysia ni, kat border dengan Thailand tu pun tak mahu. Bila guna USD untuk jual beli kita ni rasa agak mahal jugaklah sebab nilai ringgit tengah jatuh. Di Kemboja barangan sepatutnya serba murah berdasarkan taraf hidup mereka tapi sesetengah barang aku rasa quite expensive bila start dengan usd1.

Yang sedihnya melihat golongan gelandangan. Malam tu ada budak minta sedekah so aku bagilah sikit. Sebenarnya aku tak suka memberi kepada yang meminta-minta ni... tapi dah pukul 10 malam, kesian entah dah makan entahkan tidak budak tu. Dalam perjalanan balik ke hostel tu aku ternampak seorang baby yang baru beberapa bulan umurnya tidur lena dengan mak dia di kaki lima. Allahu... sebaknya. Anak kita letak atas tilam dua lapis pun rasa kesian tapi nak letak atas katil takut jatuh. Oleh kerana budak lelaki tadi masih mengekor aku jadi aku nak serahkan jugaklah duit yang sikit tu kepada perempuan tu sendiri. Puas aku mengejutkan dia, letih sangat gamaknya isskkk.... ya Allah kesian sangat dengan anak dia. Aku dok fikir kalau mak dia ke toilet macam mana eh baby tu? Ke manalah bapaknya ya?

Aku berlalu dengan rasa sebak dan sebal kemudian terserempak lagi dengan seorang mak dengan 3 orang anak kecik yang tidur lena di kaki lima jalan. Tak sampai hati nak pandang muka dia sebab aku dah takde duit kecik.

Kekadang aku rasa tak nak keluar malam di tempat orang sebab tak nak terjumpa kisah sedih macam ni tapi kalau duduk dalam bilik je lebih baik dok rumah ye tak?














Post a Comment

4 Comments

  1. Pelik kan dengan Kemboja ni. Withdraw duit di mesin ATM pun tak keluar local currency, tapi keluar USD juga. Tapi nasib baik kos melancong ke sana masih agak murah dan berpatutan.

    ReplyDelete
  2. Šebab nilai duit dia rendah sangat kot Travelog Siti tapi...ada juga negara lain pun rendah jugak masih guna currency sendiri.

    ReplyDelete
  3. Good article! We are linking to this great post on our website.

    Keep up the good writing.

    My webpage ... busana muslim

    ReplyDelete

Feel free to leave your comment below. Thank you.